Seminar Buat Duit Dengan Tuisyen pada Ahad 31 Januari 2010

Share

Selamat datang 2010. Masih belum terlambat untuk melambainya. Dengan penampilan modul baru, pastinya SeminarTuisyen.Com masih kekal sebagai pelopor industri tuisyen di Malaysia masuk tahun ke-4 dengan penyertaan yang tak pernah putus. Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang terus memberi sokongan kepada saya dan krew SeminarTuisyen.Com. Tanpa anda siapalah kami :-) .

Saya nak stress kan disini, SeminarTuisyen.Com memberi pendedahan eksklusif tentang kerjaya dalam bidang tuisyen. Apabila disebut kerjaya, maka duit adalah sumber balasannya. Dan apabila berkerjaya dalam bidang pendidikan, maka objektif kerjaya ini adalah untuk membantu pelajar berjaya dalam peperiksaan masing-masing. Mana ada cikgu di Malaysia ni yang berbakti kepada anak murid mereka tanpa diberi gaji? Jika ada, boleh nyatakan disini :-) . Malah ada cikgu-cikgu yang mula bersuara, gaji mereka tak cukup. Tepuk dada tanyalah hati masing-masing.

Seminar kali ini saya akan buat kesinambungan modul yang telah dilaksanakan pada seminar Disember lepas. Dan pastinya kejutan demi kejutan, perubahan demi perubahan bakal dilaksanakan. Persetujuan telah dicapai bersama 2 orang protege hebat saya. Tak lain dan tak bukan, gandingan mantap duo Cikgu Hazar & Cikgu Saufi. Modul baru (tambahan) terbahagi kepada 3 bahagian.

Pertama, trik dan panduan daripada saya sendiri kepada sesiapa yang berkeinginan untuk menjadi Cikgu Tuisyen Sepenuh Masa. Dan tinggalkan kerja makan gaji anda. Saya akan kongsikan bagaimana nikmatnya berkerja sendiri sebelum memulakan langkah ke arah membuka perniagaan masing-masing. Bagaimana saya boleh maintain dengan job tuisyen sepanjang tahun dan mendapat pendapatan yang lumayan daripadanya.

Keduanya, siang berkerja kemudian petang/malam/hujung minggu lakukan tuisyen dengan hasil lakukan tuisyen lebih banyak ‘income’nya daripada kerja utama anda. Ini akan disampaikan oleh Cikgu Hazar sendiri yang akan membongkarkan bagaimana beliau boleh maintain lakukan 2 kerja dalam 1 masa.

TERBARU & HANGAT! Cikgu Hazar telah berjaya melangkah ke satu lagi tapak yang cukup membanggakan iaitu beliau telah bergelar USAHAWAN PUSAT TUISYEN dengan membeli 2 buah (blok) perniagaan Pusat Tuisyen Tunas Saujana di Bandar Saujana Utama, Sungai Buluh. Dengarkan pengalaman manis dan berharga ini hanya di SeminarTuisyen.Com. Seorang Engineer yang menjalankan tuisyen secara sambilan dan kini mampu memiliki pusat tuisyen beliau sendiri.

Ketiganya, memulakan bisnes pusat tuisyen dengan cara pantas. Individu ini akan membongkarkan bagaimana beliau memulakan bisnes pusat tuisyen dengan segera. Semuanya telah tersedia dan hanya menguruskan sahaja. Sesiapa sahaja mampu lakukan bisnes pusat tuisyen cara pantas ini. Individu hebat ini adalah Cikgu Saufi. Masih lagi belajar di UM, namun dengan niat dan minat yang mendalam dalam industri tuisyen, hari ini beliau antara protege saya yang amat berjaya dengan menguruskan 2 buah pusat tuisyen.

Ya, saya dan team SeminarTuisyen.Com akan terus jalankan modul ini. Maka bakal peserta akan merasai kelainan dan pastinya kami akan memberikan yang terbaik untuk membantu anda dalam memulakan kerjaya dalam bidang tuisyen nanti. Saya seronok dan gembira apabila semakin ramai terbuka mata dan minda untuk mula ceburi bidang yang HOT sekarang ini.

Alhamdulillah, sepanjang 3 tahun ini telah ramai yang berjaya selepas menyertai SeminarTuisyen.Com. Saya berjaya membina komuniti cikgu-cikgu tuisyen dari seluruh Malaysia. Daripada sini kami dapat bertukar-tukar pendapat, soalan-soalan peperiksaan, job tuisyen, perbincangan dan sebagainya. Ada antara mereka yang telah berhenti kerja dengan lakukan tuisyen sepenuh masa, ada yang telah membuka pusat tuisyen masing-masing, ada yang telah menjadi trainer/motivator, ada yang boleh kumpul duit untuk kahwin (macam saya :-) ) dan yang paling menarik status kewangan mereka ada perubahan dan semakin meningkat.

Maklumat lanjut mengenai seminar buat duit dengan tuisyen ini, dan cara untuk mendapatkan tempat, boleh terus ke www.SeminarTuisyen.Com. Jumpa anda nanti :-)

Share

Related Posts

About The Author

9 Comments

Add Comment

Unable to load the Are You a Human PlayThru™. Please contact the site owner to report the problem.