Dengan rendah diri daripada insan yang kerdil lagi hina ini, saya ingin memohon jutaan kemaafan daripada semua pembaca tegar setia blog hensem ini, andai ada terkasar bahasa, terkurang bicara, terlajak gosip petua, dan segala kekurangan yang datang daripada saya.
Bersempena dengan bulan kemuliaan Ramadhan Al-Mubarak 2010 ini, saya ingin mengucapkan ‘Selamat Bersahur, Berpuasa dan Berbuka kepada semua umat Islam yang berpuasa sahaja’. Semoga dengan ketibaan bulan yang mulia ini, kita dapat merebut jutaan malah billion pahala yang tuhan sediakan kepada hambaNya yang beramal. Inilah saat dan waktunya untuk kita bercucuk tanam pahala dan berdoa dengan banyaknya. Semoga seluruh amalan dan doa kita akan mendapat ‘approval’ daripada tuhan yang Maha Esa.
Kepada cikgu-cikgu tuisyen, dibulan puasa ini kelas boleh kita susun mengikut masa yang sesuai. Jika saya, kelas akan saya jalankan pada hari Sabtu dan Ahad pada siang hari. Pada tahun ini (2010), saya ingin kekalkan rekod 100% solat terawikh sama seperti tahun-tahun lepas. Saya taknak abaikan peluang yang tuhan kurniakan setahun sekali ini. Saya suka lakukan kerja yang boleh saya uruskan masa saya dengan tuhan, isteri dan keluarga. Saya yang kawal masa, bukan orang lain yang kawal masa saya. Dan yang paling istimewa, pendapatan saya juga yang kawal 🙂 .
Saya doakan pembaca semua (beragama Islam) agar berjaya mendapat kelas pertama sebagai graduan Universiti Ramadhan 1431H ini. Mudah-mudahan kita semua akan mendapat apa yang kita idamkan sebagai hambaNya yang taat dan bertaqwa, amin.
Selamat maju jaya!
Terima kasih Tokey 🙂
Sama-sama 🙂
Salam Ramadhan Al Mubarak kepada Cikgu Yus juga hehe!
Terima kasih Tokey 🙂
Selamat berpuasa!
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,
Tn,
Hari ini adalah hari pertama buat umat Islam di
seluruh dunia menunaikan rukun Islam yang ketiga
…iaitu berpuasa sebulan di bulan Ramadhan Mubarak ini
untuk tahun 1431 Hijrah.
Oleh itu, saya ingin mengucapkan selamat menjalani
ibadah puasa kepada Tn. Semoga Ramadhan kali
ini lebih bermakna dan memberi banyak manfaat kepada Tn.
Semoga Allah kurnia kesabaran dan kekuatan pada Tn.
Ya Allah, Yang Maha Sabar kurniakanlah kesabaran dan kekutan yang tinggi kepada semua umat Nabi muhammaad s.a.w.
“Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.
Saya doakan semua umat nabi muhammad s.a.w (beragama Islam) agar berjaya di dunia dan akhirat, amin.
Selamat maju jaya!
Leave
Ucapan jutaan terimakasih kerana berkongsi.
Rahimah Abdullah
Rujukan:
Zikir Al -Husna:
YA SABUR (Yang Maha Sabar)
Agar kita diberikan kesabaran oleh Allah dalam segala hal, maka perbanyakkalah zikir Asma Allah ini.Dengan sifat sabar & penuh pengharapan kepada Allah, InsyaAllah segala usaha kita akan capai kejayaan.
[Surah Al Baqarah 286]
Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”.
Waalaikumussalam. Terima kasih dengan perkongsian saudari Rahimah. Semoga ianya bermanfaat kepada pembaca semua.
Selamat maju jaya!
Terima kasih Saudari atas ilmu yang dikongsi…InsyaALLAH…
Salam tuan MY, Oh siapa pula gerangan yg meng SMS saya lewat mlm tadi…no tidak ku kenali tapi pernah nampak…rupanya masteryus.com hehehe thank, salam ramadan juga dari saya ya..semoga kita semua sentiasa dicucuri rahmat yang tidak henti henti membantu dlm menguruskan kehidupan ini.
W’slm Tuan Suhaily. Terima kasih kerana sudi menerima sms tersebut sungguhpun nombor tidak dikenali. Nasib baik tak di’cop’ spammer 🙂
Lebih 150 nombor kenalan saya sms, sekadar untuk mengeratkan kenalan yang ada dalam lebih 2000 phonebook saya.
Selamat maju jaya!
Selamat Berpuasa Juga:-)
Selamat bersahur, berpuasa dan berbuka kepada yang berpuasa sahaja.