Singgah sebentar di PWTC, terserempak pula dengan Rabbani & Inteam

Share

Hari ini saya sempat lagi singgah ke Pesta Buku Antarabangsa 2009, sebelum ambil wife saya di IPR jam 5 petang.

Niat asal nak dengar Talk tentang Seminar Internet Marketing yang dianjurkan oleh PTS Publication, namun saya mamai kerana seminar ini akan berlangsung pada esok 23hb, Khamis.

Tu la akibat terlebih tidur, bangun-bangun ingatkan talk tersebut hari ini.

Namun kehadiran saya ke Book Fair tersebut tidak sia-sia kerana sambil saya ronda-ronda mencari sumber ilmu yang bermanfaat, saya terjumpa beberapa buah buku rujukan yang memang menarik. Siap dengan grafik, peta minda dan saya rasakan boleh membantu pelajar saya.

Saya terus beli buku Math & Add Math untuk saya guna pakai di kelas tuisyen. Siap dapat diskaun 20% lagi, sebab saya kenalkan yang saya juga seorang cikgu tuisyen & penulis buku 🙂 . Saya juga dapat sambar beberapa buku koleksi Kertas Soalan tahun-tahun lepas terbitan Cerdik Publication.

Dalam ronda-ronda ni, saya terserempak dengan beberapa lagi idola dan artis nasyid Malaysia yang tak asing lagi.

Jadi saya tak lepaskan peluang untuk bergambar dengan Ustaz Asri Rabbani, Bro Shahril & Bro Rahim dari kumpulan Inteam. Memang teruja dapat sembang tanya perkembangan mereka yang terkini.

Terlalu banyak perancangan mereka, dan saya cukup respek kerana mereka berjaya menguruskan banyak hal terutama bagaimana mengendalikan perniagaan, persembahan pentas dan meluangkan masa bersama keluarga.

Fuh, memang tak sia-sia saya ke PWTC. Anda pula? Saya nasihatkan jom kita bersama-sama memeriahkan Pesta Buku Antarabangsa 2009 ini. Pastinya banyak manfaat dan cerita yang kita boleh kongsi bersama.

JOIN OUR NEWSLETTER
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
Join over 3.000 visitors who are receiving our newsletter and learn how to optimize your blog for search engines, find free traffic, and monetize your website.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
Share

Related Posts

About The Author

One Response

Add Comment