Saya sempat juga menghadiri Seminar Internet Marketing yang di anjurkan oleh PTS yang bertempat di Bilik Kedah, PWTC. Seminar ini berlangsung pada semalam 23 hb April 2009 sempena Pesta Buku Antarabangsa KL 2009.
Bermula pada jam 2 petang, sesi pertama yang bertajuk ‘Pemasaran Internet Untuk Bisnes Kecil‘ yang disampaikan oleh Saudara Zamri Mohamad, seorang belia yang memang terkenal sebagai penulis sepenuh masa. Banyak buku yang telah beliau hasilkan. Penyampaian beliau memang jelas dan diselangi dengan beberapa teknik yang memang saya tak tahu sebelum ini. Saya memang respek dengan beliau. Jika anda nak kenali beliau, boleh layari web www.zamrimohamad.com
Kemudian diteruskan dengan sesi ‘Cara Pamasaran Internet menggunakan Mini Site WordPress‘ oleh Saudari Catzer. Seorang yang cute, kecil je fizikalnya tapi ilmunya besar. Penyampaian yang bersahaja, siap dengan kajian kes yang sememangnya membantu. Catzer ni memang terkenal dengan Mini Site menggunakan WordPress sebagai medium. Anda boleh lihat www.bengkelwordpress.com kendalian beliau. Saya pun plan nak sertainya, tapi belum berkesempatan lagi. Tarikh terdekat Ahad ini.
Seterusnya ‘Pemasaran Melalui Google Adwords‘ disampaikan oleh Saudara Izwan aka Robotys. Fuh, banyak betul info dan rahsia tentang pemasaran menggunakan Google Adwords ini. Saya memang baru nak tahu tentang hal ini. Sememangnya berbaloi jika anda tahu cara gunakan pemasaran jenis ini.
Dan slot yang terakhir, otai Internet Marketer Malaysia iaitu Saudara Sabri Saifulsham yang sememangnya terkenal di www.saifulsham.com. Beliau berkongsi tentang ‘Sistem Kedai Online dengan Zencart‘ yang sememangnya terbukti dengan terbitnya buku fizikal beliau. Saya telah mendapatkannya. Penyampaian anak muda ini memang seperti seorang profesional dengan selingan yang membuatkan orang veteran turut serta ketawa kecil. Ilmu beliau sememangnya saya kagumi melalui banyak kajian dan bacaan. Yang paling menariknya, ada beberapa rahsia eksklusif yang telah beliau dedahkan. Wacaya Bro Sabri.
Walaupun seminar ini dianjurkan secara percuma, namun ilmu yang diberikan sungguh bermanfaat dan berguna dimasa hadapan. Yang datang pun, saya assume adalah dikalangan mereka yang berkerja sendiri, pelajar universiti, bos-bos ( ye la jika staff, kan waktu kerja ), usahawan-usahawan.
Saya juga telah mendapatkan buku-buku mereka dengan harga diskaun yang sungguh istimewa. Siap dapat voucer RM100 daripada Google Adwords lagi tu 🙂
Saya sendiri yang masih cetek dalam dunia internet ini, perlu lebih banyak pendedahan, perkongsian dan menuntut ilmu daripada orang-orang seperti mereka ini. Saya sanggup meluangkan masa datang semata-mata nak peroleh ilmu yang sungguh bermanfaat. Masa mula-mula sampai, tak sangka Bro Irwan Dahnil (www.akademisms.com) tegur. Saya pun join duduk sebelah beliau yang sememangnya otai dalam bisnes sms.
Ini antara gambar yang sempat saya ambil untuk berkongsi dengan pembaca semua.
1) Sebelah kiri saya tu Bro Irwan Dahnil, penulis ‘Bisnes SMS Cara Pantas’.
2) Talk dari Bro Sabri SaifulSham.Com
3) Bersama Usahawan Muda Berjaya, Bro Sabri SaifulSham.Com
4) Bersama Penulis Muda yang banyak berkarya, Bro Zamri Mohamad
5) Bersama Bro Izwan aka Robotys, grafik designer.
6) Bersama Catzer, BengkelWordpress.Com
Banyak faedah dan manfaat menghadiri dan memeriahkan Pesta Buku Antarabangsa KL 2009 kali ini. Jom pakat ramai-ramai datang bawa ahli keluarga, kenalan dan rakan-rakan.
Jumpa saya pada Jumaat 24hb jam 5pm dan Ahad 26hb jam 2pm di Booth True Wealth Sdn Bhd. (Booth 49 & 50)