Selamat menjalani ibadah puasa kepada pembaca semua.

Share

Belum terlewat untuk saya mengucapkan ‘Selamat Berpuasa’ & ‘Selamat Berbuka Puasa’ kepada pembaca setia blog ini. Alhamdulillah bertemu juga kita di bulan Ramadhan yang mulia pada tahun ini. Takziah saya ucapkan kepada keluarga yang dah tak sempat untuk meraikan ibadah puasa bersama-sama dengan orang tersayang yang telah berjumpa Allah terlebih dahulu.

Dikesempatan ini saya ingin memohon maaf kepada semua pembaca khususnya yang beragama Islam sekiranya ada kekurangan/kelemahan atau penulisan saya selama ini menyinggung hati pembaca. Sebagai manusia yang banyak melakukan kesalahan, hanya maaf mampu saya lakukan. Maafkan saya ya kawan-kawan!

Jumaat lepas (sehari sebelum berpuasa), sempatlah saya meraikan kedatangan bulan Ramadhan yang mulia dengan belanja isteri dan 3 orang staff saya makan di Mid Valley Megamall (The Noodle Station, bawah floor GSC). Walaupun The Noodle, banyak juga hidangan seperti nasi dan western disediakan. Total makan 5 orang hanya RM70++ sahaja. Selepas itu sempat juga menonton wayang ‘Orphan’. Memang best, thriller dan bijak jalan ceritanya. Setiap scene menjadi tanda tanya dan jawapannya memang ada. Kenapa pengarah Malaysia tak berfikiran seperti itu?

Sebenarnya saya masih lagi belum pulih sepenuhnya daripada demam selepas pulang dari Bangkok tempoh hari. Tetapi hati ini gagahkan juga untuk tidak memikirkannya. Demam biasa je bukannya H1N1 kay :-), wife saya dah cek taraf kesihatan saya. Alhamdulillah masih stabil.

Hari pertama puasa, kami berbuka puasa beramai-ramai di Hulu Langat rumah keluarga saya. Banyak la juga juadah bila berbuka beramai-ramai. Sungguh berselera si Balqis menjamu juadah dengan Atok Cop & Nenek Yah nya. Lauk udang masak lomak cili api, sayur kacang panjang, ayam goreng, ikan masin, air kelapa, murtabak, goreng pisang dan buah kurma. Sungguh menyelerakan masakan emak.

Hari Isnin saya kena serangan sakit sendi aka sendi kejang dibahagian belakang badan. Amat memeritkan dan tak mampu bergerak, sakitnya tak boleh nak kata. Saya pun tak tahu apa puncanya. Seharian puasa hanya berbaring dan tidur sahaja. Oh ujian menimpaku.. Setelah diberi rawatan urut oleh isteri tercinta, sakit sendiku hilang akhirnya, alhamdulillah. Namun hingga hari ini masih terasa saki bakinya.

Hari Selasa masuk office, laptop staff saya pula yang buat hal. Habis semua dokumen hilang gara-gara serangan virus (mungkin H1N1 juga). Oh..nasib, terpaksalah redha semua kerja yang telah dibuat beberapa bulan lepas terpaksa dibuat semula. Sabar ye Ekin!

Petang semalam saja tukar selera dengan berbuka puasa di Pak Hailam Kopitiam di Tesco Extra Cheras. Sambil membeli keperluan sepanjang Ramadhan ini. Ada satu senario yang agak sedih untuk saya kongsikan. Semasa kami menjamah hidangan berbuka puasa, pada masa itu jam 7.24 (waktu berbuka di KL). Pekerja Melayu Islam masih lagi bertungkus lumus menghidangkan makanan kepada pelanggan. Sungguh cepat mereka berkerja bagai lipas kudung. Malangnya jam menghampiri 8 malam, mereka masih lagi belum menjamah makanan (apa yang saya perhatikan la). Oh kasihannya, tak kan lah nak teguk secawan air dan sebiji kurma pun tak sempat? Adakah mereka takut dengan majikan? Ini persoalan yang terngiang-ngiang di benak otak saya sambil terus memerhatikan reaksi mereka yang berkerja dalam keadaan muka monyok belum menjamah makanan.

Malam tu pula, saya sekali lagi diserang penyakit. Kali ini perut pula yang meragam. Arghh.. mungkin salah makan atau keracunan. Masuk toilet 3 kali dengan perut memulas. Sekali lagi isteriku menjadi pembantu peribadi yang sungguh bermakna. Alhamdulillah menjelang sahur pagi tadi semakin pulih.

Pagi ini saya sampai office seawal jam 8.10 pagi. Bersedia dengan task yang akan diberikan kepada staff saya yang semakin rajin. Sebelum memulakan tugas khusus saya, maka sempatlah meng’update’ blog ini buat tatapan pembaca. Murid-murid pun dah datang tuisyen jam 10 pagi. Almaklumlah wahai murid-murid ku, UPSR tinggal seminggu sahaja lagi. Selagi ada masa, gunakannya dengan semaksima. All the best!

JOIN OUR NEWSLETTER
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
Join over 3.000 visitors who are receiving our newsletter and learn how to optimize your blog for search engines, find free traffic, and monetize your website.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
Share

Related Posts

About The Author

2 Comments

Add Comment