Sabtu 2 Oktober lalu, saya berpeluang untuk hadiri Seminar Pakar Ebook yang dikendalikan oleh salah seorang Otai Usahawan Internet Malaysia iaitu Saudara Jamaluddin Bahari atau nama manjanya JaMaL.
Dengan pembelian yang bernilai RM200, bagi saya lebih daripada itu yang saya terima. Apa yang saya dapat? Tak best, jika saya tak kongsikan kepada kawan-kawan sekalian. (Untuk lebih lanjut dan tahu lebih best apa itu Pakej Pakar Ebook terus lihat disini : )
Pertama, ilmu yang dikongsikan (dalam ebook tersebut) oleh pengalaman sebenar penulis (JaMaL la) dalam menjana pendapatan lumayan menerusi perniagaan ebook.
Kedua, ilmu yang disampaikan secara LIVE di seminar ini.
Ketiga, dapat berjumpa, bersua muka, bertegur sapa, dan berkenal-kenalan dengan peserta yang hadir ke seminar tersebut. Ada yang pertama kali dan ada juga yang saya telah kenal dahulu di Facebook dan internet. Dengan pertemuan ini, dapatlah mengeratkan perkenalan yang selama ini hanya berinteraksi secara maya sahaja.
Keempat, habis seminar dapat singgah ke Pertama & SOGO (sampingan sahaja ni). Lokasi hotel yang dekat dengan ‘shopping complex’ tersebut. 🙂
Kelima, pastinya ada peluang-peluang baru, idea-idea hebat dan projek-projek JV yang bakal dijelmakan. Peserta yang hadir, saya boleh katakan hampir 99% yang mempunyai ‘Minda Positif’ dan ‘Minda Bisnes‘. Dan ada yang hadir juga adalah pemilik-pemilik perniagaan dan usahawan-usahawan internet yang telah berjaya meraih kejayaan masing-masing.
Amacam kawan, banyak tak yang saya dapat?
Baiklah, ‘kedekut’ saya apabila saya tak kongsikan apa yang telah saya pelajari di Seminar Pakar Ebook ini. Jom saya kongsikan secara teori apa yang sempat tangan saya catit dan kepala otak saya ingat. Saya ambil ‘point-point’ penting sahaja ya.
– Idea-idea bagaimana untuk menghasilkan ebook yang bakal meletops dan mendapat permintaan yang berterusan.
– Teknik Pra Pelancaran yang menggegarkan dunia.
– Teknik dan Cara Hebat penulisan ‘Surat Jualan’ yang memujuk orang membeli ebook yang dijual.
– Cara halus penggunaan dan pemasaran menerusi ‘Email Marketing‘.
– Penggunaan Video yang mantap dan memberikan persembahan emosi.
– Testimoni daripada beberapa orang Usahawan Internet yang telah berjaya membuat jualan hingga 5 angka.
Dari jam 9 pagi hingga 4.30 petang, inilah input-input yang diterima oleh peserta-peserta yang hadir. Saya percaya, yang hadir pasti akan berpuas hati. Banyak manfaat yang boleh diterima dan ditimba.
Kehadiran beberapa orang Usahawan Internet juga telah memeriahkan suasana. Antara yang hadir, Bro Zamri Nanyan, Bro Rahman Basri, Bro Zahrul Azua, Bro Gero Azrul, Bro Ashraf Alayas , Bro Mazlie Nadzri, Bro Shahrul Faizi, Bro Safuan Sipenglipurlara, Bro Si Ka Lang, Bro JimieRay, Bro Sam, Bro Raja Kamil, Bro Hafiz Wasa, Bro Tengku Faris, Bro Fauzy Hamad, Bro Muaz Hadi, Bro Idzhar, Bro Hakim, Bro Fakharoll Rodziee dan lain-lain (maaf jika saya terlepas pandang nak sebut semua).
Secara jujur saya katakan, sekiranya ada lagi mana-mana seminar seperti ini, saya akan hadiri (jika tiada aral dan pertindihan tarikh). Terlalu banyak manfaat yang bakal diperoleh. Saya tak nampak ‘Yuran Pendaftaran’ sebagai penghalang.
Apa yang saya dapat dari seminar, saya akan aplikasikannya dengan memfokuskan satu persatu. Terima ilmu tanpa tindakan, tidak mempunyai apa-apa makna. Bertindak tanpa perancangan dan fokus, maka hasilnya akan mengecewakan.
Ingat pesan saya wahai kawan-kawan, jika kita hendak pergi jauh dalam dunia perniagaan mahupun kerjaya, hubungan sosial dengan kenalan-kenalan baru amat penting. Penambahan kenalan/kawan baru bagi saya sama seperti penambahan rezeki. Ini bermakna ramai kawan = banyaklah rezki yang bakal turun. Seorang kawan yang kita kenal, besar rahmat yang tuhan akan berikan. Dan pastinya dalam formula Matematik, penambahan bermaksud untung kita bertambah. Apa yang untung? Banyak…(dah kongsikan diatas, cuba baca semula).
Info Berguna | Sabtu ini pula (9 Oktober), sifu dan guru kepada ramai Usahawan Internet Malaysia iaitu Zamri Nanyan akan mengadakan Seminar Pakar Produk Digital di Cititel Hotel, Mid Valey bagi pembeli Pakej Pakar Produk Digital yang telah beliau lancarkan baru-baru ini. Saya dengar Jutawan Internet Sebenar iaitu Patric Chan juga akan hadir. InsyaAllah saya juga akan hadir (jika tiada aral dan halangan). Peluang sebegini susah untuk ditukar ganti. Saya telah berkesempatan untuk bertemu dengan Bro Zamri dan Jutawan Internet Patric Chan pada Januari lalu di Seminar Pakar Affiliate beliau. Post yang lalu boleh baca disini: Seminar Pakar Affiliate
Anda yang berminat join saya ke seminar hebat tersebut, boleh dapatkan tiket disini :
Saya kongsikan beberapa gambar sepanjang Seminar Pakar Ebook berlangsung. (Credit kepada Bro Gero Azrul & Bro Fauzy Hamad gambar yang dicedok dari FB)
Syok dapat jumpa sumerr otai2 IM…sharing dari bro Jamal n others sangat membuka minda…jumpa plak master yus member lama…bolelaaa menuntut ilmu dari MY n membuka peluang2 baru utk memajukan diri dlm sebrg bisnes
Inilah antara sebab kenapa saya suka sangat pergi ke mana-mana seminar. Walaupun kadang-kadang harga seminar menjangkau ribuan ringgit. Dapat ilmu terus daripada pakar dan berpengalaman serta dapat jumpa kenalan baru yang mempunyai minat dan bisnes ‘minded’ bersama. Inilah dua sebab utama jika saya ke mana-mana seminar.
p/s: Bisnes kad akan cepat habis, sebab selalu bagi kepada orang di seminar-seminar 🙂
Salam,Gembira dapat berkenalan dengan tuan Master Yus..
W’slm. Saya juga gembira dan teruja dapat kenal jejaka kacak lagi tampan bernama Faris Azaki. Lain masa kita jumpa lagi ya!
Saya pun rasa teruja dapat bertemu tuan Master Yus. Tapi sayang, masa tak mengizinkan untuk kita berbual panjang. Harap kita dapat bertemu secara santai di Cuti Santai nanti sambil berkongsi idea. Team Penang akan hubungi tuan dalam masa terdekat… 🙂
Saya amat gembira dan bersyukur dapat berjabat tangan dan bersembang dengan insan berpengalaman bergelar Tuan Jimie walaupun beberapa minit. Orangnya sungguh relax, tenang, cool dan steady dalam berbicara. InsyaAllah ada kesempatan, saya tak akan lepaskan peluang untuk dengar nasihat dan pandangan orang berpengalaman ini.
p/s: Yang paling best, Tuan Jimie Ray seorang yang mesra pengguna, ops..mesra kawan dan rajin meng’snap’ gambar (kongsilah gambar-gambar di FB) 🙂