Selamat Ulangtahun Kelahiran ke-4 Noor Balqis Sofiyyah

Share

Salam hormat semua.

Semoga Allah mengurniakan kesihatan, kebijaksanaan, ketaatan dan kebahagian buat anak sulung abby ini. “Selamat hari lahir kakak! Abby sangat sayang kakak. Adik sangat sayang kakak. Ummy juga sangat sayang kakak.” Hanya inilah ungkapan yang boleh abby berikan.

Tahun lepas (2010), sewaktu tarikh lahir kakak, kita sekeluarga berada di Beijing, China. http://masteryus.com/aktiviti-terkini/winter-sonata-beijing-isnin-4-ahad-10-januari-2010/. Namun tahun ini, cukuplah sekadar di tanah air yang tercinta ini sahaja.

Abby masih ingat lagi disaat-saat ummy bertungkus lumus untuk melahirkan kakak pada 7 Januari 2007 lalu. Kakak tak sabar untuk keluar di muka bumi Allah ini. Masa itu hari Ahad. Selepas ummy buatkan sarapan untuk abby, ummy mengadu ada sakit yang kerap. Tapi ummy kata mungkin belum tiba masanya sebab ianya masih seminggu awal daripada tarikh jangkaan 15hb.

Tapi abby ajak juga ummy untuk ke HUKM untuk buat pemeriksaan disebabkan ada tanda-tanda yang kakak akan keluar bila-bila masa sahaja. Jangkaan memang tepat. Sampai sahaja di hospital, ‘nurse’ kata dah buka 7cm. Hinggakan dia kata dalam lif pun dah boleh terkeluar.

Masuk sahaja ke ‘Bilik Bersalin’, lebih kurang setengah jam, kakak dah keluar untuk melihat pertama kalinya kecantikan dan keindahan muka bumi Allah ini. Abby tak dapat menahan rasa gembira dan bersyukur lantas menitiskan air mata sebagai tanda kegembiraan. Masa itu hanya ummy dan abby sahaja bersama kakak.

Dan abby ingat lagi, masa kakak masih baby, kakak sangat suka tidur atas pangku abby dan ummy. Sampai naik letih memangku sebab kakak tahu beza antara atas pangkuan, atas tilam dan dalam buaian. Pangkuan adalah pilihan utama kakak.

Selepas 2 bulan kelahiran, abby dan ummy bawa kakak ke Langkawi. Ini sebagai tanda memberi ummy kebebasan selepas berpantang. Dan beberapa bulan selepas itu, sekali lagi abby dan ummy bawa kakak sampai ke Terengganu atas tuntutan kerja abby. Dan atas sebab kerja ummy juga, abby selalu bawa kakak tidur di hospital apabila ummy ‘oncall’.

Kini kakak dah berusia 4 tahun. Kakak dah petah untuk berkata-kata. Kakak dah bijak untuk bertindak dan kakak juga telah pandai menjaga adik Marissa. Atas kebijakkan kakak ini, abby tidak teragak-agak untuk menghantar kakak ke kelas Taska. Kakak telah mula pandai untuk berinteraksi dengan ‘teacher’, kawan-kawan dan kenalan yang lain.

Abby dan ummy akan cuba sedaya upaya untuk memberikan kasih sayang dan pendidikan dunia akhirat kepada kakak. Abby nak lebihkan masa dengan anak-anak abby. Abby nak lihat anak-anak abby membesar depan mata sendiri. Bagi abby nombor satu adalah ‘Keluarga’. Abby tidak bahagia dan tidak boleh hidup tanpa ummy dan anak-anak abby disisi.

Selagi blog ini wujud, selagi itu abby nak jadikan saksi kepada anak-anak abby. Abby nak anak-anak abby hargai apa yang telah abby dan ummy berikan selama ini. Dengan sebab itulah abby tulis dengan ikhlas daripada lubuk hati abby. Biar kakak akan baca sepatah demi sepatah apabila kakak telah besar kelak.

Abby akan terus berdoa agar keluarga kita bahagia, saling sayang antara satu sama lain, dijauhkan persengketaan, dimudahkan segala urusan, diberkati, diampuni dan dirahmati oleh Allah. Abby sayang kakak, adik dan ummy! I Love U Noor Balqis Sofiyyah!

Ikhlas,

Abby aka MasterYus.com

Noor Balqis Sofiyyah

JOIN OUR NEWSLETTER
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
Join over 3.000 visitors who are receiving our newsletter and learn how to optimize your blog for search engines, find free traffic, and monetize your website.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
Share

Related Posts

About The Author

Add Comment