Seminar Buat Duit Dengan Tuisyen 4 April 2010

Share

Salam bahagia semua.

Post yang agak ringkas hari ini. Beberapa pesanan & peringatan untuk bakal peserta SeminarTuisyen.Com pada hujung minggu ini.

1. Jangan lupa untuk membawa kad perniagaan (business card) bersama-sama, kerana peserta yang datang biasanya mempunyai perniagaan masing-masing. Sesi networking & bertukar-tukar pandangan sesama peserta sangat penting dalam mengeratkan ukhwah sesama manusia. Kamera juga jangan lupa untuk berkongsi kenangan di seminar nanti. Saya sendiri apabila kemana-mana seminar/bengkel/kursus, 2 tools ini pasti tak akan lupa. Daripada sini kita dapat kenal dengan rangkaian kenalan yang baru dan mungkin juga ada peluang baru yang boleh dikongsi bersama 🙂 .

2. Nota peribadi & seumpamanya. Pihak krew SeminarTuisyen.Com akan menyediakan fail, modul & sebagainya. Namun tiada kerugian jika anda juga bawa bersamanya.

3. Sediakan soalan-soalan berkaitan industri tuisyen yang sering bermain difikiran anda. Saya suka jika dalam sesi, peserta banyak bertanya dan saya juga boleh belajar sesuatu daripada pertanyaan peserta. Namun sekiranya ada soalan ‘personal’, selesai sahaja seminar kita boleh berbincang dengan lebih lanjut.

4. Saya akan menjemput beberapa orang protege seminar lepas untuk berkongsi pengalaman dan perasaan mereka dalam menjalankan tuisyen. Antaranya Cikgu Hazar, Cikgu Saufi & Cikgu Nizam Saa’don. Info terbaru, Cikgu Nizam Saa’don sedang berkira-kira untuk menjalankan tuisyen secara sepenuh masa. Ini berikutan permintaan yang beliau terima buat masa sekarang agak memberangsangkan. Terbaru, beliau mendapat tawaran mengajar tuisyen dengan bayaran RM80 per jam, wow…

Oh ya, buat pengetahuan pembaca setia blog ini, Cikgu Hazar baru sahaja menimang cahaya mata beliau yang pertama. Baby girl seberat 2.95kg di Hospital Pakar An-Nur, Bandar Baru Bangi. Tahniah kepada beliau yang telah naik pangkat bergelar bapa. InsyaAllah jika berkelapangan, beliau akan turut serta berkongsi pengalaman beliau mengendalikan pusat tuisyennya di seminar nanti.

5. Peserta yang akan hadir di seminar nanti akan dapat info paling awal berkenaan buku bisnes tuisyen saya yang bakal diterbitkan tak lama lagi. Dan pastinya diskaun hebat untuk ‘One Time Offer’. yeahh…

Tak sabar rasanya untuk berkongsi pengalaman dan membongkar lubuk rahsia kehebatan tuisyen. Ada banyak bonus percuma yang kami akan berikan kepada peserta nanti. Jumpa disana…disana…disana…

Penulis,
MasterYus.com

JOIN OUR NEWSLETTER
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
Join over 3.000 visitors who are receiving our newsletter and learn how to optimize your blog for search engines, find free traffic, and monetize your website.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
Share

Related Posts

About The Author

8 Comments

Add Comment