Oleh Ifwan Tun Tuah
ifwan@bharian.com.my
Kementerian Sumber Manusia tingkat program kemahiran jana tenaga mahir berkualiti
PORT DICKSON: Kerajaan menyediakan peruntukan RM100 juta kepada Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) Kementerian Sumber Manusia pada tahun ini untuk disalurkan sebagai pinjaman kepada pelatih yang mengikuti latihan kemahiran di pusat latihan bertauliah di seluruh negara.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan, berkata peruntukan itu akan digunakan untuk menampung kos melahirkan kira-kira 15,000 tenaga mahir di kalangan rakyat tempatan, terutama golongan muda.
“Kita mahu golongan muda yang tidak mendapat peluang melanjutkan pelajaran dalam bidang akademik memilih bidang kemahiran yang menjanjikan masa depan cemerlang.
“Peruntukan diberi kepada pelatih dalam 33 bidang kemahiran utama itu antara lain membabitkan kos sara hidup dan yuran pengajian mereka,” katanya selepas menghadiri Majlis Makan Malam Kembara Kelab NewsDesk Berita Harian di Permasuri Resort di sini, kelmarin.
Pada majlis tahunan itu, seramai 230 ahli kelab dan keluarga masing-masing mengambil kesempatan sempena cuti Tahun Baru Cina untuk berkumpul dan beramah mesra bagi merapatkan silaturrahim antara satu sama lain.
Mengulas lanjut, Maznah berkata pinjaman berkenaan adalah bantuan kerajaan kepada belia yang mahu menyambung pengajian dalam bidang kemahiran dan mereka perlu mempunyai rasa tanggungjawab membayarnya kembali selepas menamatkan latihan dan mendapat pekerjaan.
Sehingga Oktober tahun lalu, perbadanan itu merekodkan seramai 57,036 atau 43.8 peratus daripada peminjam tidak pernah membuat pembayaran balik pinjaman mereka membabitkan tunggakan sebanyak RM463.68 juta.
Maznah berkata, kementeriannya mengambil pelbagai langkah mengutip semula tunggakan daripada peminjam, termasuk menubuhkan Jawatankuasa Kutipan Bayaran Balik Pinjaman Tabung Pembangunan Kemahiran dipengerusikannya sendiri.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata, pihaknya sedang mengkaji latihan kemahiran sedia ada di semua pusat latihan bagi di naik taraf supaya melahirkan tenaga mahir berkualiti.
Selain itu, katanya pihaknya bercadang menambah bidang latihan kemahiran baru bagi memenuhi permintaan industri yang semakin berkembang maju.
****************************************************
Artikel ini dikreditkan daripada sumber bharian.com.my
Apa yang boleh saya kongsikan disini adalah, masih ramai lagi belia di luar sana yang masih kabur dengan hala tuju kehidupan mereka. Kita tidak boleh salahkan mak ayah mereka, kerana dalam dunia ini yang memandu kehidupan adalah diri masing-masing.
Pilihan telah diberikan oleh ibu bapa dirumah, guru-guru di sekolah namun persoalannya kenapa masih ramai lagi yang ketinggalan.
Jika dipersoalkan isu pinjaman untuk sambung belajar, maka anda yang membaca artikel ini perlu mengambil langkah ‘advance’ bahawa betapa pentingnya usaha membuat simpanan bermula di peringkat awal lagi. Bermula membuat simpanan hari ini. Bukannya tunggu kita bergaji besar, dapat gaji, dapat bonus, imbuhan dan sebagainya. Ternyata satu kesilapan besar apabila dapat duit besar baru kita simpan.
Jika pendapatan harian anda RM100 sehari maka buatlah simpanan RM30 iaitu 30% daripada pendapatan tersebut. Menurut pakar-pakar pengurusan kewangan, ada yang menyarankan membuat simpanan 10% – 30% hasil daripada pendapatan bulanan. Namun bagi pendapat saya (yang memang suka exploitasi situasi), hasil pendapatan yang saya peroleh akan saya buat simpanan 30% – 50%. Kadang-kadang bukan hanya daripada pendapatan bulanan saya tetapi pendapatan harian saya.
Dan saya amat kedekut untuk membelanjakan duit pendapatan saya tanpa tujuan yang munasabah. Saya akan pastikan duit keluar berbaloi dengan apa yang saya bakal dapat.
Saya suka untuk berkongsikan berkenaan dengan hal pengurusan kewangan tetapi bukan di post kali ini. InsyaAllah saya akan kongsikan di post yang akan datang. Kerana tujuan post kali ini adalah berkongsi tentang artikel yang saya rasakan perlu beritahu kepada orang ramai.
Oh ya, satu lagi saya nak ingatkan. Jangan terlalu taksub dengan BANTUAN oleh mana-mana pihak, kerana sikap seperti ini langsung tidak akan MEMBANTU dan menaiktaraf produktiviti anda. Jika kita asyik dengan sikap kebergantungan, sampai bila pun kita tak akan berusaha untuk mengecapi nikmat hasil daripada penat lelah kita. Namun sekiranya diberi ruang dan peluang, maka pertimbangkan dengan sewajarnya dan terima dengan penuh rasa syukur bahawa ianya perlu di manfaatkan dengan sebaiknya.
InsyaAllah saya sungguh teringin untuk berkongsi cara saya membuat simpanan dan menguruskan perbelanjaan keluarga saya (sebab ada permintaanlah yang menyebabkan saya ingin berkongsi). Pengurusan kewangan amat penting, kerana ia akan membuatkan kehidupan kita seperti di dunia kita sendiri. Apa yang kita hendak, maka kita akan senyum untuk mendapatkannya. Tiada lagi istilah tekanan.
Ikhlas;
-Master Yus-
Pelopor Industri Tuisyen di Malaysia
p/s: Soalan bonus, apa yang bakal anda lakukan sekiranya diberi peruntukan RM1,000,000? Mungkin boleh kongsikan apa impian anda di ruangan komen ini.
Jika saya ada RM 1 juta
– akan memastikan duit tersebut dapat diberanakkan kepada rm2juta dlm masa 1 tahun atau kurang..
– bayar hutang kereta, kredit kad, ptptn, segala jenis bil (RM 100k)
– beli insuran (RM 100k)
– bayar deposit untuk beberapa buah rumah (baru atau rumah lelong) (RM 200k or more)
– RM 100k akan digunakan untuk betulkan rumah atau apa2x yang berkaitan dengan rumah yang akan disewa, dijual.
– membuka satu pusat home tution di tempat yang strategik (cannot budget.. maybe around RM 100k).
– membuka satu pusat pendidikan yang lain dari yang lain..
– beli satu landed property yang mempunyai laman yang luas.
– belanja mana yang patut untuk ahli keluarga, saudara mara dan agama.
– lebihan akan di simpan di dalam bentuk bon cash..
InsyaALLAH akan memperoleh 1 juta sebelum usia 40 tahun…Amin..
Tetapi jika sekarang diberi RM1 Juta, saya akan membuat tindakan seperti berikut:
1. Membayar zakat (menyucikan harta)
2. Melangsaikan hutang (langsaikan PTPTN isteri dan Kereta. Itu je coz kawin pakai duit kumpul sendiri)
3. Menunaikan haji dan umrah (suami isteri, ibu bapa dan mertua, adik beradik)
4. Beli sebidang tanah dan bina rumah banglow
5. Beli emas yang banyak untuk pelaburan emas (atas nasihat Dr Azizan) – Pelaburan jangka masa panjang
6. Menambah baik pusat tuisyen sekarang dan membuka cawangan-cawangan di tempat-tempat yang strategik serta menggaji cikgu2 yang hebat-hebat
7. Membuka syarikat yang berunsurkan pendidikan dan latihan
8. Membuka perniagaan ternakan kambing dan lembu
8. Melancong ke seluruh dunia bersama anak dan isteri
9. Beli kereta Toyota Alphard 3.0
InsyaALLAH…
Sekiranya diperuntukan RM 1 M, saya akan
1) melangsaikan segala hutang
2) derma RM 50k kepada mereka yang lebih memerlukan
3) daftar diri untuk menunaikan haji & umrah
4) membeli rumah & kereta impian
5) membeli rumah & emas untuk investment
6) masukkan RM 200k ke ASB
7) melancong ke eropah