Hari ini makin ramai orang merungut tentang kewangan. Bukan sebab cukup duit, tetapi setiap bulan meraung sebab duit asyik tak cukup walaupun makin banyak duit yang masuk. Ye la, elaun, komisyen, part time dan banyak lagi job dah buat tapi masih masalah yang sama. “Napa wang ku enggak cukup ya pak”. Kenapa berlaku sedemikian rupa?
Kita lihat pekerja asing seperti warga Indon. Kerja 1-2 tahun di Malaysia, balik kampung dah boleh buat rumah besar, beli kereta mewah, makan besar, melancong dan banyak lagi mereka boleh lakukan. Mesti ada antara anda yang cakap ” Ala, kerja sini duit besar, bila convert ke nilai mereka berkali ganda la.”
Anda sememangnya silap besar. Bukan nilai kebesaran wang yang patut kita nilai. Tetapi nilai simpanan yang patut kita lihat dan contohi. Tengoklah “Amah aka Bibik”. Mana ada mereka pegang duit banyak-banyak kat sini, majikan akan masukkan dalam akaun mereka di kampung atau terus hantar ke sana.
Mereka dapat duit, terus buat saving. Tetapi kita dapat duit terus bermurah hati sedekah kat Jusco, Giant, Tesco, Carrefour, Sogo, Pertama dan banyak lagi lah jika saya nak senaraikan kat sini. Kita pun dah tahu, kewujudan mereka hanyalah semata-mata nak kaut duit dan kemewahan yang kita ada. Anda pun dah tahu yang mereka dah kaya, tetapi anda tetap nak lebih kayakan mereka. Ops…saya tak tuduh melulu, ini tanggapan peribadi saya sahaja.
Saya cakap sebab isteri saya adalah salah seorang yang pemurah seperti itu. Suka habiskan wang beli baju baru, kasut dll sedangkan kat rumah dah berlambak stok baju, kasut dll.
Namun bukan saya nak salahkan wife tersayang saya nih, saya cuma nak kongsikan kepada anda bagaimana saya melantik diri saya sebagai Penasihat Kewangan No 1 di rumah.
Pertama, tak salah jika kita nak berbelanja. Tetapi saya akan syaratkan wife tercinta saya akan merekodkan segala perbelanjaan atau duit yang telah kami keluarkan. Ya, setiap sen kami akan catat walaupun masuk toilet bayar 20 sen, kami akan catatkan dalam akaun perbelanjaaan.
Boleh saya katakan setiap malam, saya akan duduk bersama, sembang dan bermesra dengan isteri (hah, jangan fikir yang bukan-bukan ya) sambil mengira perbelanjaan hari tersebut. Saat kemuncaknya pada closing month (hujung bulan). Kami akan kira seluruh duit yang dah hangus dek panahan nafsu belanja dan kewajipan hutang.
Antaranya duit kereta RM 800, rumah RM900, insuran RM200, handphone RM150, streamyx RM 60, Celcom Broadband RM68, minyak kereta RM200, susu + pampers anak RM 200, bil utilities RM 100, duit mak ayah RM 1200, belanja dapur RM 400. Jadi total adalah RM 4,278. Ini adalah perbelanjaan secara kasar yang wajib kami keluarkan. Ini tak termasuk dengan hal-hal lain seperti tol, saudara mara datang, anak-anak sakit, majalah+newspaper dll.
Anda sedar perkara ini telah berlaku? Bagi yang bujang, haha..inilah bakal yang anda lalui. Tak sama masa zaman bujang, taklah sebanyak amaun ini. Saya dah rasai penangan ini sejak 3 tahun yang lalu setelah berumah tangga (walaupun rumah tak ada tangga).
Jadi bersedialah anda daripada sekarang. Satu persoalan bonus, cukup ke gaji bulanan untuk tampung kos semua ini?
Kawan, saya telah fikirkan perkara ini beberapa tahun yang lalu sebelum saya tempah isteri saya. Saya dah fikir kerja apa yang boleh menjamin masa depan saya dan keluarga. Jika saya kerja lepas grad, confirm gaji tak akan lebih RM2000. Dan saya amat percaya, gaji 3k lebih pun belum tentu cukup nak tanggung semua ini.
Jadi saya dah siap-siap sediakan aturan sebagai Penasihat Kewangan No 1 di rumah. Iaitu adakan ‘Buku Log’ sebagai akaun yang mencatat segala duit yang keluar dan masuk. Kawan, duit masuk pun saya catatkan juga sebagai rekod.
Di hujung bulan, kami akan bersidang besar bagi membuat percaturan sama ada akaun bulan tersebut positif atau negatif, selepas ditolakkan jumlah wang masuk dengan wang keluar.
Dan Alhamdulillah, saya berjaya maintain menjadi Penasihat Kewangan No 1 di rumah kerana masih mengekalkan hasil pendapatan positif ‘Cash Flow +ve’.
Ini dia kawan, rahsia kebahagiaan dan keselamatan kewangan saya. Saya tak perlu nyatakan lagi ‘income’ tuisyen saya.Ini kerana saya akan pastikan income saya akan lebih besar dan tinggi daripada gaji wife saya dan tanggungan saya. Barulah saya boleh tidur dengan lena setiap malam.
Sebagai lelaki, saya perlu jadi ‘Champion from the Cham’. Jika tak, mana nak letak muka saya ni. Mak, abah mentua pasti akan risau dan gentar jika saya tak berjaya laksanakan sistem yang cantik seperti ini. Alangkah manis dan seronoknya bila berjumpa mereka dengan layanan dan sambutan bagai anak raja bila balik kampung. Betul tak kawan?
Saya perasan, mereka nak tanya rahsia saya ini tetapi mungkin segan dan malu. Ye la, saya ni seorang Cikgu Tuisyen jer, jawatan tak Glamor pun. Mungkin satu kesengsaraan jika mereka nak jawab pertanyaan daripada jiran dan sedara mara “Eh, anak kau yang Doktor tu kahwin dengan siapa? Apa kerja laki dia?”.
Ok tak perkongsian saya ini? Kawan, saya bukan nak bangga atau nak riakkan diri. Saya hanya berkongsi dengan anda, bagaimana saya menjaga kualiti kewangan saya setiap bulan. Dengan ‘Buku Log Akaun‘ saya ini teramat sangat membantu. Jika perbelanjaan saya agak tinggi sesuatu bulan tu, maka saya akan tekan alarm amaran dimana kami akan mengawal perbelanjaan berikutnya.
Dan hasil daripada income tuisyen ini juga, memberi saya peluang meneroka dan mengembara dunia luar Malaysia seperti ke Bali, Jakarta + Bandung, Medan, Phuket dan akan datang ini ke Beijing + Tianjin. Saya nak isteri dan anak-anak saya gembira sambil melihat keindahan dan keagungan ciptaan tuhan.
Anda juga boleh kongsikan cara anda menguruskan kewangan anda setiap bulan. Mungkin cara anda boleh diguna pakai oleh orang lain dan seterusnya membantu antara kita semua. Tak salah untuk berkongsi, dan saya percaya jika ada antara anda yang mengguna pakai cara yang saya amalkan ini, sedikit sebanyak pahala dan ganjaran hasil perkongsian saya ini. Jadi, kongsikanlah cara anda pula kepada semua. Ayuh, sahut seruan saya ‘Selamatkan Kewangan Anda!”
Saya kongsikan gambar kenangan saya ketika melancong ke Bali 2 – 5 Julai 2008, Bandung + Jakarta 6 – 9 Ogos 2008, Phuket Island 12 – 16 Ogos 2008 dan Medan + Danau Toba 24 – 27 Februari 2009. Alangkah seronoknya pergi melancong!