Salam Eidulfitri Maaf Zahir Batin dari MY sekeluarga.

Share

​CUIT-CUIT DI HARI RAYA…..
Nampak morning star silalah beli,

Keluar shooting star ready nak lari,

Puasa kali ni adoi berat naik lagi, 

Duit raya tahun ni bursa yang bagi.
Kuih bahulu dilupa jangan,

Ketupat rendang menjadi pilihan,

Marubozu hijau sungguh menawan,

Cukup rukun kasi hantam lah kawan.
Pagi cilok petang kona baring,

Esok naik senyum sampai pipi,

Kalu belajar ilmu momentum trading,

Jantung kena kuat lutut tampal besi.
Pergi masjid berjubah putih,

Pergi beraya berbaju kebaya,

Kaunter uptrend nak kena pilih,

Silap pilih kegaung lah jawabnya.
Main mercun ditengah jalan,

Main meriam kecoh dibuatnya,

Dalam kemerahan pasti ada kemeriahan,

Setiap sejarah mesti berulang punya.
Makan lemang dipagi raya,

Kemudian ziarah sanak saudara,

Setiap hari popit berganda,

Patutlah dah super trader rupanya.
Sebulan puasa berlalu pergi,

Tibanya Syawal masa bergembira,

Dah tau rugi itu pasti,

Yang kau emosi sangat tu kenapa.
Masa trading tangan asyik gatal,

Tak tekan sehari hidup tak bermakna,

Kehulu kehilir laptop tak tinggal,

Rileklah bang ni kan dah raya.
Kacau dodol bersama-sama,

Masak rendang sambil berseloka,

Batang lilin pun ada seksinya,

Pantang nampak mesti balun punya.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin kepada Investor dan Trader semua…
Ikhlas dari MY sekeluarga.

Share

Related Posts

About The Author

Add Comment

Unable to load the Are You a Human PlayThru™. Please contact the site owner to report the problem.