Focus Economy di Astro Awani saluran 501.

Share

Adakah semalam adalah hari yang agak teruja? Mungkin juga hari yang mempunyai seribu makna? Dan mungkin juga hari yang sungguh menggelikan?

Agak teruja sebab diberi peluang untuk muncul di TV? Atau bermakna kerana pertama kali ditemuramah? Dan mungkin menggelikan sebab tiada persediaan yang rapi.

Owh..apa yang saya sedang merepek ni? Dalam lamunan terhenti ke Master Yus?

Astro Awani, disaluran 501. Saya memang jarang tonton siaran mereka (kat rumah memang tak ada Astro pun :-)). Mungkin sekali dua. Tetapi kali ini saya dijemput untuk menjayakan satu rancangan temubual yang berkisar pendidikan. Tajuknya ‘Opportunities in Education Sector’.  Rancangan ‘Focus Economy‘ yang dihoskan oleh Saudara Bakhtiar Affendi. Saya salah seorang panel dan seorang lagi Saudara Shahiran Samsudin daripada Maths Clinic yang diberi ruang dan peluang untuk berkongsi pengalaman dalam sektor pendidikan.

Saya sampai di bangunan Bursa Malaysia seawal jam 3 petang sungguhpun jadual ‘audition’ bermula 3.30petang. Datang dalam keadaan bercampur baur antara ‘neves’ plus dengan ‘nak cuba’. Ini adalah kali kedua saya muncul di TV. Dulu pernah sekali di TV1 mengacarakan rancangan ‘Nasyid Minggu Ini‘. Tetapi kali ini saya ditemubual pula.

Antara topik yang disentuh adalah berkenaan peluang yang boleh diteroka dalam bidang pendidikan. Dikala ekonomi sedang dirudung kagawatan, bagaimana sektor pendidikan masih maintain dengan permintaan yang tidak pernah pudar. Inilah topik utama yang dibualkan.

Ramai graduan yang dimomokkan dengan ketiadaan kerja, tiada permintaan pasaran, kerja yang tak stabil dan pemberhentian kerja. Jadi, sektor pendidikan adalah satu bidang yang boleh membantu menyelesaikan isu yang tak sudah ini. Ya, permintaan terhadap bidang pendidikan memang besar dan banyak. Terutama dalam bidang tuisyen. Haa..inilah topik utama dan hangat diperbincangkan dalam slot ‘Focus Economy’ tersebut.

Selain itu kami juga diajukan beberapa soalan tentang perkembangan dan peluang dalam bidang perniagaan pusat tuisyen. Disebabkan masa yang agak singkat, hanya beberapa point sahaja yang dapat dikongsikan.

Rakaman yang dijalankan ala-ala LIVE ini, telah berlangsung dengan jayanya. Alhamdulillah…rancangan bual bicara ini akan bersiaran pada Isnin minggu hadapan jam 11.30 – 12 malam, di saluran 501 Astro Awani.

Share

Related Posts

About The Author

6 Comments

Add Comment

Unable to load the Are You a Human PlayThru™. Please contact the site owner to report the problem.