Lagi 2 hari cuti sekolah akan berakhir. Tentu ramai murid/pelajar yang tak sabar-sabar nak kembali ke sekolah bertemu rakan dan guru-guru. Dan pastinya ada juga segelintir yang tak puas dengan cuti 2 minggu ini. Jika saya menjadi pelajar, pun sama juga. Jika boleh nak cuti 4minggu (boleh study di rumah :-))
Kepada pelajar asrama, hari Ahad dah kena masuk semula ‘Kandang Ilmu’ anda. Maka akan ketemu kembalilah dengan Makcik+Pakcik Indon (dewan makan) berserta menu ‘Ikan Jaket’ dan nasi kawah.
Yang baru selesai menukar status, tahniah saya ucapkan. Makin besar tanggungjawab anda selepas ini. Tak kurang juga disaat-saat akhir cuti sekolah yang masih mengambil kesempatan mengadakan kenduri. Hah..inilah masa yang paling sesuai ‘Gathering’ keluarga.
Esok saya akan menghadiri BengkelWordpress.Com di Ampang. Nak belajar tentang penggunaan wordpress dalam membina blog dan website perniagaan. Tak sabar rasanya nak ketahui tips, panduan, teknik dan yang paling penting Rahsia WordPress daripada Catzer(penceramah).
Selepas berakhir bengkel esok, saya nak rehat cukup-cukup. Kerana malam plan nak balik ke Kulim, Kedah rumah Pak Mentua. 4jam perjalanan. Dah hampir 6 bulan, kami tak balik. Meroyan wife saya. Dan balik ni pun sebab menyambut kepulangan nenek mentua (wife punya nenek la) yang baru balik daripada mengerjakan Umrah.
Seminggu kami akan bercuti di Kulim. Dan saya dah inform siap-siap parents+student tuisyen, yang saya akan bercuti seminggu. Dah penat saya pulun tuisyen sepanjang cuti sekolah ni, maka sudah tiba rasanya untuk merehatkan dan menenangkan minda. Income tuisyen pun bolehla cover cuti seminggu nih.
Dan juga nak lari daripada kesibukan kota dan jerebu yang semakin membimbangkan sekarang ini. Indeks pencemaran udara menyatakan, kualiti udara yang semakin meruncing ini berpunca daripada perbuatan manusia sendiri.
Cuma masalah kat Kulim ni adalah line broadband yang tak berapa stabil. Saya paling pantang jika internet problem. Suhu mood secara automatik akan turun dengan mendadak. Back-up daripada hal ini, maka saya akan bawa sebanyak mungkin buku untuk dibaca. Masa Book Fair lepas sempat memborong buku-buku tentang kewangan, motivasi, perniagaan internet maka sudah tiba masanya untuk saya menyentuh buku-buku ini yang telah lama menjadi hiasan di meja saya.
Dan time ini jugalah saya boleh berkarya. Jika ada line internet, karya saya selalu terganggu dengan informasi-informasi baru yang mengurat hati saya untuk membaca. Maka tersekatlah idea dan tertangguhlah kerja. Ini yang susah gak ni. Kat kampung, dok tepi tasik sambil hirup udara nyaman dan menulis, menulis dan menulis. Kadang-kadang siap lepak kat tepi pantai (kat Penang) untuk cari port menulis.
Cuma yang tak berapa nak best, bila sampai Kulim ni, mata-mata teramatlah banyak dan sungguh berbahaya. Almaklumlah keluarga mentua. Hah, time ni memang kena banyak ‘cover macho’ (bukan berlakon kay), kena lah tunjukkan kredebiliti kita sebagai seorang suami mithali :-). Saya ni ada tabiat yang tak boleh diikuti ramai iaitu kuat berimaginasi sambil tutup mata aka tidur lah. Kadang-kadang masa tidur lebih banyak daripada buat kerja. (ceh pecahkan tembelang sendiri nih). Inilah antara kekurangan orang yang berkerja sendiri macam saya. Maklumlah kawan, bila masa banyak di rumah dengan anak-anak faham-faham je lah. Time anak-anak tidur disiang hari itulah masa yang paling cocok untuk berimaginasi sama.
Owh, dah makin melalut penulisan kali ini. Berikutan dah agak lama tak balik kampung (Kulim), dikesempatan ini juga, saya & isteri terfikir rasa nak buat surprise kat orang kampung. Cuma masih lagi dalam meeting, dan belum decide lagi. (biasanya setiap kali balik Kulim, kami akan belikan kek Secret Recipe jer, makan ramai-ramai, tapi kali ni ingat nak buat lain plak). Anda sebagai kawan saya, boleh bantu saya berikan idea anda apa surprise yang kami sesuai nak lakukan/berikan? Mana tau idea anda boleh memberikan impak yang mendalam dan akan diingat sampai bila-bila. Saya perlukan idea-idea anda, pleaasseee..??
salam master yus.maaf sbb sy lmbt respon email mstr.sy agak busy smenjak 4 menjak ni.anyway,keep ur info to me e’when ok.
salam.
rasanye..kalo nk buat utk org2 kmpg..buat mjlis makan2 ler..kalo siang..myb ramai org bz..pe kata bua bbq di mlm hari..buang kambing panggang ker..udang bakar..ketam bakar..semua bakar la..hehe..
then utk family sendiri..buat ler konvoi ke..g jejln reramai..msti happening…
ainil tgk sume dh bagi idea yang bernas… lbh kurang mcm apa yg ainil fikir. cuma nak kongsi pengalaman ttg gatherng famili kat kampung husband baru2 ni.
Sebelah malam kitorg buat BBQ, membakar apa2 yg patut, hehehe… sambil borak2…adalh buat doa selamat sket tp x formal punya, buat game sket2… esoknya, the whole family pergi berkelah… sonok giler coz ramai sgt ahli keluarga… mmg fun bila dpt berkumpul…
actually, kalu kita dpt hiburkan hati ahli keluarga mmg dh cukup bagus coz diorg ni pun dh cukup suka kalu kita blk kg. terubat rindu di hati tuuu…
apa2 pun just nk share pengalaman… ok master, selamat bercuti and berhati2 di jalan raya…
erm….
xda la idea besar
tp saya rasa yang paling berharga adalah aktiviti dengan family
saya paling suka kalau buat something kat kawasan rumah
cth : tanam pokok ke
hias laman ke
buat gazebo ke
ape la2 yang bersesuaian
Terima kasih dengan cadangan anda semua. Wah..warga2 hawa ni memang mencurahkan idea yang bernas2. Mana si Adam punya idea? Saya tengah tunggu ni.
pendapat i sangatla bersetuju kalau ble buat makan2 sikit pastu ade cabutan bertuah. hadiah tak kira apa. kalau dah nama cabutan bertuah dan dapat hadiah semua orang memang suka.
kalau yang utk org tua bagila alat2 dapur contoh, senduk ke, alas potong cili ker,sudu garfu ke, baldi ke, bakul ke dsbg. utk budak2 pulak bagila peralatan sekolah.
nampak macam lekeh je barang2 tu tapi nilainya sungguh mendalam.
siapa yang dapat senduk, nnti bila time senduk nasi, ingat kat MY n family.hehehhe.
saya pernah dapat , sebb tu le bagi idea ni. masa dapat tu rasa macam alahai… senduk jer….
salam master.
selain makan, watlah ‘ trip sehari bersama keluarga’. sehari suntuk p jejalan. mungkin orang tua ada teringin nak p memana tapi belum tercapai. so, ni lah masanya. kalau ramai, p konvoi beberapa kereta.lagi gempak kalu wat banner keluarga.’ Family Trip En…..’. hehe.
andai ke pantai, malamnya wat bbq. kalu tak ke pantai wat je kat memana tempat yang sesuai. kat sawah padi ke kan.diselitkan dengan pertandingan karaoke atau paper games antara family. budak2 mesti enjoy. bukan bdk2 je, mak ayah budak pun sure suka nya lah. bila generasi muda gembira, yang senior pun bakal terhibur.
bila konvoi tu, tak yah well plan sangat. terlalu terikat dengan schedule tak best. terlintas kat kepala atau mulut diorang je (TERUTAMA YANG WARGA EMAS) terus je p. baru mencabar… hehe. kalu ada lagi nanti su inform ek. harap idea su boleh menjana idea lain yang lebih mantap untuk master.
Pendapat saya pulak, apa kata master yus buat makan2 dan bagi serviniour…mesti meriahkan?Selamat bercuti Master Yus dan family
ohoho…………
thanks for your email…
iyda rasa nak buat kejutan tu urm……
tak tau la nak bagi apa………..
p kata g la bukit hijau g konvoi ramai2 k or do family travel
iyda tak penah buat so tak tau la surprise apa yang nak diberikan.
(”,)
chayok2 dengan surprise anda…..
Batul, betul, betul (suara Ipin kedengaran). Cabutan bertuah yang tak tahan tu, cam buat kursus la plak.
akum. Fad tau…master yus kene wat kenduri doa selamat..
makan2…mesti diigat sampai bebile kan?..berkat pon berkat….pastu wat cabutan betuah ke kan…