Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 19-29 Mac 2010 di PWTC

Share

Assalamualaikum dan salam cemerlang pembaca yang dihormati. Hari ini saya ingin beritahu ada perkara penting untuk anda. Sila baca betul-betul ya!

Pertama, anda nak tak jika saya berikan tawaran harga RM100 sahaja jika berminat ke SeminarTuisyen.Com?

Diskaun 60% tu, sangat banyak! Saya sedang sangat baik hati ketika menulis post kali ini.

Cuma ada 2 syarat untuk dapatkannya:

1. Harga RM100 ini hanya untuk SeminarTuisyen.Com bertarikh 6 Jun 2010 nanti.

2. Boleh buat 2 kali bayaran, RM50 dahulu, RM50 kemudian.

Amacam Yus best tak tawaran ini?

Ini satu penghargaan kepada anda sebagai pembaca blog saya yang setia. Setia membaca, menyokong, mengikuti perkembangan dan memberikan komen-komen positif di blog ini. Jika anda benar-benar berminat, jangan daftar sekarang. Ini kerana saya ada satu lagi kejutan untuk anda!

Pada Sabtu ini (20 Mac), saya akan berada di booth True Wealth Sdn Bhd (Azizi Ali), bersempena Pesta Buku Antarabangsa KL di PWTC yang akan berlangsung bermula 19 hingga 29 Mac 2010. InsyaAllah selama 1 jam bermula 3-4petang, saya akan meluangkan masa disana.

Jadi, jika anda ada masa terluang, boleh la kita berjumpa, bersembang, bergambar dan berkenal-kenalan ya! Anda boleh bertanya berkenaan dengan industri tuisyen juga 🙂

Dan pada waktu itu, jika anda dapatkan buku saya, anda akan dapat harga runtuh serta autograf eksklusif daripada saya. Juga ada sedikit cenderahati daripada saya..yeaa…

Banyak kan saya nak bagi kepada pengunjung nanti!

Dan tawaran diatas (RM100 harga SeminarTuisyen.Com), hanya SAH pada 20 Mac 2010 jam 3-4petang sahaja!

Anda hanya perlu ‘booking’ harga RM50 semasa bertemu dengan saya di PWTC, selebihnya menerusi ‘online’ seperti biasa. Dan yang daftar pada Sabtu nanti, ada Cenderahati Eksklusif dari ‘oversea’ daripada saya.

Saya simpulkan disini, sangat beruntung jika kita dapat bertemu pada Sabtu ini.

* Anda boleh dapat harga seminar 60% diskaun. Siap dapat cenderahati ‘oversea’ lagi.  🙂

* Anda boleh dapatkan buku saya dengan harga runtuh berserta autograf & cenderahati daripada saya.

* Anda boleh lebih kenal dan rapat dengan saya. Dan saya juga nak kenal dengan anda sebagai penyokong setia saya, disamping merapatkan ukhwah dan bertukar-tukar pendapat. Kita juga boleh bergambar kenangan disana.

Anda juga boleh melihat kemeriahan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur setiap kali ianya diadakan. Pada tahun lepas punya cerita, ada saya coretkan keseronokannya sebagai tatapan pembaca.

http://masteryus.com/panduan-tuisyen/hari-bertemu-pengunjung-pesta-buku-antarabangsa-kl-2009/

http://masteryus.com/panduan-tuisyen/nota-mind-mapping-lattest-source/

http://masteryus.com/panduan-tuisyen/pelancaran-buku-true-wealth-sdn-bhd/

Dan sedar tak sedar, usia blog ini juga hampir setahun. InsyaAllah saya akan adakan sambutan ulangtahun pertama blog ini. Nantikan sambutan tersebut ya!

Penulis,
www.MasterYus.Com

JOIN OUR NEWSLETTER
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
Join over 3.000 visitors who are receiving our newsletter and learn how to optimize your blog for search engines, find free traffic, and monetize your website.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
Share

Related Posts

About The Author

3 Comments

Add Comment