Sehari selepas SeminarTuisyen.Com berlangsung

Share

Saya amat bersyukur kepada tuhan dengan segala nikmat dan inayah daripada-Nya kerana telah banyak memberikan peluang kepada saya untuk meneruskan kehidupan ini dengan penuh rendah diri kepada-Nya.

Segala pujian hanya layak bagi-Nya yang telah mengizinkan SeminarTuisyen.Com telah berlangsung dengan jayanya pada semalam, Sabtu 9 Mei 2009. Kepuasan saya bukan berhenti setakat ini sahaja, saya akan lebih puas sekiranya peserta yang datang akan mengaplikasikan segala ilmu, perkongsian, pengalaman, panduan, tips, trik tuisyen yang telah saya sampaikan. Selepas diaplikasikan, dan kepuasan seterusnya adalah apabila dapat berita daripada protege SeminarTuisyen.Com menjana pendapatan hasil darpada memulakan tuisyen. Waahh..alangkah gembiranya saya apabila sampai berita dan cerita menarik ini kepada saya.

Tahniah dan terima kasih juga kepada semua yang telah menyokong saya sama ada secara langsung dan di belakang tabir. Tak saya lupakan, syabas kepada Cikgu Nazri, Cikgu Atikah, Cikgu Muza, Cikgu Shakila, Cikgu Afidah, Cikgu Jaya, Cikgu Rafidah, Cikgu Azlan, Cikgu Fina dan Cikgu Sakinah kerana anda semua telah mendapat ‘Title’ baru yang telah saya anugerahkan :-) Saya doakan dan harap ‘Title’ tersebut kekal selama-lamanya.

Secara keseluruhannya, saya amat berpuas hati dengan SeminarTuisyen.Com kali ini walaupun ada antara peserta yang menarik diri disaat-saat akhir dan tak dapat menghadirinya. Saya amat terkilan. Jangan risau, anda layak hadir di seminar berikutnya.

Saya juga amat terharu dengan komitmen yang amat tinggi oleh peserta yang datang daripada luar Lembah Klang. Cikgu Jaya dari Kelantan ( terima kasih Cikgu, dalam bas boleh emel saya lagi tu :-)), Cikgu Shakila dari Permatang Pauh, Penang ( siap bawa family datang KL) dan Cikgu Rafidah dari Johor. Saya amat hargai usaha dan pengorbanan kalian untuk mendapatkan ilmu baru tentang tuisyen.

Terima kasih juga kepada Cikgu Hazar kerana sudi berkongsi rahsia dan pengalaman beliau mengendalikan kelas tuisyen walaupun beliau seorang Engineer di siang hari. (Sepatutnya Cikgu Ridhuan juga akan hadir, tetapi ada hal last minute).

Komen dan respon peserta juga amat memberangsangkan. Dengan komen-komen positif ini sebenarnya telah memberikan semangat kepada saya untuk meneruskan SeminarTuisyen.Com di masa akan datang.

Antara topik hangat yang telah dibicangkan semasa SeminarTuisyen.Com berlangsung adalah ‘Cara mulakan Tuisyen’, ‘Strategi Marketing Berkesan+Pantas’, ‘Gawat vs Tuisyen’, ‘Trik 1st Interview’, ‘Pengurusan Masa Tuisyen’, ‘Permintaan dan Market Tuisyen‘. Memang best kerana peserta kali ini bertubi-tubi mengajukan soalan yang bernas dan pedas kepada saya. Dan jawapan yang saya cuba berikan berjaya menangkis segala perspektif yang ramai orang tak tahu.

Saya sedang siapkan beberapa gambar dan video untuk tatapan pembaca semua, segala aktiviti yang telah belaku di SeminarTuisyen.Com. Dalam beberapa hari lagi, saya akan uploadkan di web.

Apa yang menariknya seminar kali ini, mereka juga tak lepaskan peluang untuk merebut ‘Good & Big Projek‘. Dan pastinya sesuatu yang amat berbaloi tentang projek ini. Dan sesi ‘briefing’ tentang projek ini juga berjalan lancar. Ada beberapa orang yang hadir untuk tahu lebih lanjut tentang projek ini yang telah diterang oleh Cikgu Rusdi selaku Project Manager bagi ‘Good & Big Projek‘.

Seperti yang telah saya maklumkan sebelum ini, saya terpaksa tunda buat sementara waktu SeminarTuisyen.Com sehingga saya beritahu tarikh seterusnya, untuk saya fokuskan kelas tuisyen saya yang sangat ‘Pack’. Almaklumlah pelajar saya masing-masing sedang ‘nervous’ untuk berhadapan dengan sekeping kertas yang di beri nama ‘Kertas Soalan’ (dah nak periksa).

Saya perlu tumpukan dulu kepada mereka dan saya juga nak tumpukan pendapatan saya untuk bulan-bulan yang sedang memuncak ini. pssttt…wahai kawan, bulan-bulan seperti sekarang inilah masa saya buat duit lebih besar dan berganda daripada tuisyen. Hasil daripada 2-3 bulan ini sebenarnya dah boleh cover 2 bulan masa raya nanti, dimana waktu itu saya akan cuti panjang :-).

Dan saya juga nak tumpukan kepada ‘Good & Big Projek‘ yang sedang rancak berlangsung. Saya jemput anda semua yang berminat dengan projek ini, marilah bersama-sama dengan team kami. Sesuatu yang berbaloi kepada anda. Anda akan dibayar dan kerja hanya perlu dilakukan dihadapan PC dari rumah sahaja. Anda boleh lihat di post lepas disini: http://masteryus.com/panduan-tuisyen/good-big-projek-fasa-1/

Nantikan post saya yang berikutnya nanti. Terima kasih.

Share

Related Posts

About The Author

One Response

Add Comment

Unable to load the Are You a Human PlayThru™. Please contact the site owner to report the problem.