Percutian yang mengasyikkan 5H4M di Ibukota Bangkok, Thailand.

Share

Lepas Subuh kami dah bertolak dari rumah menaiki Teksi Nissan Cefiro kerana flight jam 10.15 pagi. Hati sungguh teruja kerana kali kedua sampai di Negara Thailand. Ogos tahun lepas, Pulau Phuket. Ogos tahun ini pula, bandaraya utama Thailand iaitu Bangkok destinasi kami seterusnya. Fuhh..sungguh mengujakan.

Sampai di Airport Suvarnambhumi, Bangkok jam 12++ waktu Malaysia. Namun disana masa lewat 1 jam daripada Malaysia. Jadi kami untung 1 jam dihari pertama. Sampai Shanghai Mansion Hotel, China Town disambut mesra oleh kakitangan mereka. “Sawadikappp”.. Hotel yang unik dan sungguh cantik. Landskap dan rekabentuknya seolah-olah kami berada di Negara China pula 🙂 4 Star hotel dengan 10 bintang saya berikan..

Selepas beberapa minit merehatkan badan dengan bantuan aircond yang nyaman, keterujaan kami dimulakan dengan Pra Shopping di area China Town yang dipanggil Whole Sale Market. Tempat yang mirip Petaling Street + Jalan Masjid India ini memang sibuk dengan aktiviti perniagaan. Macam-macam ada, dan kesemuanya dijual dengan harga Whole Sale aka Jualan Borong … memang murah-murah. Durian pun ada..besar-besar pula tu..

Petang kami ke MBK Centre, Shopping Complex yang memang terkenal di Kotaraya Bangkok. Tempat ini ala-ala SOGO Malaysia. Ada barang-barang yang murah dan sebaliknya. Tujuan utama kami bukan untuk shopping, tetapi nak melantak hehe..lapaq giler time tu..Shopping ada hari khas 🙂

Hari kedua, kami menyusuri Sungai Terpanjang & Terbesar di Bandaraya Bangkok iaitu Sungai Chao Praya. Dengan hayunan ombak yang tak berapa besar namun cukup mengecutkan perut. Pemandangan yang sungguh indah dan unik. Satu tempat yang sangat unik adalah ‘Feeding Fish’. Saya tak boleh bayangkan betapa ribuan ikan keli yang menginap dalam sungai tersebut. Sangat banyak. Kami dibawa ke satu tempat ‘Cobra Show’. Fuhh sungguh cekap mereka bermesra dan bergurau dengan spesis ular yang sungguh berbisa. Memang teruja setiap mata penonton yang melihat terutamanya mat & minah putih.. Ada juga beberapa spesis haiwan liar yang turut dibela disitu seperti buaya, harimau, beruang, helang dll.

Next ke The Platinum Fashion Mall, IT Mall (ala-ala Law Yat Plaza, menjual barangan IT). The Platinum Fashion Mall memang best. Banyak pakaian unik ada kat sana. Hmm..bila sebut best ni, apa lagi si Madam..bershopping sakan la..Malam pekena Nasi Goreng di Restoran Sea Food. Mahal giler sepinggan 300 bath, sekitar RM30 sepinggan nasi goreng huwaaa…

Hari ketiga pula, kami ke Floating Market. Sungguh adventure hendak kesana. Kena menaiki Bot Separa Laju menyusuri sungai (apa ntah namanya). Sungguh unik mereka berniaga. Hanya dalam sampan sahaja! Saya memang respek & kagum dengan mereka. Ye la dengan tempat sempit, sesak, panas, atas air, sampan bergoyang dll.. Fuh..namun apa-apa pun barang tetap boleh tawar sehingga 60% cayalaaa.. banyak barang-barang kraftangan, cenderahati, baju-baju, buah-buahan fresh dan banyak lagi lah.. goreng pisang dan nasi lemak pun ada (stail mereka la)..

Next kami dibawa ke ‘Cobra & Elephant Show’ . Yang ni kat tempat lain. Daya tarikan mereka memang banyak kepada binatang. Tapi kami tak join pun, sebab setiap nak masuk kena bayar lain. Jadi lepak-lepak di kawasan sekitar je dah ler..

Kemudian ke kawasan kraftangan, gallery Berlian dan destinasi akhir pada petang tu di Siam Paragon, ala-ala KLCC. Barang semuanya branded dan of kos la mahal-mahal. So kami just window shopping sambil cari Restoran Halal, makan n makan n makan..

Hari keempat, destinasi yang ditunggu-tunggu iaitu Safari World. Tempat yang wajib anda lawati bila sampai ke Bangkok. Tiket masuk dewasa RM75, kanak-kanak bawah 6 tahun Free. Walaupun mahal, tetapi memang satu kepuasan yang tak boleh nak digambarkan. Memang marvelous..Ada 7 pertunjukkan haiwan seperti Orang Utan, Gajah, Sea Lion, Dolphin, Horse, Stunt Man, Spy Gun. Saya boleh berikan 10/10 dengan tempat ini. Pertunjukkan yang dipenuhi oleh ratusan pelancong setiap hari.

Antara show yang menghiburkan, Orang Utan ber’Tomoi’. Macam filem ‘Ongbak’. Siap berjoget dan jamming persis disko. Sungguh bijak seperti Cimpanzi. Gajah yang boleh melukis, massage dan main bola..fuh..dahsyat laa.. Tak kurang hebat, dolphin dan Sea Lion yang sememangnya bijak beraksi.

Dan yang paling best ada pertunjukkan ‘Spy Gun’ ala-ala James Bond. Memang real mereka berlakon depan mata dan paling umpph..bila kami basah kuyup hasil penangan mereka memercikkan air menggunakan ‘Jet Ski’. Siap ada bom dan aksi tembak menembak..perghh..memang best giler..

Dalam keadaan basah kuyup tu, kami menaiki Bas mengelilingi kawasan ‘Private Area’ yang menjadi habitat haiwan ganas seperti harimau, singa, beruang. Memang besar kawasan tersebut, kena naik bas jika ingin melihat kehidupan sebenar mereka. Takut pun ada juga, punya la banyak harimau, singa berkeliaran dan kami hanya dibezakan oleh tingkap bas sahaja untuk melambai-lambai sambil ambil gambar-gambar mereka.

Aktiviti seharian di Safari World sungguh tidak mengecewakan. Balik kami singgah di Suan Lum Night Market, ala-ala Up/Down Town Malaysia. Yang beroperasi bermula jam 7 petang hingga 12 tengah malam. Macam-macam barang ada dan boleh tawar menawar.

Hari terakhir di Bangkok, kami sekali lagi singgah di Platinum Mall untuk shopping last minute dan last call untuk menghabiskan saki baki kepingan bath dan gambar-gambar menarik. Jam 3.15 flight terbang ke Malaysia dan kami tiba di LCCT jam 6.30 petang waktu tempatan.

Percutian yang sungguh mengasyikkan dan pastinya Bangkok menjadi destinasi ulangan kami nanti kerana banyak lagi tempat yang belum sempat diteroka. Rasanya 5 hari berada di Bangkok sangat sekejap. InsyaAllah lain tahun, pasti kami akan kembali…Sila lah layan gambar yang sempat kami tembak disana..dan berilah komen-komen anda ya! “Kou Pung Kaapp”.

JOIN OUR NEWSLETTER
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
Join over 3.000 visitors who are receiving our newsletter and learn how to optimize your blog for search engines, find free traffic, and monetize your website.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
Share

Related Posts

About The Author

8 Comments

Add Comment