Saya amat bertuah kerana berkesempatan untuk menghadiri satu seminar tentang bagaimana menjalankan perniagaan ebook atau buku elektronik. Seminar ini dijalankan di Quality Hotel KL dan disampaikan oleh Otai Internet Marketing yang tak asing lagi iaitu Saudara Suhaimy aka Shuth. Anda boleh lihat di SeminarEbook.Com
Saya memang mempunyai perancangan untuk menghasilkan ebook dan saya menghadiri seminar ini kerana saya hendakkan maklumat lebih lanjut untuk mengetahui secara mendalam tentang perniagaan ebook. Siapa yang mengikuti perkembangan saya sejak awal penglibatan dalam bidang tuisyen ini, saya pernah menghasilkan satu ebook yang bertajuk ‘Buat Duit Dengan Tuisyen‘ di www.CikguTuisyen.Com (yang masih dalam perancangan ebook baru, nantikannya!). Dan daripada ebook inilah maka terbitnya buku fizikal pertama saya yang telah ditukar tajuk menjadi ‘Bagaimana Menjadi Cikgu Tuisyen Berjaya‘ seperti yang ramai telah maklum.
Sangat banyak maklumat, ilmu, trik, panduan, kaedah yang tak pernah saya tahu tentang perniagaan ebook ini. Sungguh bermanfaat saya hadir seminar ini. Saya percaya penyampainya iaitu Saudara Shuth memang sangat berpengalaman dalam bidang ini. 4 tahun beliau telah menjalankan perniagaan ebook ini. Pulangannya sungguh lumayan. Anda boleh lihat dan baca profail beliau di blog www.mohdsuhaimy.com (dah pernah keluar TV sesi temubual Respons TV1).
Seramai 20 orang lebih yang hadir daripada pelbagai bidang dan golongan. Saya amat kagum ada beberapa orang yang mungkin boleh saya kategorikan sebagai warga veteran yang datang untuk belajar sesuatu bidang yang sungguh bermanfaat. Sebenarnya memang telah terbukti industri ebook ini sebenarnya memang boleh menghasilkan income pasif. Saya kata begini kerana saya sendiri pernah menghasilkan jualan ebook ‘Buat Duit Dengan Tuisyen‘ sebanyak 200 copy. Dan waktu itu saya hanya buat single marketing tanpa ada sistem affiliate dan dalam masa 4-5 bulan sahaja saya boleh buat jualan 200 lebih salinan.
Terbukti industri perniagaan ebook sedang diterima oleh masyarakat Malaysia.
Saudara Shuth juga ada menawarkan projek JV untuk menghasilkan karya ebook kepada protege beliau. Saya amat tertarik dengan tawaran tersebut. Memang bagus apa yang bakal beliau usahakan. Saya cukup tabik spring dengan komitmen yang beliau berikan.
Sehubungan dengan ini (semangat yang masih fresh lagi ni), saya mempunyai beberapa perancangan untuk menghasilkan beberapa karya tentang tuisyen. Tajuk dah ada, point juga dah sedia cuma perlukan masa untuk menaip sahaja. Saya terfikir untuk mencari rakan ‘Penulis Bersama‘. Perancangan awal saya untuk menghasilkan ebook dalam masa terdekat (insyaAllah jika sempat). Dan seterusnya projek penulisan buku kedua saya (insyaAllah juga). Ye la saya hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukannya. Doakan saya ya!
Sesiapa yang berminat untuk join projek penulisan dengan saya, amat saya alu-alukan. Jika anda ada idea dan masih simpan bakat menulis, jangan sampai jadi harta karun. Keluarkannya dan kongsikan kepada Rakyat Malaysia yang tercari-cari maklumat daripada anda. Jika tak ada idea, jangan risau saya boleh bantu. Cuma saya perlukan orang yang komited sahaja untuk menjana wang melalui hasil penulisan (pasif income).
Jika anda berminat dengan tawaran saya, boleh tinggalkan komen dibawah serta bidang kepakaran/pengalaman yang anda ada. Tak salah jika anda daripada bidang lain tetapi berminat untuk cuba ceburi bidang tuisyen. Dan tak salah juga anda yang baru dan sangat berminat untuk menghasilkan karya dalam bentuk penulisan. Point disini, yang penting adalah KOMITED.
saya ada siapkan produk digital berkenaan bidang tusyen ni dan dah email proposal pada untuk join venture. mohon reply dan kerjasama. rasanya bleh skali wat projek ni dengan norhaizan. jika berminat sila contact saya 012-8803206 untuk discussion
Saya sedang membacanya, sambil buat kerja lain. Saya akan berikan respon ASAP.
Akhirnya bakal terhasil juga sesuatu yang saya nanti-nantikan. Tahniah!
Waalaikumussalam Cikgu Norhaizan. Teruskan penulisan tersebut sehingga siap (akhir idea). InsyaAllah saya tak keberatan untuk membantu.
salam,
saya sedang menghasilkan e-book rahsia bagaimana saya buat duit dengan tuisyen XXXX.
tak tahu lagi kemana arah saya selepas e-book ni sipa.
boleh MY bantu saya?
Saudara Amzari. Bila pelancaran buku tu ek? Memang hasrat dan impian saya untuk menguruskan sebuah pusat tusyen. Harap2 sangat dapat menimba ilmu dari saudara Amzari.
wah! saudara shyuk memang hebat dan apa kurangnya master yus….
kalau kita ada kilang idea pelbagai2 kita boleh mencipta ebook…
saya teringin juga untuk mengikuti seminar yang dianjurkan oleh saudara shyuk tu…
http://rahsiapusattuisyen.com/
Tuan Amzari pun apa kurang hebatnya. Semoga berjaya dengan bakal pelancaran ebook tuan. Pasti ramai yang menanti kehadiran sumber tersebut 🙂
@Cik Ungupurple: Bagus minat menulis ni, boleh jadikan sumber pasif income yang sungguh lumayan. Boleh hubungi saya.
@Cikgu Yenny: Ok saya kenal nama ni, tapi belum sempat bersua muka. Datanglah ofis kita diskus.
@Filzah: Jumpa cikgu Ahad ni. Tak sabar plak rasanya nak berkongsi dan bertukar pendapat dengan peserta seminar 🙂
Salam MY…
Saya memang berhasrat untuk menghasilkan sebuah penulisan suatu hari nanti tetapi memerlukan tunjuk ajar dan cambahan idea…Saya merupakan seorang guru pada masa kini dan merupakan bakal peserta semninar pada 9 Ogos ini…
Salam MY,
saya ciku Yenny ( Fultime tutor).happy sekarang bila dah buat tuisyen sepenuh masa dan bebas time nak buat apa.
saya minat nak jadi penulis bersama,kalau My sudi.
yenny
salam..MY saya mmg suka menulis…tapi belum digilap sepenuhnya..sy berminat nak jadi Penulis Bersama MY…sekarang sy bekerja dlm bidang teknikal tapi saya juga minat dlm bidang pendidikan…sbb tu saya jadi cikgu tuisyen di samping tmbh income…harap MY dpt tunjuk ajar~