Apa yang dimulakan harus dihabiskan dengan jayanya. Ini prinsip yang aku pegang sejak bertahun-tahun yang lalu.
Sabtu 10 Okt 2015 bertempat di KSL Resort n Hotel JB adalah destinasi seminar saham berikutnya.
Ternyata orang JB tidak pernah mengecewakan. Teruja dorang bila mentor Tn Hj Asri atas stage ajar bagaimana mudahnya mencetak wang dari pasaran saham.
Kami ke JB juga naik kereta. Alaaa 3 jam je pun. Sampai sana terus cari Mee Tulang kat ZZ.
Habis seminar je terus pekena kambing golek di Pasir Gudang. Sedap giler derrr… Terima kasih abam long kawasan Azuandy n Zahari belanja kami. Lain kali belanja lagi ek.
Tak lupa gak Kak Shima punya spageti seafood yang marvelous. Nanti nak lagi tau kak.
Lepas perut penuh kami terus pecut balik KL.
Esoknya ( Ahad ) 11 Okt 2015 sekali lagi mentor saham Tn Hj Asri beraksi di Intekma Shah Alam.
Hampir 400 warga Shah Alam sangat teruja dengan penyampaian yang sempoi dan senang faham oleh mentor kami ni.
Dan ditakdirkan dalam seminar ni aku terserempak dengan 3 orang skul mate yang hampir 16 tahun tak jumpa selepas tamat SPM.
Seronok betul lah hidup ni. Sangat manis ukhwah yang terbina.
Aku doakan korang kaya berjaya ceria bahagia dan gembira membaca posting aku nih.
Peaceeee yoww!! ?
– MY –