Salam sukses pembaca sekalian!
Suka untuk saya kongsikan apa yang pernah saya tulis pada tahun lepas (2010) berkenaan Azam Tahun Baru. Kita ‘Back to The Last Year’ disini http://masteryus.com/motivasi/selamat-tinggal-2009-dan-ahlan-wasahlan-2010/
Pada tahun 2010, banyak perkara baru yang berlaku dalam kamus hidup saya sekeluarga. Mungkin ada yang boleh saya kongsikan kepada umum dan mungkin juga ada yang perlu dijadikan ‘privasi’ bagi tujuan keselamatan.
Apa yang saya mampu ucapkan adalah ‘Alhamdulillah’ atas segala pemberian, bantuan dan ketentuan yang Maha Esa. Sebagai hamba dan mahkluk yang lemah, hanya tuhan yang mampu memberikan kekuatan kepada semua manusia.
Misi saya pada tahun 2011 ini sangat ‘simple’. Iaitu saya nak lebih kepada suasana dan situasi yang ‘Low Profile’. Sebabnya sangat jelas iaitu saya nak jadi ‘Diri Sendiri’.
Saya taknak jadi seperti orang lain. Saya taknak terlalu tertekan untuk ikut rentak orang lain. Dan saya juga tidak terdesak untuk menjadi hamba duit. Jika ditakdirkan saya jadi jutawan, saya nak jadi ‘Jutawan Tuisyen Sepi’. Jika boleh, saya taknak pihak Bank Negara tahu pun yang saya ini adalah ‘Jutawan Tuisyen Sepi’. Kan best tak perlu kecoh-kecoh.
Apakah itu Jutawan Tuisyen Sepi? Jutawan adalah jutawan. Semua orang tahu mengenainya. Saya tak perlu beritahu pun orang dah tahu. Maknanya orang Malaysia memang hebat dan serba tahu. Tuisyen pula dah sebati dengan hidup saya. Kadang-kadang bila ada orang terserempak dengan saya, mereka kata “Oh ni yang ‘Tuisyen’ tu ya?. Siapa nama tuan ya? Saya terlupa la.” Kadang-kadang ada juga yang telefon saya “Ini Master Yus yang ‘Tuisyen’ tu ya?”. Jadi biarlah ianya tetap terpahat pada setiap orang. Dan Sepi pula, jika menurut Kamus Dewan ianya membawa maksud ‘1 tidak riuh-rendah; senyap; sunyi: Saya suka duduk seorang diri di tempat yg ~. 2 tidak banyak orang; tidak ada orang atau kenderaan; lengang’.
Jadi Azam 2011 saya adalah saya nak memfokuskan apa yang boleh saya lakukan untuk membantu orang lain berbanding apa yang saya nak jadi. Jika saya dapat membantu orang lain jadi hebat dan jutawan tetapi saya masih belum jadi jutawan pun tidak mengapa. Inilah azam saya yang lain daripada orang lain.
Jika azam orang lain nak jadi itu dan ini. Nak buat itu dan ini. Saya pula nak jadi manusia yang merendah diri kepada Tuhan. Saya nak buat perkara yang hanya Tuhan sahaja yang lebih tahu berbanding manusia lain.
2011 adalah tahun perubahan bagi diri saya. Bagi yang membaca penulisan saya kali ini, saya amat faham, mungkin ada suara-suara sinis dengan pelbagai tanggapan. Dan saya juga yakin, pembaca setia blog ini yang membacanya dari sudut positif maka ianya akan menjadi yang terbaik bagi diri pembaca tersebut. Saya akan terus menulis dan menulis dan yang membacanya adalah anda. Saya menulis untuk diri saya, jadi saya akan menulis apa yang hati saya bisikkan.
Dan saya tidak akan lupa untuk mendoakan sesiapa yang membaca post ini agar mendapat rahmat dan kasih sayang dari Tuhan. Saya juga akan mendoakan semoga kawan-kawan sekalian yang membaca ini akan mendapatkan kejayaan di dunia sebagai seorang hartawan, jutawan dan dermawan bagi membawa bekalan di akhirat yang kekal abadi.
Salam ‘Jutawan Tuisyen Sepi‘ daripada saya kepada semua!
Bila seminar tuisyen akan diadakan?
Tarikh terkini boleh terus rujuk di web http://www.SeminarTuisyen.com iaitu pada 23 April 2011. Boleh dapatkan tempat segera! Kita jumpa nanti ya!
Azam saya pada tahun baru ini adalah untuk membina pendapatan pasif dan mengurangkan hutang yang tidak bagus “bad debt”.
Serta mempunyai reserve fund selama 9 bulan.
Semoga cita2 saya tercapai pada bulan 12-2011.InsyaAllah.Amin
Assalamu’alaikum kepada semua pembaca setia blog Master Yus.
Saya sendiri sudah lama tidak menulis disini atas kesibukkan kerja makan gaji, tuisyen dan pelaburan…
Azam saya tahun 2010, masih ada yang belum terlaksana lagi. Jadi saya berazam akan mempercepatkan perlaksanaan beberapa azam tahun lepas yang masih dalam progres.
Kombinasi azam 2010 (pending/in progress) dan azam 2011 adalah seperti berikut:
1. Melancarkan Blog peribadi – http://hazaruddin.com
2. Bengkel Home Tuition Tutor – minisite, blog dan pemantapan pengisian (bersama TEST)
3. Website Auto Web – Projek bersama IM Mawardi
4. Menaik taraf http://hartanahbagus.com
5. Menyudahkan editing e-book dan melancarkannya sebelum March 2011 (bersama TEST)
6. Menjadi jurutera yang produktif kepada syarikat MTU Services (M) Sdn Bhd
7. Menjadi Home Tuition Tutor yang berwibawa
8. Melancarkan Blog http://pedagangemas.com – tujuan menyedar dan mengajak masyarakat untuk melabur dalam emas
9. Membeli rumah pertama – kondominium
10. Menyimpan total kumulatif RM50,000 dalam pecahan akaun peribadi, akaun emas, akaun saham emas, akaun AHB dan emas fizikal
11. Membuka akaun peribadi di bank singapura
Saya akan berusaha bersungguh-sungguh tahun ini untuk mencapai segala azam yang telah saya senaraikan diatas…
Mohon doa dari kawan-kawan juga agar Allah swt melancarkan dan memberkati segala usaha saya dalam melaksanakan azam saya pada tahun ini…amin…
salam, cikgu hazar, saya berminat dengan bengkel home tuition tutor… bila nak buat? nanti inform la. k, tq
Saya sokong dengan your statement…masing2 dengan cara masing2…janji kita happy, hidup nie sekali jer kan? So sebaiknya kita kembali ke jalan yang sepatutnya…tak salah nak jadi kaya, dan memang sangat2 digalakan. Semoga dengan kekayaan kita dapat membantu org dan menahbahkan kebaikan didunia dan akhirat…AMIN.