Pertama kali menggunakan iPhone 5, antara terawal di Malaysia!

Share

Assalamualaikum dan salam kejayaan buat pembaca semua!

Hari ini saya amat rajin untuk berkongsi sedikit info berkenaan gadjet impian ramai rakyat Malaysia. Tak lain dan tak bukan berkenaan iPhone 5. Saya amat percaya, ramai peminat tegar produk keluaran Apple menanti-nanti iPhone 5 masuk ke pasaran Malaysia kan?

 

Saya kira, mungkin saya antara yang bernasib baik dan antara terawal di Malaysia yang berjaya mendapatkannya (^_^)

Ini semua gara-gara isteri tersayang yang dalam senyap-senyap telah buat ‘order’ dari sahabat di Australia. Terima kasih wahai www.Roslinah.com dan Brother Mahmud yang sudi mengirimkan gadget impian ini.

 

Sebelum ini saya memang pengguna Nokia dan Samsung tegar. Dari Galaxy Tab, Galaxy SII hinggalah Galaxy Notes. Namun kini secara tiba-tiba telah menggunakan Apple sebagai peneman.

Apa yang boleh saya kongsikan disini, perisian iPhone 5 lebih laju dan paparan gambar lebih jelas. Saiznya yang sedikit comel berbanding iPhone 4s, membuatkan ianya muat-muat dengan genggaman tapak tangan saya.

Simkad Nano juga telah pihak Digi sediakan, maka saya terus menukarnya dan kenalah ‘pow’ RM20 sebagai caj penukaran. Amoi kaunter tu ada lah juga tanya, dimana saya dapatkan stok iPhone 5 ini, maka dengan senyuman saya kata ada kawan yang kirim dari oversea. Saya ada tanya dia juga, bila iPhone 5 akan masuk Malaysia, dan dia kata dalam masa terdekat ini. Harap kawan-kawan tunggulah dengan sabar ya!

 

Nah, untung kan apabila kita ramai kenalan di seluruh dunia. Berbuat baik dengan manusia, akan dibalas baik sesama kita.

Cukuplah kan sedikit perkongsian info ini. Kesimpulan yang boleh saya buat tentang gadget, pakailah gadget dari angkasa mana sekali pun, yang amat penting adalah perisian di dalamnya. Suka saya galakkan kawan-kawan ada perisian wajib seperti ‘Expense Manager’, ‘Gold Live’, ‘Go Daddy Mobile’, ‘xe currency’ dan ‘iQuran’.

Jika kawan-kawan nak lihat entry lain berkenaan iPhone 5, boleh jenguk di Blog Paling Peberet saya Denaihati.com disini : http://denaihati.com/iphone-5-malaysia-pertama

Terima kasih kepada semua yang sudi membaca dan komen. Semoga kita semua beroleh keberkatan di dunia dan akhirat.

 

-MasterYus-

JOIN OUR NEWSLETTER
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
Join over 3.000 visitors who are receiving our newsletter and learn how to optimize your blog for search engines, find free traffic, and monetize your website.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
Share

Related Posts

About The Author

2 Comments

Add Comment