Seminar Buat Duit Dengan Tuisyen pada Ahad 20 Disember 2009

Share

Ini adalah seminar terakhir pada sesi 2009. SeminarTuisyen.Com masih kekal sebagai pelopor industri tuisyen di Malaysia masuk tahun ke-4 dengan penyertaan yang tak pernah putus. Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang terus memberi sokongan kepada saya dan krew SeminarTuisyen.Com. Tanpa anda siapalah kami 🙂 .

Saya nak stress kan disini, SeminarTuisyen.Com memberi pendedahan eksklusif tentang kerjaya dalam bidang tuisyen. Apabila disebut kerjaya, maka duit adalah sumber balasannya. Dan apabila berkerjaya dalam bidang pendidikan, maka objektif kerjaya ini adalah untuk membantu pelajar berjaya dalam peperiksaan masing-masing. Mana ada cikgu di Malaysia ni yang berbakti kepada anak murid mereka tanpa diberi gaji? Jika ada, boleh nyatakan disini 🙂 . Malah ada cikgu-cikgu yang mula bersuara, gaji mereka tak cukup. Tepuk dada tanyalah hati masing-masing.

Seminar kali ini saya akan buat beberapa kelainan. Persetujuan telah dicapai antara beberapa orang protege saya. Modul baru terbahagi kepada 3 bahagian.

Pertama, trik dan panduan daripada saya sendiri kepada sesiapa yang berkeinginan untuk menjadi Cikgu Tuisyen Sepenuh Masa. Dan tinggalkan kerja makan gaji anda. Saya akan kongsikan bagaimana nikmatnya berkerja sendiri sebelum memulakan langkah ke arah membuka perniagaan masing-masing. Bagaimana saya boleh maintain dengan job tuisyen sepanjang tahun dan mendapat pendapatan yang lumayan daripadanya.

Keduanya, siang berkerja kemudian petang/malam/hujung minggu lakukan tuisyen dengan hasil lakukan tuisyen lebih banyak incomenya daripada kerja utama anda. Ini akan disampaikan oleh individu itu sendiri yang akan membongkarkan bagaimana beliau boleh maintain lakukan 2 kerja dalam 1 masa.

Ketiganya, memulakan bisnes pusat tuisyen dengan cara pantas. Individu ini akan membongkarkan bagaimana beliau memulakan bisnes pusat tuisyen dengan segera. Semuanya telah tersedia dan hanya menguruskan sahaja. Sesiapa sahaja mampu lakukan bisnes pusat tuisyen cara pantas ini.

Ya, saya dan team SeminarTuisyen.Com akan lakukan modul ini buat pertama kalinya. Maka bakal peserta 20 Disember 2009 akan merasai kelainan dan pastinya kami akan memberikan yang terbaik untuk membantu anda dalam memulakan kerjaya dalam bidang tuisyen nanti. Saya seronok dan gembira apabila semakin ramai terbuka mata dan minda untuk mula ceburi bidang yang hot sekarang ini.

Alhamdulillah, sepanjang 3 tahun ini telah ramai yang berjaya selepas menyertai SeminarTuisyen.Com. Saya berjaya membina komuniti cikgu-cikgu tuisyen dari seluruh Malaysia. Daripada sini kami dapat bertukar-tukar pendapat, soalan-soalan peperiksaan, job tuisyen, perbincangan dan sebagainya. Ada antara mereka yang telah berhenti kerja dengan lakukan tuisyen sepenuh masa, ada yang telah membuka pusat tuisyen masing-masing, ada yang telah menjadi trainer/motivator, ada yang boleh kumpul duit untuk kahwin (macam saya 🙂 ) dan yang paling menarik status kewangan mereka ada perubahan dan semakin meningkat.

Maklumat lanjut mengenai seminar buat duit dengan tuisyen ini, dan cara untuk mendapatkan tempat, boleh terus ke www.SeminarTuisyen.Com. Jumpa anda pada 20 Disember nanti 🙂

JOIN OUR NEWSLETTER
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
Join over 3.000 visitors who are receiving our newsletter and learn how to optimize your blog for search engines, find free traffic, and monetize your website.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
Share

Related Posts

About The Author

One Response

Add Comment