SeminarTuisyen.com pada 1 Ogos 2010, tahniah kepada protege yang hadir!

Share

Salam ceria pembaca sekalian,

Alhamdulillah sekali lagi saya diberi kesempatan untuk mengadakan SeminarTuisyen.Com pada 1 Ogos 2010 yang bertempat di IQ Bestari Learning Centre, Bandar Tasik Selatan, Cheras, Kuala Lumpur. Untuk makluman anda semua, seminar ini adalah seminar terakhir sebelum kita sama-sama didatangi bulan yang mulia iaitu bulan Ramadhan.

Dengan rasa rendah diri saya mengucapkan syukur di dalam hati kerana peluang saya untuk meneruskan hajat dan niat saya untuk menyebarkan ilmu dan berkongsi pengalaman bersama teman-teman baru. Seramai 10 orang peserta yang datang dari tempat yang berlainan daripada 15 orang yang telah mendaftarkan diri. Yang tak dapat hadir (atas urusan yang tak dapat elak), jangan khuatir seminar akan datang boleh hadiri dengan percuma sahaja tanpa apa-apa bayaran terselindung lain.

Mungkin anda tidak percaya, peserta yang datang kali ini 50% daripadanya adalah guru sekolah.  Tidak saya nafikan yang saya sendiri juga sempat belajar sesuatu berharga daripada mereka. Apa yang telah saya lalui, saya kongsikan secara langsung dengan mereka. Apa yang saya tak pasti, inilah masanya untuk dapatkan info daripada mereka.

Cukup dengan memenuhi 10 tempat terawal, peserta kali ini benar-benar selesa dan berpuas hati apabila niat saya membuktikan kepada peserta-peserta, seorang protege SeminarTuisyen.Com lalu yang masih bergelar mahasiswa telah berjaya dalam impiannya menjadi seorang cikgu tuisyen yang berjaya.

Saya telah menjemput Cikgu Bashier untuk bersama-sama berkongsi pengalaman beliau dalam menguruskan waktu belajar dan mengajar. Anda semua tahu tanggungjawab seorang pelajar adalah berat. Apatah lagi tanggungjawab untuk menjadi seorang guru. Akan tetapi beliau sanggup dan berjaya memikulnya. Fikirkanlah jika seorang mahasiswa masih mampu memikul tanggungjawab sebagai guru, mengapa tidak anda?

Sememangnya perbincangan dua hala yang membuatkan sesuatu diskusi itu menarik dan saling bertukar-tukar fikiran serta pendapat. Keterujaan peserta lebih jelas dan ketara lagi apabila topik pulangan yang lumayan bakal diterima pada setiap hujung bulan mahupun setiap kali habis mengajar. Bertubi-tubi soalan yang diajukan oleh peserta kepada Cikgu Bashier. Alhamdulillah, berbekalkan pengalaman yang dilalui, beliau dapat menerangkan dan menjawab soalan yang diajukan dengan baik. Tahniah Cikgu Bashier!

Untuk anda semua saya dedikasikan komentar-komentar yang diberikan oleh peserta SeminarTuisyen.Com kali ini.

Nama : Widad Fitriah Bt Aris
Tempat tinggal : Johor Bahru
Jawatan : Pelajar
Komen : Bagus dan patut diteruskan.

Nama : Mohd Farid Asyraf B Rafei
Tempat tinggal : Kota Bahru, Kelantan
Jawatan : Master Student
Komen : Bagus, semua harus tahu tentang tuisyen.

Nama : Norathirah Binti Mohd Azmal
Tempat tinggal : Putrajaya
Jawatan : Fresh graduate
Komen : I think that is a very good Seminar. I have gain much knowledge out of this.I would surely apply what I’ve learn. It’s all worth it. Thank you SeminarTuisyen.Com. Thank you Master Yus!

Nama : Muhammad Zahir B Sorudin
Tempat tinggal : Kem
Jawatan : Pengurus Tuisyen
Komen : Bagus!

Nama : Sivanyaneswari a/p Arumugam
Tempat tinggal : Ulu Tiram, Johor Bahru
Jawatan : Guru
Komen : Sesuatu yang manfaat dan gambaran yang jelas telah diberikan.

Nama :Adibah Binti Aman
Tempat tinggal : Ulu Tiram, Johor Bahru
Jawatan : Guru
Komen : Memberi idea yang berguna untuk saya memulakan tuisyen di tempat sendiri.

Nama : Sharifah Fauziah Bt Syed Basri
Tempat tinggal : Bandar Baru Bangi
Jawatan : Guru
Komen : Perlu lebih banyak contoh dan teknik berkesan.

Nama : Muhamad Merican Bin Zainudin Merican
Tempat tinggal : Putrajaya
Jawatan : Student
Komen : Bagus!

Nama : Mohd Kamarul Ariffin Bin Abdul Razak
Tempat tinggal : Shah Alam, Selangor
Jawatan : Project Engineer
Komen : Ilmu yang berguna. Terima kasih Master Yus.

Nama : Fauziah Binti Hashim
Tempat tinggal : Kajang
Jawatan : Guru
Komen : Banyak input baru! Tq Master Yus.

Semoga apa yang telah dikongsikan akan dilaksanakan dengan jayanya. Saya merasa puas dapat berkongsi pengalaman dan input kepada yang hadir. Dan respon, pertanyaan, perbincangan daripada peserta sangat memberikan kesan dalam sesi tersebut.

Saya doakan semoga semuanya berjaya dengan apa yang telah diimpikan. Saya percaya, setiap daripada kita ada kekuatan dan kelebihan masing-masing. Dan pergunakanlah kelebihan tersebut untuk manfaat bersama.

Selamat maju jaya semua!

Penulis : MasterYus.com

JOIN OUR NEWSLETTER
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
Join over 3.000 visitors who are receiving our newsletter and learn how to optimize your blog for search engines, find free traffic, and monetize your website.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
Share

Related Posts

About The Author

14 Comments

Add Comment