Cara pantas memulakan perniagaan pusat tuisyen.

Share

Salam Nuzul Qur’an kepada semua pembaca yang beragama Islam. Yang cuti tu seronoklah ya! Kali ini saya nak kongsikan kepada pembaca tentang ‘Cara pantas mulakan perniagaan pusat tuisyen‘. Tetapi sebelum tu, saya nak celoteh sikit tentang aktiviti yang saya lakukan sepanjang saya tak update blog ini 6 hari lepas.

Jumaat lepas saya ke Matta Fair di PWTC. Kami beli voucher pakej 2H1M di Hotel 1st World berharga RM38.80 (harga sebenar RM70++, 50% less), Genting. Dan satu lagi Hotel A Famosa, Melaka. Ini kerana pada bulan Disember nanti, seorang rakan baik saya iaitu Cikgu Amran akan melangsungkan perkahwinannya bertempat di kampung halaman beliau di Negeri Sembilan. Jadi dah alang-alang ke arah sana, terus booking hotel siap-siap. Dan yang bestnya hanya RM40 seorang sahaja. Saya ambil pakej untuk 4orang + masuk taman tema air + safari. Jumlah semua RM300++. Cukup berbaloi untuk kami.

Apa yang menariknya, kami dapat voucher percuma 3H2M pilihan ke Redang/Tioman/PD dan beberapa hotel 4 star yang lain. Memang berbaloi-baloi sesiapa yang suka melancong datang ke Matta Fair. Untuk pakej ke luar negara, kami dah aim beberapa destinasi untuk tahun hadapan, cuma belum buat keputusan penuh lagi..tunggu lah yea!

Pagi Ahad (semalam), saya dijemput untuk memberikan motivasi kepada murid-murid tahun 6 yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR yang akan bermula esok, Selasa 8 – 10 September 2009. Saya mendoakan semua murid menjawab kertas soalan dengan tenang. Buktikan yang anda semua pasti boleh mencapai 5A, insyaAllah.

Lepas ceramah, saya singgah di Mid Valley melepaskan penat dengan melayan Final Destination 3D. Fuhh..memang thriller habis. Serpihan daging-daging manusia yang tercampak hampir mengena saya semasa menonton. Satu lagi hasil tangan dan idea yang sungguh hebat. Saya respek. Kenapalah pengarah di Malaysia masih belum boleh sampai ke tahap tersebut? Kemudian berbuka puasa di Sweetchat tingkat bawah daripada GSC.

Cukuplah celoteh diari saya yang tak berapa nak best ni :-)

Tips hari ini adalah, cara mudah dan pantas untuk memulakan perniagaan pusat tuisyen. Anda percaya tak jika saya katakan anda tak perlu lagi pening kepala nak cari tempat, nak cari alatan untuk pusat tuisyen seperti kerusi, meja, papan putih dan lain-lain lagi. Anda boleh mulakan segera, pantas dan cepat. Yang perlu anda sediakan adalah duit iaitu modal. Sama ada menggunakan simpanan atau pinjaman bank. Dalam anggaran RM50k anda dah boleh set-up pusat tuisyen segera. Tak percaya? Nak lebih cepat, mesti menggunakan duit sendiri. Guna laon bank makan masa juga.

Caranya adalah anda boleh ‘Beli’ sahaja daripada pengusaha yang ingin menjual pusat tuisyen mereka. Sebagai contoh disini:¬†http://www.mudah.my/Pusat-tuisyen-di-ampang-3502156.htm?last=1 dan ini¬†http://www.mudah.my/Pusat-Tuisyen-In-Setiawangsa-3563985.htm.¬†Saya baru call pengusaha tersebut dan berita baiknya, masih available. Jika anda berminat nak mengusahakan pusat tuisyen, cepat dapatkan peluang ini!

Anda juga boleh beriklan dimana-mana memberitahu yang anda berminat hendak membeli pusat tuisyen. ‘Tuition Centre Wanted’, ‘Saya berminat hendak membeli pusat tuisyen anda‘. Ini antara iklan yang boleh anda lakukan.

MY ni pernah ke beli pusat tuisyen? Mesti ada antara anda yang bertanya soalan bonus ini kan? Saya berkongsi atas pengalaman kenalan saya yang pernah lakukan perkara ini. Iaitu Cikgu Saufi, protege SeminarTuisyen.Com yang telah lakukan dengan cara ini. Beliau membeli pusat tuisyen, tempat beliau mengajar 2 tahun yang lepas.

Saya harap gambaran idea tersebut anda telah nampak. Alangkah mudah dan cepatnya membeli bisnes yang telah siap semuanya. Cuma anda yang perlu mengusahakannya semula dengan stail dan acuan anda. Harap tips kali ini membantu anda yang sangat berminat untuk memiliki perniagaan pusat tuisyen sendiri. Sebarang pertanyaan/perbincangan boleh dikemukakan diruangan komen. Selamat maju jaya!

Yusnizam Yusoff atau lebih dikenali sebagai MasterYus merupakan seorang graduan dari Universiti Malaya dalam bidang Teknologi Maklumat. Telah berkecimpung dalam dunia Tuisyen sejak tahun 2000 hingga ke hari ini. Tidak pernah berkerja makan gaji, hanya bergantung kepada sumber pendapatan Tuisyen sepenuh masa. Impian beliau ingin memberitahu Rakyat Malaysia bahawa Tuisyen boleh manjadi sumber pendapatan utama menggantikan kerja makan gaji. Jom pakat hari ini mulakan Tuisyen !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Share

77 Comments

  1. Salam.seronok baca kejayaan kawan2…saya di kedah baru nak usha2 bagaimana nak buka pusat tusyen…modal plak tak ada…huhu

  2. saya nak tanye. Kalau nak bukak pusat tuisyen, perlukan lesen ke? Kalau perlu, lesen ape yang perlu ada?

  3. assalamualaikum wrt…

    Mohon sumbangan idea daripada cikgu2 yang berpengalaman luas di industri kelas tusyen. Di sini, saya ada sebuah kelas yang agak besar, yang diperuntukkan oleh surau bagi dijadikan sebagai kelas tusyen. Jadi cadangann surau adalah untuk menyerahkan kepada pengusaha kelas tusyen, bagi mengusahakan kelas tersebut. Tetapi di sini, surau ingin meletakkan syarat kepada pengusaha tersebut, agar harga yang diletakkan tidaklah begitu tinggi, untuk memberi manfaat kepada penduduk sekeliling. Tetapi pada masa yang sama, surau juga mahukan pengusaha membayar bayaran sewa kepadanya. Apakah cara yang terbaik bagi meletakkan syarat2 atau pun garis panduan kepada pengusaha?

  4. Assalam. Sudah lama saya memikirkan hal ini, untuk membuka sebuah pusat tuisyen. Saya akan berhijrah ke Ipoh, Perak pada tahun depan. Demi anak-anak Perak, saya ingin membuka sebuah pusat tuisyen untuk membantu anak-anak Perak yang miskin dan membantu meningkatkan pencapaian ilmu anak-anak Perak.

  5. Saya Cikgu Abd. Rahman Ngah. Saya syorkan jika betul berminat ..buatlah bersungguh-sungguh..insya Allah berjaya. Saya berbangga kerana berjaya meraih RM 30K sebulan melalui tuisyen.

    • Salam Cikgu. Pada masa ni, saya ada buat part time (kecik-kecik) tuisyen setiap weekend. Mungkin melalui pengalaman Cikgu, macamana strategi yang saya boleh lakukan untuk dapatkan pendapatan yang berbaloi macam tu. Saya bercadang untuk fokus kepada tuisyen dah jadikannya sebagai karier baru full time saya, tak nak lagi terikat dengan orang. Ada nasihat dari Cikgu?

      Terima kasih,

      Aman

    • Salam en.rahman….boleh encik ajar saya macam mane nak mulakan bisnes tusyen ni…saya duduk area bandar saujana putra jenjarom selangor

  6. saya ada soalan , saya sekarang sedang cuba memohon untuk buka pusat tuisyen di shah alam . Setelah lawatan pihak bomba mereka dapati bangunan kedai yang saya sewa itu tidak sesuai untuk dijadikan pusat tuisyen sebab bangunan tingkat satu itu tidak mempunyai tangga pintu belakang.Sekarang pihak bomba tidak luluskan permohonan saya.tapi saya tidak boleh putus asa saja sebab saya dah buat perjanjian sewa tapak selama 2 tahun dan renovation sudah banyak saya habiskan duit.Apakah pendapat anda semua ? apa harus saya lakukan

    • saya menghadapi masalah yang sama sekarang ni..boleh saya tau jalan penyelesaian yg tuan ambil tak?

  7. Salam..Saya cadang untuk menjual pusat tuisyen di Bukit Sentosa, Rawang. Kawasan berdekatan tesco bukit beruntung, lot kedai tingkat 1. Ada 3 kelas lengkap dgn penghawa dingin,kipas,kerusi,meja,whiteboard dan ruang untuk pendaftaran termasuk perabot. Harga RM10,000. Masih boleh dirunding. Berminat, sila hubungi saya segera. En. Mohamad (019-2072565)

  8. Assalam Bro,

    ade queries psl nk mulakan pusat tuisyen, macam nak mulakan & perlu lesen perniagaan? boleh diskas lbh? pls email saya @ mnorfaiz@yahoo.com tq.

    • Assalamualaikum master yus dan semua yg mengikuti site ini…alhamdulillah, setelah hampir 5 tahun bergelumang menyesuaikan diri balik kampung dan mengukuhkan penjenamaan pusat tuisyen, sekarang nampaknya saya dapat semula momentum saya dalam hidup. Sekarang saya sedang memfokuskan penjanaan income dengan apa yang saya telah miliki iaitu 2 buah pusat tuisyen saya yang masih bayi. Dalam bisnes, saya rasa penjenamaan atau branding amat penting supaya orang tahu siapa kita.

      Bagi yg baru hendak mula berjinak dengan perkhidmatan tuisyen ini….ada 2 nasihat saya nak kongsikan:
      1. mula sekarang…jangan tunggu. hari inilah harinya.
      2. mula mencari mentor.

  9. Assalamu’alaikum Wrmbth,

    ramai yang menyerah kalah sebelum mencuba. Usaha dan tawakal banyak-banyak ya :)

  10. saya nak mulakan pusat tuisyen, so macamnana nak mulakan & perlu lesen perniagaan? kat mana nak dapat lesen perniagaan?

  11. Dahsyatnyerrr…kawan2 yang lain dah bukak pusat tuisyen….saya nak mula balik..tapi start dari bawah laaa…start jadi cikgu pusat tuisyen n cikgu home tuisyen..ada rezeki dan ilmu cukup tentang selok belok buka pusat tuisyen..insyaAllah akan saya usahakan

    • Bagi saya sesiapa yang baru bermula lebih dahsyat sebab orang baru mula ni banyak cabaran dan rintangan. Lebih-lebih lagi melibatkan ‘self confident’. Ianya amat mencabar kepada orang baru.

      Tapi Cikgu Hafis ni bukan orang baru lagi, dah ada pengalaman kan :)

  12. hai, saya adalah cikgu yang mengajar tuisyen di rumah. Masalah saya adalah amat bimbang akan kedatangan majlis perbandaran ..sebab tiada lesen untuk mengajar tuisyen. Oleh itu, saya ingin memohon lesen mengajar tuisyen di rumah. Namun, saya menghadapi pelbagai masalah dalam memohon lesen. …Nak tanya, rumah teres yang dua tingkat, bukan corner lot..memang tak dapat mendapat lesen keh???

    • Salam hormat Dilyn.

      Terima kasih dengan pertanyaan ini.

      Mengajar tuisyen dari rumah tidak perlu lesen. Kerana rumah bukan title premis perniagaan. Jadi nak buat tuisyen di rumah, tak perlu lesen pun tak apa.

      Diharap menjawab persoalan yang diajukan. Selamat maju jaya!

      • Kepada Admin,

        Ribuan Terima Kasih atas jawapan kepada saya. Jika saya ingin meletakkan sekeping kad yang bersaiz A4 di hadapan pintu rumah saya dengan menyatakan Tuition Available, adakah majlis perbandaran akan saman saya? Ini sebab, terdapat pengawai majlis perbandaran datang ke rumah saya, minta saya dapatkan lesen untuk menjalankan perniagaan di rumah..kalau tidak, dia akan saman saya dan suruh saya hentikan mengajar tuisyen. Inilah masalah saya, saya amat bimbang tentang masalah ini. Saya masih belajar di Uni, memang tak ada modal untuk menganjurkan sebuah tuition center yang di shop lots..tetapi pendapatan dari pengajaran saya memang diperlukan..saya tidak boleh berhenti untuk mengajar tuisyen..jika saya menggangtungkan kad yang menyatakan tuition available di gate rumah saya..adakah ini bersalah atas menjalankan perniagaan tanpa lesen? ribuan terima kasih atas jawapan admin kepada saya….

        • Sepanjang pengalaman saya letak banner di depan rumah tidak pernah didatangi oleh pihak berkuasa. Dan ramai juga yang letakkan ‘Tuition Available’ di depan pagar rumah dan tak diganggu oleh majlis perbandaran. Saya tak pasti jika tempat anda selalu kena ganggu.

          Seperti yang saya nyatakan, rumah bukan premis perniagaan maka tidak salah jika tiada permit, lesen dan kebenaran dari pihak berwajib.

          Selamat maju jaya!

  13. kepada sesiapa yang nak setup pusat tuisyen…..saya ada stok folder chair (used) masih baru untuk dijual…harga bole dirunding
    sesiapa yg berminat bole hubungi:
    zul: 019-2773437

    • Terima kasih Tuan Zul dengan info tersebut.

      • kalau buka pusat tuisyen.. macm mana nak dapat kan tenaga pengajar…?

  14. sebelum ni saya ada bce tips dr MY cara pantas untuk bukak tuisyen center..dlm mse hampir setgh thn dh 2,3 buah pusat tuisyen ktrg survey..yg 1st terlmbt skit, yg 2nd bila dh confirm dgn penjual tetiba dia x jd jual..frust pn ada gak..buat mse ni ktrg still cari pusat tuisyen yg nk jual tp kt johor ni x byk la kalo nk dibandingkn dgn kl-sel..ikhtiar terakhir saya adalah bukak sendr dr A-Z..

    • Tidak mengapa, apabila kita dah mula mencari maka tuhan akan berikannya suatu hari nanti.

      Kebanyakan kawan-kawan saya yang membeli pusat tuisyen dari tempat mereka mengajar. Setelah lama mengajar di tempat tersebut dan owner menawarkan kepada cikgu-cikgu dia sahaja.

      Dan ianya lebih mudah disebabkan kita dah biasa ditempat tersebut. Cuma perkara seperti ini jarang berlaku melainkan kita mempunyai ramai kenalan di pusat-pusat tuisyen tempat kita tinggal.

      Selamat maju jaya!

      • Saya pun nak tau benda yang sama..sesiapa yang tau boleh tolong kongsikan secara terperinci, apa yang perlu dilakukan dan lesen apa yang perlu dipohon>??

    • Salam cgu Nurul. Saya telah mengusahakan pusat tuisyen semenjak tahun 2005 berpusat di Simpang Tiga Ijok Bestari Jaya Kuala selangor, Selangor. Pada awal tahun 2014 saya telah membuka cawangan kedua di kawasan Bestari Jaya Selangor. Namun atas sebab pertukaran guru saya ke daerah Gombak telah menyukarkan saya untuk beroperasi di cawangan tersebut. Premis sedia dengan semua kelengkapan tuisyen termasuk tiga buah bilik tuisyen lengkap berhawa dingin papan putih magnetik berkerusi folder serta sebuah meja guru dan laci meja guru. Sebuah bilik gerakan atau rezo turut saya sediakan serta anjung atatu foyer menunggu yang complete dengan meja kaunter. Lantai berjubin (asal bangunan) tandas fully renovated. Banner/ papan sepanduk belum dipasang lagi. Premis dalam keadaan sepenuhnya sedia untuk dimulakan perniagaan. Premis dikelilingi 3 buah sekolah menegah harian 1 sekolah teknik, dan 5 buah sekolah rendah dalam radius 2 km. Sekirannya berminat saya saya melepaskan premis tersebut kepada cik nurul atau sesiapa kenalan yang berminat. Blh call saya di talian 0122662481 sekiranya berminat. Harga. RM50K. Harga boleh runding.

  15. saya pernah btanya sebelom ni tentang bayaran tuisyen yg sesuai diambil utk hometuisyen.. tapi sekarang saya dlm proses menyewa premis utk dijadikan pusat tuisyen dikawasan rumah saya yg masih belum ada satu pun pusat tuisyen dibuka..
    berapa anggaran gaji bulanan yang perlu saya bayar untuk menggaji guru tuisyen?

    3 mata pelajaran (UPSR & PMR)
    clas, sekali seminggu utk setiap M.Pelajaran = 4kali sebulan (8jam)

    jadi utk menggaji cikgu tuisyen,
    kalau fresh graduat (part time) berapa anggaran sebulan?
    cikgu yg berpengalaman pula berapa?
    harap MY dpt membantu…TQ

    • Tahniah kepada Cikgu Nursya kerana akan membuka pusat tuisyen tak lama lagi. Mudah-mudahan ianya menjadi kenyataan.

      Untuk cikgu tahu lebih lanjut tentang proses dan cara pengurusan pusat tuisyen, saya telah kongsikan dalam buku ke-2 saya iaitu ‘Rahsia Usahawan Tuisyen’. Boleh dapatkan di MPH atau secara online di http://UsahawanTuisyen.com

      Bagi membayar gaji cikgu tuisyen, ianya masih berlandaskan bayaran mengikut jam mereka mengajar. Boleh juga membuat bayaran mengikut bilangan pelajar dan ada juga pengusaha pusat tuisyen yang membayar mengikut ‘profit sharing’. Ini bergantung kepada sistem penggajian sesebuah pusat tuisyen itu sendiri. Kita boleh tetapkan menurut kehendak kita dan persetujuan cikgu-cikgu.

      Pilihan terbaik adalah bayaran mengikut jam mereka mengajar. Bagi sekolah rendah sekitar RM15 – RM30 per jam. Bagi sekolah menengah pula sekitar RM20 – RM45 per jam. Dan ini boleh dilihat juga dari perspektif pengalaman cikgu itu sendiri. Cikgu yang pakar dan berpengalaman perlulah dibayar lebih berbanding guru-guru baru. Seperti yang kita maklum bayaran gaji di pusat tuisyen lebih rendah berbanding ‘home tuition’.

      Harap jawapan ini membantu. Selamat maju jaya!

  16. salam sejahtera semua dan selamat berpuasa

    saya ingin menjual atau mempelawa sesiapa yang berminat untuk mengambil alih pusat tuisyen saya

    Lokasi: Kajang Utama
    Harga: Boleh Dirunding

    hubungi: 016 6148565

    • Selamat sejahtera Mr V Balu Devado. Terima kasih dengan makluman ini.

      Tuan boleh detailkan maklumat pusat tuisyen tersebut seperti bilangan pelajar dan guru yang sedia ada, harga, bilangan bilik, lokasi dan peralatan yang ada. Saya akan cuba war-warkan di emel.

      Selamat maju jaya!

  17. assalamualaikum..
    saya seorang guru dan berminat untuk membuka perniagaan sendiri..,kemusykilan saya ialah bolehkah didaftarkan perniagaan itu atas nama sendiri?..atau perlu didaftarkan atas nama orang lain kerana difahamkan guru tidak boleh membuka perniagaan sendiri …
    boleh tak guru-guru di sini memberi pendapat kepada saya..

    terima kasih ye

    • Waalaikumussalam Cikgu Ida. Terima kasih sudi singgah di blog ini.

      Untuk pengetahuan cikgu, ramai kawan-kawan saya yang juga cikgu sekolah telah memiliki perniagaan sendiri. Ada yang buka kedai runcit, bisnes pusat tuisyen, ada yang mempunyai stokis MLM, dan ada juga yang ada kedai makan.

      Saya tak pernah dengar yang cikgu sekolah tak boleh berbisnes. Cuma perlulah bijak dan adil membahagikan masa antara kerja disekolah dengan bisnes yang dijalankan.

      p/s: Jika takut dikenakan tindakan, kenalah buat bisnes senyap-senyap. Namun hakikatnya, bisnes kena buka mulut :)

      Selamat maju jaya!

  18. salam..sy lpasan diploma dlm akaun…jd sy punya minat yg tnggi utk mmbuka pusat tuisyen.. sy akn try tuk dptkn bku tuan…insyaAllah

  19. tq for the info..
    saya masih dlm proses perbincangan dan sedang mencari seorang lagi guru tambahan yang boleh mambantu saya mengendalikan tuisyen di rumah ni..
    harapan saya selain dapat membantu pelajar2 dapat juga saya menjana ekonomi tambahan utk diri sendiri juga mencari pengalaman dalam bidang ni…
    thanks again.. =)

    • Semoga berjaya kepada saudari Nursya dengan apa yang sedang dan bakal diusahakan. :)

  20. Salam master yus…..
    Saya ingin membuat pertanyaan dimana saya boleh mendapatkan propospal bagi memahami langkah dari segi pengurusan kwangan,kos yg dperlukan utk mnubuhkan sesuatu pusat tuisyen…
    Terima kasih

    • W’slm saudara Engku. Terima kasih dengan pertanyaan ini.

      Berita gembiranya, saya telah rumuskan dan lengkap keperluan untuk membuka bisnes pusat tuisyen sendiri dalam buku terbaru saya iaitu ‘Rahsia Usahawan Tuisyen’. Boleh dapatkan di kedai buku MPH, Popular atau secara online di http://UsahawanTuisyen.com

      Semoga ianya memberi manfaat kepada saudara. Selamat maju jaya!

  21. saya seorang pelajar (ijazah) semester akhir..
    saya nk tanya, betul ke nk buat tuisyen dirumah sendiri xperlukan lesen/permit dari mana2 jabatan??
    saya becadang nk buat part time mengajar budak sekolah rendah dirumah saya kerana kawasan sini banyak juga family dan kanak2 sekolah rendah..

    saya plan nk mengajar hanya budak sekolah rendah. dalam satu kelas/sesi tu 4-5 pelajar saja maximum..

    • Terima kasih dengan pertanyaan saudari nursya.

      Ya betul, mengajar tuisyen dari rumah tidak perlu ada lesen/permit. Ianya bukan satu premis perniagaan.

      Lesen diperlukan apabila kita menjalankan perniagaan di premis khas seperti lot pejabat/kedai.

      Teruskan niat dan usaha murni saudari dalam membantu anak bangsa.

      Selamat maju jaya!

      • Maaf, saya rasa saya perlu mencelah, sebab saya rasa ramai antara kita tak sedar tentang hal ini.

        Perniagaan yang dijalankan di rumah juga ada peruntukan lesen/permit, cuma tertakluk kepada jenis-jenis perniagaan yang dibenarkan. Tuisyen adalah salah satu perniagaan yang dibenarkan untuk dijalankan di rumah dan secara rasminya, ia perlukan permit.
        Rujuk link dari KPWKM ini : http://www.kpwkm.gov.my/uploadpdf/6pejabatrumah.pdf

        Harap maaf ya. Tujuan saya cuma untuk menyumbang informasi, supaya kita dapat tambah perngetahuan sesama kita.

        • Informatif yang berguna. Terima kasih dengan perkongsian ini.

  22. Tuan admin,
    Bagaimana untuk dapatkan buku ke-2 tuan? Sudah ada dipasaran? Saya sangat berminat untuk belajar cara memulakan perniagaan pusat tuisyen ini. Terima kasih

    • Tuan Din Yusoff boleh dapatkan di buku ke-2 saya iaitu ‘Rahsia Usahawan Tuisyen’ di http://www.UsahawanTuisyen.com

      Terima kasih dengan minat tuan. Selamat maju jaya!

  23. bln depan (Mei 2010) saya nak buka sebuah pusat pembelajaran,bertujuan mendapat kontrek dari sebuah pusat pengajian tinggi awam sebagai kelas Pengajian Jarak Jauh (PJJ),tapi kelas ini berlangsung pada hari sabtu dan ahad sahaja jadi hari hari lain kelas tersebut tidak ada penggunaan jadi saya bercadang nak cari rakan kongsi bagi buka kelas tution,terletak di kaw.Larkin Johor Bahru,rumah kedai 4 tingkat, tempat stratigik dan keselamatan terjamin,segala kelengkapan saya sediakan.Jemput siapa berminat hubungi saya blh runding.

    • Syabas dan tahniah Tuan Syed Fadzil. Peluang yang amat menarik dan tak perlu dilepaskan. Semoga terus berjaya!

  24. assalamualaikum…
    saya dari shah alam…selama 3 tahun saya mengambil KUMON franchise tetapi saya drop dari franchise kerana beberapa sebab tertentu…saya menjalankan perniagaan pusat tuisyen yang tidak berdaftar dengan pendidikan…ini kerana pada tahun lepas saya pernah apply dr pendidikan akan tetapi direject kerana mempunyai masalah dgn bomba…kini saya telah berpindah ke kedai lain dengan harapan untuk membuka sebuah pusat tuisyen yang diiktiraf…masakah saya di sini saya memerlukan seorang mentor untuk mengajar atau membantu saya selama dalam proses saya menyiapkan rancanagan perniagaan dan mengendalikan pusat tuisyen secara lebih teratur dan menepati syarat untuk mendapat lesen dari pendididkan..
    saya berharap MY ang geng dapat membantu saya untuk meneruskan impian saya bg membuka pusat tuisyen..saya mmg sangat gemar mengajar terutama bagi kanak2 yang dalam proses pembelajaran (membaca)

    • Waalaikumussalam Cikgu Melor. Terima kasih dengan perkongsian ini. Ya silakan, boleh datang terus ke pejabat saya. Mungkin kita boleh berkongsi sesuatu yang bermanfaat. Hubungi saya ya!

  25. salam cikgu yus…saya berminat untuk membuka pusat tusyen di kluang, johor. Saya telah membeli sebuah cyber cafe di kawasan yang strategik dan cadangan saya adalah menjadikan projek 2 dalam satu seperti cyber tuition…atau perlu ambil lesen cyber atau pusat tusyen…please reply tq

    • W’slm saudari Arieza. Terima kasih dengan soalan ini.

      Bagi pandangan saya, cyber cafe tidak sesuai untuk dijadikan kelas cyber tuisyen. Kerana pertama, suasana yang tidak sesuai. Kedua, method penggunaan komputer yang berbeza.

      Mungkin saudari boleh fikirkan cara lain, kerana kelas tuisyen hanya untuk sesi pembelajaran sahaja.

      Namun sekiranya komputer tersebut diletakkan dalam pusat tuisyen, ya boleh. Kerana orientasinya adalah sama iaitu untuk pembelajaran.

      Ya untuk membuka pusat tuisyen perlu mendapatkan kebenaran dan lesen daripada pejabat pendidikan daerah. Saya ada lampirkan contoh penuh dalam buku ke-2 saya tentang bisnes tuisyen yang bakal terbit tak lama lagi.

      Terima kasih.

  26. salam….. cikgu Yus nak tunggu buku kedua lambat kut… coz suami saya nak bgi modal n suruh saya buat prncangan untuk buka pusat tuisyen… kat tmn prmahan saya… takut lambat …. cuma kalau cikgu ada panduan basic camna nak start buka pusat tuisyen……. kronologi… tnya kat pusat tiusyen sedia ada x dak respon…..

    tkasih

    • W’slm saudari Aniza. Terima kasih dengan pertanyaan ini dan ternanti-nanti buku ke-2 saya :)

      Buat masa ini saya cadangkan saudari boleh servey tempat, pasaran sekitar & keperluan asas di tempat saudari. InsyaAllah apabila terbitnay buku saya nanti akan memberikan gambaran yang jelas tentang cara keseluruhan untuk membuka bisnes tuisyen nanti. Tak lama, insyaAllah jika tiada aral dalam April atau Mei nanti buku tersebut bakal diterbitkan dipasaran Malaysia. Terima kasih.

  27. Assalamualaikum Master Yus,

    currenly saya berkerja sbg tutor di ipta dan sedang mengambil master. sangat berminat nak buka tuition center tapi limitation dr segi masa. ada plan untuk menyewa rumah berhampiran tempat kerja dan transform rumah tu jadi pusat tuition. adakah cara ini sesuai? adakah saya boleh menjadi guru tuition sbb sy bukan seorang guru? is it possible kalau hanya saya seorang handle? terima kasih

    • Waalaikumussalam saudari Nurul.

      Ini jawapan yang boleh saya bantu:

      1. Ya, boleh jadikan rumah sebagai tempat untuk tuisyen. Telah ramai orang yang lakukannya. Namun untuk peringkat awal sahaja ya. Jika benar-benar ingin serius dalam perniagaan, maka bukalah ditempat yang sesuai.

      2. Tiada masalah untuk sesiapa sahaja menjadi cikgu tuisyen. Yang penting perlu ada minat dan ilmu untuk subjek apa yang hendak diajar.

      3. Jika saudari mampu untuk handle seorang diri, teruskan. Bergantung kepada keperluan.

      Selamat maju jaya!

  28. salam….

    Boleh tak bagitau bagaimana cara untuk membuka pusat tuisyen dengan peringkat permulaan n modal yg agak sederhana…… Saya seorang guru…. memandangkan sekitar taman saya ramai murid Melayu bertumpu pada pusat tuisyen milik India yang bukan seorang guru….

    tk ….

    • W’slm Cikgu Aniza. InsyaAllah dalam masa terdekat ini buku ke-2 saya yang berkisar tentang cara memulakan bisnes tuisyen akan diterbitkan.

      Akan saya maklumkan apabila telah terbit. Boleh dapatkan dipasaran nanti. Tungguuu…

  29. Wah, hebatnye Tcer Zue…

  30. Assalamualaikum to Master Yus and Kak khairani,

    Selamat Tahun Baru. Saya mohon maaf kerana tidak dapat mengikuti perkembangan terkini di dalam blog ini. Sedang bersiap sedia menghadiri seminar dan mencari mentor jutawan yang sesuai.

    Berbalik tentang pusat tuisyen untuk dijual….Saya orang Batu Pahat Johor. Dulu duduk K.L. Kini Berhijrah semula ke kampung halaman untuk menabur bakti pada penduduk setempat. So pusat tuisyen saya terletak di sekitar bandar Batu Pahat le……

    Saya hanya mulakan bisnes saya dengan semangat dan keyakinan yang tinggi bahawa jika niat kita suci tentu Allah akan bantu dengan pelbagai cara yang tidak disangka.

    Sesiapa yang hendak membuka pusat tuisyen, sekolah atau apa-apa juga cabang bisnes, nasihat saya yang paling utama ialah mula dengan ilmu, amalkan ilmu itu dan imbangi dengan iman. Business is not just about making money, the most prior to that is about making relationship with other fellow human beings and the Creator. Most millionaires in this world regardless of their religion and ethnicity, undoubtedly agree to this notion.

    Saya selalu mengingatkan semua guru-guru saya bila mereka berkongsi dan bekerjasama dengan saya, ilmu ditangga teratas kemudian baru kita cakap tentang duit atau rezeki. Sebab tayar kereta tak pancit pun satu bentuk rezeki kan? Tak perlu servis air-cond kereta pun rezeki……. kita tak demam setahun pun rezeki juga. Bila semua pasukan saya faham konsep ini…….saya boleh buka 5 buah pusat tuisyen dalam lima tahun.

    Saya selalu katakan pada semua anak-anak murid saya…….” saya tidak risau atau sedih kalau kamu tidak mahu mendengar nasihat saya sekarang ini. Saya tahu kamu faham nasihat saya. Bila tiba masa yang sesuai, kamu pasti akan ingat kembali kata-kata nasihat saya ini”.

    Ini adalah dua teras utama yang saya terapkan pada guru dan murid yang bertandang di Pusat tuisyen saya.
    Kerana…”people don’t care how much you know until they know how much you care.”

    Sekian untuk dikongsi bersama.
    tcer zue.

    • Waalaikumussalam Tcer Zue.

      Perkongsian yang sangat hebat. Semoga pembaca mendapat manfaat daripada seseorang yang cukup berpengalaman seperti Tcer Zue. Saya turut menantikan perkongsian-perkongsian hebat daripada Tcer Zue.

      Selamat maju jaya!

    • Salam tcer zue…
      Puan mempunyai tingkat kesabaran dan prinsip yang kuat dalam mendidik. Mungkin puan mempunyai latar belakang/pendidikan asas dalam pengurusan perniagaan? Bagaimana puan boleh begitu yakin untuk terjun ke bidang ini?

  31. @Tcer Zue: Tahniah dengan kejayaan cikgu. Ya, jika cikgu betul untuk menjual pusat tuisyen tersebut, saya boleh maklumkan kepada subscriber di emel saya.

    @Kak Khairani: Semua perniagaan ada prosedur tersendiri. Untuk perniagaan pusat tuisyen, doakan buku kedua saya siap insyaAllah dalam proses. Saya akan kongsikan prosedur penuh cara untuk memulakan bisnes pusat tuisyen.

    @Hasnida: Tiada had umur untuk membuka pusat tuisyen. Sesiapa sahaja boleh dengan syarat ada ilmu dalam perniagaan khususnya dalam bidang bisnes pendidikan.

  32. Asalamualaikum, saya adalah pemilik pusat tuisyen. saya bermula dari memberikan perkhidmatan kepada seorang pelajar di rumah kemudian berbekalkan RM2,500 saya mencari rakan kongsi untuk menyewa dan memulakan sebuah pusat tuisyen. kini saya sudah ada 3 buah pusat tuisyen . Saya merancang menjual sebuah……dengan syarat….tuan yang berminat memiliki mestilah faham konsep beri ilmu dulu baru duit datang.

    • Salam,

      Nak tanya sikit tentang prosedur memulakan pusat tuisyen. Dengarnya leceh juga nak buka sebab kena daftar macam-macam. Jadi, ada cadangan tak cara yang paling mudah untuk mendapatkan kelulusan sebab modal taklah banyak cuma RM10,000 saje.

    • Salam,

      Boleh tau berapa nak jual dan dimana lokasinya?

    • konsep ilmu bagaimana secara ringkas…saya ingin tahu..
      adakah umur menjadi halangan utk membuka pusat tuisyen?

    • Salam tuan.. Saye merancang untuk membuka pusat tuisyen pada penghujung tahun ini di Bandar Sri Putra, Bangi. Sebelum ini, saya aktif dengan home tuisyen math/add math . Saya telah pun menempah buku dpd master yus n hope, byak ilmu yg saye perolehi kelak.

      Tcer zue.. saya berminat untuk membeli pusat @ nama tusiyen anda. Tak perlu la saya berulang alik ke PPD untuk urusan lesen.saya berniat untuk membukanya di kawasan Bndr Sri Putra.. Dah 6 tahun saya mengajar di Mrsm dan Kolej Mara dan rasenye dah sampai masenye saye perlu berbakti kpd anak2 di sekitar taman atau perumahan yg berhampiran dengan saya.

      • W’slm. Semoga perkongsian ilmu dan pengalaman daripada buku tersebut akan memberikan manfaat kepada sesiapa yang membacanya. Selamat maju jaya!

      • Salam tuan. Saya bercadang untuk menjual pusat tuisyen saya di Bandar Seri Putra, Bangi kerana saya akan berpindah ke Johor pada hujung tahun 2011 ini. Kawasan strategik (corner lot, tingkat 1). Dilengkapi penghawa dingin dan perabot. Lapan bilik. Dikeliling taman perumahan. Guru dan pelajar tersedia. Pelajar 120 orang. Harga RM45,000. Boleh dirunding. Berminat, sila hubungi saya segera. Encik Afif (012-6572583)

        • Salam,
          En Afif, saya macam berminat, nanti insyaallah saya akan call untuk maklumat lanjut. TQ so much (019-6879459)

    • salam..
      adakah sekarang pusat tusyen cikgu masih available untuk dijual?? saya seorang guru di selangor namun akan berhijrah ke batu pahat kerana mengikut suami.Bagaimana saya boleh mndapat maklumat lanjut tentang hal ini.Terima Kasih

  33. tak kisah boy atau girl, asalkan sihat dan cukup sifat…amin…

  34. InsyaALLAH…doakanlah ye…

    • Amiin..

      • salam..

        saya ingin membuka pusat tusyen di batu pahat.Sekarang masih lagi mengajar di selangor sebagai guru sekolah menengah.Dan telah membuka sebuah pusat tusyen di selangor.Namun akhir bulan depan saya akan berhijrah ke batu pahat kerana mengikut suami.Saya bercadang untuk membuka pusat tusyen di batu pahat.Bagaimana saya boleh mendapat maklumat tentang penjualan pusat tusyen area batu pahat?..tq kerana membantu.

  35. Feb 09: hampir2 saya nak beli satu tusyen centre JadiBest di Bdr Sunway RM30k sama2 dengan Saufi…memandangkan majlis perkahwinan (Mac 09) memerlukan peruntukan kewangan, jadi cancel beli…Saufi pun tak jadi amik gak coz dia pun dah pening kepala dengan Tusyen Centre dia dan biz dia yang lain…hopefully ada peluang lagi…

    excited tgk baby dalam perut hari sabtu aritu (ultrasound)…insyaALLAH, doakan semuanya selamat…

    • Ya Cikgu Hazar juga hampir mengaplikasikan ‘Cara pantas memulakan bisnes pusat tuisyen’. Niat dah ada tu, insyaAllah pasti akan menjadi kenyataan. Kami pun excited nak tengok wajah Cikgu Hazar Junior tahun depan..Boy or Gurl?

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>