Sehari selepas SeminarTuisyen.Com berlangsung.

Share

Syukur kehadrat Illahi kerana dengan Inayah dan KeizinanNya, maka seminartuisyen.com telah berlangsung dengan jayanya semalam.

Walaupun bermula lewat 15 minit, disebabkan perkara yang memang tidak dijangka, namun kesabaran peserta untuk menanti seminar bermula amat saya hargai. Grill ditingkat bawah telah dikunci tanpa pihak kami diberitahu. Nasib baik masalah ini dapat diselesaikan dengan segera.

Tabik spring saya dengan Cikgu Rosli, orang pertama yang telah tiba daripada Johor. Semoga kehadiran kalian telah mendapat manfaat yang maksima.

Protege berjaya seminartuisyen.com iaitu Cikgu Saufi, telah bersama-sama memeriahkan seminar dengan berkongsi pengalaman beliau melakukan tuisyen sehingga berjaya membeli pusat tuisyen sendiri sedangkan beliau masih lagi menuntut di Universiti Malaya. Saya pun dapat dengar perkongsian beliau yang sememangnya kami dah lama tak jumpa dan dengar berita terbaru (masing-masing sibuk dengan tuisyen).

Terima kasih dan tahniah saya ucapkan kepada protege baru seminartuisyen.com iaitu Cikgu Rosli (tagged.com/roslisariman), Cikgu Syukri (almonddelight.blogspot.com), Cikgu Imran, Cikgu Izad, Cikgu Nizar, Bro Izu (motivatorpelajar.com), Cikgu Azmi (azmitaufik.com), Cikgu Gee, Cikgu Sawizawati, Cikgu Ainil, Cikgu Zulaika, Cikgu Shahrizat.

Memang saya amat excited untuk berkongsi pengalaman dalam tuisyen dengan mereka, walaupun ada antara mereka yang memang dalam bidang perguruan mahupun dalam bidang motivator. Tetapi saya menganggap perkongsian ilmu yang tak seberapa daripada saya, semoga semua pihak mendapat manfaat daripadanya.

InsyaAllah saya akan update gambar dan komen daripada mereka. Saya hanya sempat menulis sahaja. Esok pagi-pagi dah kena bangun bersiap nak ke Solo/Jogjakarta. Flight jam 6.55 pagi (dalam sejarah pagi buta dah ke LCCT). Saya akan kongsikan pengalaman saya disana nanti bila selamat tiba kembali di Malaysia Jumaat nanti.

Maka secara rasminya, saya tidak akan online selama 4 hari daripada 7 – 10 Julai (Selasa – Jumaat). Sebarang emel, pertanyaan akan saya cuba balas bermula pada Sabtu. Jika ada yang nak call / sms saya tu, maaf ya roaming mahal giler. So faham-faham je la. Handphone dibawa untuk tujuan kecemasan sahaja. Doakan saya sekeluarga selamat pergi dan selamat kembali di Malaysia dengan selamat ya!

Caiyookkk…!

JOIN OUR NEWSLETTER
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
Join over 3.000 visitors who are receiving our newsletter and learn how to optimize your blog for search engines, find free traffic, and monetize your website.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
Share

Related Posts

About The Author

3 Comments

Add Comment