“Happy Birthday adik Marissa. Abby, ummy dan kakak, sayang adik so much. Dah makin besar, jangan noty-noty. Ikut kakak study dan semoga adik diberikan kesihatan yang terbaik.”
4 November 2010, adalah tarikh bersejarah buat Noor Marissa Mya Zara, puteri kedua abby dan ummy. Selepas beberapa post yang abby dah tulis sebelum ini, kini giliran adik pula untuk abby dedikasikan khas buat untukmu.
http://masteryus.com/seminar-di-malaysia/selamat-hari-lahir-buat-kekasih-hatiku-teman-sejati/
http://masteryus.com/aktiviti-terkini/winter-sonata-beijing-isnin-4-ahad-10-januari-2010/
Abby dah belikan beberapa domain buat adik dan kakak. Nanti abby buatkan untuk anak-anak abby blog 🙂
Biarkan post ini menjadi bukti buat adik bila dah besar nanti. Abby, ummy dan kakak sayang dan ingat kat adik. Dah 2 tahun adik dapat merasai nikmat dunia ini. 4 November 2008, ummy mengerah seluruh tenaga untuk memberi ruang kepada adik keluar di muka bumiNya. Alhamdulillah, hasil perjuangan ummy dan respon adik yang sporting untuk keluar, akhirnya abby, ummy dan kakak dapat melihat wajah adik yang sungguh suci ketika itu.
Kakak yang tak sempat bermanja-manja terpaksa mengalah dengan kehadiran adik. Dan kakak pasrah sebagai anak sulung yang perlu memberikan kasih sayang dan tanggungjawab kepada adik.
Sepanjang 2 tahun abby, ummy mendidik dan melayan kerenah adik, tidak sedikit pun rasa menyesal dan mengeluh. Walaupun kadang-kadang penat, namun tetap memberikan keutamaan kepada anak-anak abby dan ummy.
Semoga dengan sedikit post ini akan mengingatkan adik bahawa kami amat sayang dengan adik. Anak solehah adalah harapan unggul kami kepada adik dan kakak. Selamat maju jaya Marissa!
Besh!
Abbymu, MasterYus.com (mewakili ummy, Noorizan.com)