Cara pantas memulakan perniagaan pusat tuisyen.
September 7, 2009 by admin
Salam Nuzul Qur’an kepada semua pembaca yang beragama Islam. Yang cuti tu seronoklah ya! Kali ini saya nak kongsikan kepada pembaca tentang ‘Cara pantas mulakan perniagaan pusat tuisyen‘. Tetapi sebelum tu, saya nak celoteh sikit tentang aktiviti yang saya lakukan sepanjang saya tak update blog ini 6 hari lepas.
Jumaat lepas saya ke Matta Fair di PWTC. Kami beli voucher pakej 2H1M di Hotel 1st World berharga RM38.80 (harga sebenar RM70++, 50% less), Genting. Dan satu lagi Hotel A Famosa, Melaka. Ini kerana pada bulan Disember nanti, seorang rakan baik saya iaitu Cikgu Amran akan melangsungkan perkahwinannya bertempat di kampung halaman beliau di Negeri Sembilan. Jadi dah alang-alang ke arah sana, terus booking hotel siap-siap. Dan yang bestnya hanya RM40 seorang sahaja. Saya ambil pakej untuk 4orang + masuk taman tema air + safari. Jumlah semua RM300++. Cukup berbaloi untuk kami.
Apa yang menariknya, kami dapat voucher percuma 3H2M pilihan ke Redang/Tioman/PD dan beberapa hotel 4 star yang lain. Memang berbaloi-baloi sesiapa yang suka melancong datang ke Matta Fair. Untuk pakej ke luar negara, kami dah aim beberapa destinasi untuk tahun hadapan, cuma belum buat keputusan penuh lagi..tunggu lah yea!
Pagi Ahad (semalam), saya dijemput untuk memberikan motivasi kepada murid-murid tahun 6 yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR yang akan bermula esok, Selasa 8 - 10 September 2009. Saya mendoakan semua murid menjawab kertas soalan dengan tenang. Buktikan yang anda semua pasti boleh mencapai 5A, insyaAllah.
Lepas ceramah, saya singgah di Mid Valley melepaskan penat dengan melayan Final Destination 3D. Fuhh..memang thriller habis. Serpihan daging-daging manusia yang tercampak hampir mengena saya semasa menonton. Satu lagi hasil tangan dan idea yang sungguh hebat. Saya respek. Kenapalah pengarah di Malaysia masih belum boleh sampai ke tahap tersebut? Kemudian berbuka puasa di Sweetchat tingkat bawah daripada GSC.
Cukuplah celoteh diari saya yang tak berapa nak best ni
Tips hari ini adalah, cara mudah dan pantas untuk memulakan perniagaan pusat tuisyen. Anda percaya tak jika saya katakan anda tak perlu lagi pening kepala nak cari tempat, nak cari alatan untuk pusat tuisyen seperti kerusi, meja, papan putih dan lain-lain lagi. Anda boleh mulakan segera, pantas dan cepat. Yang perlu anda sediakan adalah duit iaitu modal. Sama ada menggunakan simpanan atau pinjaman bank. Dalam anggaran RM50k anda dah boleh set-up pusat tuisyen segera. Tak percaya? Nak lebih cepat, mesti menggunakan duit sendiri. Guna laon bank makan masa juga.
Caranya adalah anda boleh ‘Beli’ sahaja daripada pengusaha yang ingin menjual pusat tuisyen mereka. Sebagai contoh disini: http://www.mudah.my/Pusat-tuisyen-di-ampang-3502156.htm?last=1 dan ini http://www.mudah.my/Pusat-Tuisyen-In-Setiawangsa-3563985.htm. Saya baru call pengusaha tersebut dan berita baiknya, masih available. Jika anda berminat nak mengusahakan pusat tuisyen, cepat dapatkan peluang ini!
Anda juga boleh beriklan dimana-mana memberitahu yang anda berminat hendak membeli pusat tuisyen. ‘Tuition Centre Wanted’, ‘Saya berminat hendak membeli pusat tuisyen anda‘. Ini antara iklan yang boleh anda lakukan.
MY ni pernah ke beli pusat tuisyen? Mesti ada antara anda yang bertanya soalan bonus ini kan? Saya berkongsi atas pengalaman kenalan saya yang pernah lakukan perkara ini. Iaitu Cikgu Saufi, protege SeminarTuisyen.Com yang telah lakukan dengan cara ini. Beliau membeli pusat tuisyen, tempat beliau mengajar 2 tahun yang lepas.
Saya harap gambaran idea tersebut anda telah nampak. Alangkah mudah dan cepatnya membeli bisnes yang telah siap semuanya. Cuma anda yang perlu mengusahakannya semula dengan stail dan acuan anda. Harap tips kali ini membantu anda yang sangat berminat untuk memiliki perniagaan pusat tuisyen sendiri. Sebarang pertanyaan/perbincangan boleh dikemukakan diruangan komen. Selamat maju jaya!
Comments (36)














Feb 09: hampir2 saya nak beli satu tusyen centre JadiBest di Bdr Sunway RM30k sama2 dengan Saufi…memandangkan majlis perkahwinan (Mac 09) memerlukan peruntukan kewangan, jadi cancel beli…Saufi pun tak jadi amik gak coz dia pun dah pening kepala dengan Tusyen Centre dia dan biz dia yang lain…hopefully ada peluang lagi…
excited tgk baby dalam perut hari sabtu aritu (ultrasound)…insyaALLAH, doakan semuanya selamat…
Ya Cikgu Hazar juga hampir mengaplikasikan ‘Cara pantas memulakan bisnes pusat tuisyen’. Niat dah ada tu, insyaAllah pasti akan menjadi kenyataan. Kami pun excited nak tengok wajah Cikgu Hazar Junior tahun depan..Boy or Gurl?
InsyaALLAH…doakanlah ye…
Amiin..
tak kisah boy atau girl, asalkan sihat dan cukup sifat…amin…
Asalamualaikum, saya adalah pemilik pusat tuisyen. saya bermula dari memberikan perkhidmatan kepada seorang pelajar di rumah kemudian berbekalkan RM2,500 saya mencari rakan kongsi untuk menyewa dan memulakan sebuah pusat tuisyen. kini saya sudah ada 3 buah pusat tuisyen . Saya merancang menjual sebuah……dengan syarat….tuan yang berminat memiliki mestilah faham konsep beri ilmu dulu baru duit datang.
Salam,
Nak tanya sikit tentang prosedur memulakan pusat tuisyen. Dengarnya leceh juga nak buka sebab kena daftar macam-macam. Jadi, ada cadangan tak cara yang paling mudah untuk mendapatkan kelulusan sebab modal taklah banyak cuma RM10,000 saje.
Salam,
Boleh tau berapa nak jual dan dimana lokasinya?
konsep ilmu bagaimana secara ringkas…saya ingin tahu..
adakah umur menjadi halangan utk membuka pusat tuisyen?
@Tcer Zue: Tahniah dengan kejayaan cikgu. Ya, jika cikgu betul untuk menjual pusat tuisyen tersebut, saya boleh maklumkan kepada subscriber di emel saya.
@Kak Khairani: Semua perniagaan ada prosedur tersendiri. Untuk perniagaan pusat tuisyen, doakan buku kedua saya siap insyaAllah dalam proses. Saya akan kongsikan prosedur penuh cara untuk memulakan bisnes pusat tuisyen.
@Hasnida: Tiada had umur untuk membuka pusat tuisyen. Sesiapa sahaja boleh dengan syarat ada ilmu dalam perniagaan khususnya dalam bidang bisnes pendidikan.
Assalamualaikum to Master Yus and Kak khairani,
Selamat Tahun Baru. Saya mohon maaf kerana tidak dapat mengikuti perkembangan terkini di dalam blog ini. Sedang bersiap sedia menghadiri seminar dan mencari mentor jutawan yang sesuai.
Berbalik tentang pusat tuisyen untuk dijual….Saya orang Batu Pahat Johor. Dulu duduk K.L. Kini Berhijrah semula ke kampung halaman untuk menabur bakti pada penduduk setempat. So pusat tuisyen saya terletak di sekitar bandar Batu Pahat le……
Saya hanya mulakan bisnes saya dengan semangat dan keyakinan yang tinggi bahawa jika niat kita suci tentu Allah akan bantu dengan pelbagai cara yang tidak disangka.
Sesiapa yang hendak membuka pusat tuisyen, sekolah atau apa-apa juga cabang bisnes, nasihat saya yang paling utama ialah mula dengan ilmu, amalkan ilmu itu dan imbangi dengan iman. Business is not just about making money, the most prior to that is about making relationship with other fellow human beings and the Creator. Most millionaires in this world regardless of their religion and ethnicity, undoubtedly agree to this notion.
Saya selalu mengingatkan semua guru-guru saya bila mereka berkongsi dan bekerjasama dengan saya, ilmu ditangga teratas kemudian baru kita cakap tentang duit atau rezeki. Sebab tayar kereta tak pancit pun satu bentuk rezeki kan? Tak perlu servis air-cond kereta pun rezeki……. kita tak demam setahun pun rezeki juga. Bila semua pasukan saya faham konsep ini…….saya boleh buka 5 buah pusat tuisyen dalam lima tahun.
Saya selalu katakan pada semua anak-anak murid saya…….” saya tidak risau atau sedih kalau kamu tidak mahu mendengar nasihat saya sekarang ini. Saya tahu kamu faham nasihat saya. Bila tiba masa yang sesuai, kamu pasti akan ingat kembali kata-kata nasihat saya ini”.
Ini adalah dua teras utama yang saya terapkan pada guru dan murid yang bertandang di Pusat tuisyen saya.
Kerana…”people don’t care how much you know until they know how much you care.”
Sekian untuk dikongsi bersama.
tcer zue.
Waalaikumussalam Tcer Zue.
Perkongsian yang sangat hebat. Semoga pembaca mendapat manfaat daripada seseorang yang cukup berpengalaman seperti Tcer Zue. Saya turut menantikan perkongsian-perkongsian hebat daripada Tcer Zue.
Selamat maju jaya!
Salam tcer zue…
Puan mempunyai tingkat kesabaran dan prinsip yang kuat dalam mendidik. Mungkin puan mempunyai latar belakang/pendidikan asas dalam pengurusan perniagaan? Bagaimana puan boleh begitu yakin untuk terjun ke bidang ini?
Wah, hebatnye Tcer Zue…
salam….
Boleh tak bagitau bagaimana cara untuk membuka pusat tuisyen dengan peringkat permulaan n modal yg agak sederhana…… Saya seorang guru…. memandangkan sekitar taman saya ramai murid Melayu bertumpu pada pusat tuisyen milik India yang bukan seorang guru….
tk ….
W’slm Cikgu Aniza. InsyaAllah dalam masa terdekat ini buku ke-2 saya yang berkisar tentang cara memulakan bisnes tuisyen akan diterbitkan.
Akan saya maklumkan apabila telah terbit. Boleh dapatkan dipasaran nanti. Tungguuu…
Assalamualaikum Master Yus,
currenly saya berkerja sbg tutor di ipta dan sedang mengambil master. sangat berminat nak buka tuition center tapi limitation dr segi masa. ada plan untuk menyewa rumah berhampiran tempat kerja dan transform rumah tu jadi pusat tuition. adakah cara ini sesuai? adakah saya boleh menjadi guru tuition sbb sy bukan seorang guru? is it possible kalau hanya saya seorang handle? terima kasih
Waalaikumussalam saudari Nurul.
Ini jawapan yang boleh saya bantu:
1. Ya, boleh jadikan rumah sebagai tempat untuk tuisyen. Telah ramai orang yang lakukannya. Namun untuk peringkat awal sahaja ya. Jika benar-benar ingin serius dalam perniagaan, maka bukalah ditempat yang sesuai.
2. Tiada masalah untuk sesiapa sahaja menjadi cikgu tuisyen. Yang penting perlu ada minat dan ilmu untuk subjek apa yang hendak diajar.
3. Jika saudari mampu untuk handle seorang diri, teruskan. Bergantung kepada keperluan.
Selamat maju jaya!
salam….. cikgu Yus nak tunggu buku kedua lambat kut… coz suami saya nak bgi modal n suruh saya buat prncangan untuk buka pusat tuisyen… kat tmn prmahan saya… takut lambat …. cuma kalau cikgu ada panduan basic camna nak start buka pusat tuisyen……. kronologi… tnya kat pusat tiusyen sedia ada x dak respon…..
tkasih
W’slm saudari Aniza. Terima kasih dengan pertanyaan ini dan ternanti-nanti buku ke-2 saya
Buat masa ini saya cadangkan saudari boleh servey tempat, pasaran sekitar & keperluan asas di tempat saudari. InsyaAllah apabila terbitnay buku saya nanti akan memberikan gambaran yang jelas tentang cara keseluruhan untuk membuka bisnes tuisyen nanti. Tak lama, insyaAllah jika tiada aral dalam April atau Mei nanti buku tersebut bakal diterbitkan dipasaran Malaysia. Terima kasih.
salam cikgu yus…saya berminat untuk membuka pusat tusyen di kluang, johor. Saya telah membeli sebuah cyber cafe di kawasan yang strategik dan cadangan saya adalah menjadikan projek 2 dalam satu seperti cyber tuition…atau perlu ambil lesen cyber atau pusat tusyen…please reply tq
W’slm saudari Arieza. Terima kasih dengan soalan ini.
Bagi pandangan saya, cyber cafe tidak sesuai untuk dijadikan kelas cyber tuisyen. Kerana pertama, suasana yang tidak sesuai. Kedua, method penggunaan komputer yang berbeza.
Mungkin saudari boleh fikirkan cara lain, kerana kelas tuisyen hanya untuk sesi pembelajaran sahaja.
Namun sekiranya komputer tersebut diletakkan dalam pusat tuisyen, ya boleh. Kerana orientasinya adalah sama iaitu untuk pembelajaran.
Ya untuk membuka pusat tuisyen perlu mendapatkan kebenaran dan lesen daripada pejabat pendidikan daerah. Saya ada lampirkan contoh penuh dalam buku ke-2 saya tentang bisnes tuisyen yang bakal terbit tak lama lagi.
Terima kasih.
assalamualaikum…
saya dari shah alam…selama 3 tahun saya mengambil KUMON franchise tetapi saya drop dari franchise kerana beberapa sebab tertentu…saya menjalankan perniagaan pusat tuisyen yang tidak berdaftar dengan pendidikan…ini kerana pada tahun lepas saya pernah apply dr pendidikan akan tetapi direject kerana mempunyai masalah dgn bomba…kini saya telah berpindah ke kedai lain dengan harapan untuk membuka sebuah pusat tuisyen yang diiktiraf…masakah saya di sini saya memerlukan seorang mentor untuk mengajar atau membantu saya selama dalam proses saya menyiapkan rancanagan perniagaan dan mengendalikan pusat tuisyen secara lebih teratur dan menepati syarat untuk mendapat lesen dari pendididkan..
saya berharap MY ang geng dapat membantu saya untuk meneruskan impian saya bg membuka pusat tuisyen..saya mmg sangat gemar mengajar terutama bagi kanak2 yang dalam proses pembelajaran (membaca)
Waalaikumussalam Cikgu Melor. Terima kasih dengan perkongsian ini. Ya silakan, boleh datang terus ke pejabat saya. Mungkin kita boleh berkongsi sesuatu yang bermanfaat. Hubungi saya ya!
bln depan (Mei 2010) saya nak buka sebuah pusat pembelajaran,bertujuan mendapat kontrek dari sebuah pusat pengajian tinggi awam sebagai kelas Pengajian Jarak Jauh (PJJ),tapi kelas ini berlangsung pada hari sabtu dan ahad sahaja jadi hari hari lain kelas tersebut tidak ada penggunaan jadi saya bercadang nak cari rakan kongsi bagi buka kelas tution,terletak di kaw.Larkin Johor Bahru,rumah kedai 4 tingkat, tempat stratigik dan keselamatan terjamin,segala kelengkapan saya sediakan.Jemput siapa berminat hubungi saya blh runding.
Syabas dan tahniah Tuan Syed Fadzil. Peluang yang amat menarik dan tak perlu dilepaskan. Semoga terus berjaya!
Tuan admin,
Bagaimana untuk dapatkan buku ke-2 tuan? Sudah ada dipasaran? Saya sangat berminat untuk belajar cara memulakan perniagaan pusat tuisyen ini. Terima kasih
Tuan Din Yusoff boleh dapatkan di buku ke-2 saya iaitu ‘Rahsia Usahawan Tuisyen’ di http://www.UsahawanTuisyen.com
Terima kasih dengan minat tuan. Selamat maju jaya!
saya seorang pelajar (ijazah) semester akhir..
saya nk tanya, betul ke nk buat tuisyen dirumah sendiri xperlukan lesen/permit dari mana2 jabatan??
saya becadang nk buat part time mengajar budak sekolah rendah dirumah saya kerana kawasan sini banyak juga family dan kanak2 sekolah rendah..
saya plan nk mengajar hanya budak sekolah rendah. dalam satu kelas/sesi tu 4-5 pelajar saja maximum..
Terima kasih dengan pertanyaan saudari nursya.
Ya betul, mengajar tuisyen dari rumah tidak perlu ada lesen/permit. Ianya bukan satu premis perniagaan.
Lesen diperlukan apabila kita menjalankan perniagaan di premis khas seperti lot pejabat/kedai.
Teruskan niat dan usaha murni saudari dalam membantu anak bangsa.
Selamat maju jaya!
Salam master yus…..
Saya ingin membuat pertanyaan dimana saya boleh mendapatkan propospal bagi memahami langkah dari segi pengurusan kwangan,kos yg dperlukan utk mnubuhkan sesuatu pusat tuisyen…
Terima kasih
W’slm saudara Engku. Terima kasih dengan pertanyaan ini.
Berita gembiranya, saya telah rumuskan dan lengkap keperluan untuk membuka bisnes pusat tuisyen sendiri dalam buku terbaru saya iaitu ‘Rahsia Usahawan Tuisyen’. Boleh dapatkan di kedai buku MPH, Popular atau secara online di http://UsahawanTuisyen.com
Semoga ianya memberi manfaat kepada saudara. Selamat maju jaya!
tq for the info..
saya masih dlm proses perbincangan dan sedang mencari seorang lagi guru tambahan yang boleh mambantu saya mengendalikan tuisyen di rumah ni..
harapan saya selain dapat membantu pelajar2 dapat juga saya menjana ekonomi tambahan utk diri sendiri juga mencari pengalaman dalam bidang ni…
thanks again.. =)
Semoga berjaya kepada saudari Nursya dengan apa yang sedang dan bakal diusahakan.
salam..sy lpasan diploma dlm akaun…jd sy punya minat yg tnggi utk mmbuka pusat tuisyen.. sy akn try tuk dptkn bku tuan…insyaAllah
W’slm. Terima kasih saudari Nadia. Boleh juga dapatkan disini : http://UsahawanTuisyen.com
Selamat maju jaya!