Pemansuhan UPSR dan PMR. Sokong atau bangkang?

Share

Saya rasa terpanggil untuk membincangkan isu yang pernah hangat pada tahun 2010. Isu tak lain dan tak bukan, pemansuhan UPSR dan PMR. Jadi sebelum itu, kita lihat dan baca sendiri apa yang boleh kita jadikan pengajaran. Pembaca blog sekalian boleh kongsikan pandangan dan pendapat masing-masing. Saya amat yakin dengan pandangan dan pendapat pembaca semua boleh memberikan satu impak kepada pihak kerajaan dan saya akan jadikan blog ini sebagai rujukan dan mungkin juga sebagai bantahan terhadap isu tersebut.

*********************************************************************

Pemansuhan UPSR, PMR beri kesan industri tuisyen
Oleh Syuhada Choo Abdullah

2010/07/08

Penggiat sektor pendidikan rayu kementerian kaji mendalam

KUALA LUMPUR: Pemansuhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) didakwa akan memberi kesan kepada industri tuisyen serta penerbitan buku ulang kaji yang bernilai jutaan ringgit.

Selain menjejaskan operasi syarikat atau pusat terbabit dalam industri berkenaan, keputusan itu sekiranya diambil oleh Kementerian Pelajaran akan turut menutup `periuk nasi ramai tutor sepenuh masa dan sebilangan besar guru yang menawarkan khidmat tuisyen secara sambilan bagi menampung pendapatan mereka yang tidak mencukupi.
Seorang perunding pendidikan yang terbabit dalam rangkaian perniagaan menyediakan khidmat tutor dan menguruskan pendaftaran lesen bagi pusat tuisyen, mengakui kebimbangan memang ketara sedang melanda industri berkaitan berikutan cadangan kementerian untuk memansuhkan UPSR serta PMR.
Perniagaan dalam industri pendidikan ini adalah amat besar dan saling berangkai dengan membabitkan banyak pihak. Cadangan itu bukan saja akan memberi kesan terhadap pihak syarikat, tutor dan guru, malah rezeki penulis buku ulang kaji atau soalan latihan bagi peperiksaan berkenaan juga terjejas.

Bagaimana pula dengan timbunan stok buku ulang kaji UPSR dan PMR yang sedia ada dalam pasaran sekiranya cadangan itu dilaksanakan serta-merta atau dalam waktu terdekat?

Justeru, kami selaku penggiat dalam sektor industri ini amat berharap supaya semua pihak yang menyertai perbincangan meja bulat diadakan Kementerian Pelajaran tidak lama lagi, akan meneliti dan menimbang secara mendalam dari setiap aspek sebelum menetapkan sebarang keputusan muktamad, kata perunding itu yang enggan namanya didedahkan.

Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata Kementerian Pelajaran akan mencadangkan UPSR dan PMR dimansuhkan bagi membolehkan pelajar di negara ini menduduki hanya satu peperiksaan awam sepanjang 11 tahun persekolahan.
Berikutan itu, kementerian akan mengadakan rundingan meja bulat pada 19 dan 27 Julai ini bagi membincangkan cadangan berkenaan di mana rumusannya akan dikemukakan kepada Menteri Pelajaran, awal bulan depan.

Laporan akhbar Oktober lalu memetik Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran sebagai berkata, seramai 202,327 pelajar mengikuti tuisyen untuk UPSR, PMR, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di 2,487 pusat tuisyen berdaftar pada 2008.

Seterusnya, perunding itu mendakwa, ramai ibu bapa yang berjumpa dengannya turut membantah cadangan berkenaan kerana menyifatkan dua peperiksaan awam terbabit secara tidak langsung berperanan mendidik sikap anak mereka untuk lebih berdisiplin dan bekerja keras dalam pembelajaran demi mencapai kecemerlangan.

Tambahan pula, sistem pendidikan negara sudah terbukti berjaya melahirkan ramai pelajar yang cemerlang dan berkualiti tinggi selama ini, malah sebilangan daripadanya sudah pun menjadi tokoh atau pemimpin disegani dalam sektor masing-masing, katanya.

Sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PemansuhanUPSR_PMRberikesanindustrituisyen/Article

*******************************************************

MasterYus.com

JOIN OUR NEWSLETTER
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
Join over 3.000 visitors who are receiving our newsletter and learn how to optimize your blog for search engines, find free traffic, and monetize your website.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
Share

Related Posts

About The Author

Add Comment