Tawaran Yang Tak Wajar Dilepaskan Dihari Yang Bersejarah!

Share

Salam bahagia pembaca semua. Sejak dua menjak ini saya sedang sibuk menguruskan beberapa projek-projek baru hinggakan terabai ‘Property’ yang satu ini (blog yang sedang anda layan ini la).

Namun sesibuk mana pun, saya tetap akan curi-curi masa juga untuk bercucuk tanam di ‘property’ ini. Dan kebetulan pada hari ini, Khamis 22 April 2010 adalah hari yang amat bermakna dalam kalender kehidupan saya dan isteri. Dah 4 tahun kami telah diizinkan tuhan melayar bahtera sebagai suami dan isteri yang sah. Tanggal 22 April 2006, saya telah melafazkan pengakuan sebagai suami kepada Noorizan Md Noor bertempat di Masjid Kulim, Kedah. Alhamdulillah sepanjang 4 tahun kehidupan kami, tuhan telah izinkan kami hidup dalam keadaan bahagia bersama 2 orang zuriat iaitu Noor Balqis Sofiyyah & Noor Marissa Mya Zara.

Bersempena dengan ‘anniversary’ ke-4 ini, suka untuk saya kongsikan kegembiraan kami kepada kawan-kawan sekalian. Saya tak mengharapkan sebarang hadiah (tapi kalau nak bagi juga, saya tak tolak :) ), atau apa-apa ganjaran, hanya doa daripada kalian semoga hubungan kekeluargaan kami dikekalkan hingga ke syurga, itu sudah memadai bagi kami.

Dan suka untuk saya kongsikan beberapa tawaran yang mungkin boleh anda peroleh manfaat daripadanya. Dapatkan kesemuanya disini: http://masteryus.com/anniversary/

Wahai kawan-kawan sekalian doakan kami bahagia dunia & akhirat ya!

Penulis,
MasterYus.Com

Share

Related Posts

About The Author

10 Comments

Add Comment

Unable to load the Are You a Human PlayThru™. Please contact the site owner to report the problem.