Nilai Kepakaran & Bayaran

Share

Saya menulis post ini di IPR (Institut Perubatan Respiratori), Jalan Pahang KL. Malam ini wife saya On Call, jadi saya dan anak-anak temankan dia di hospital.

Saya tak rancang nak tulis post pada hari ini, kerana badan agak letih seharian di Plaza Low Yat. Tapi bila dok belek-belek 2nd bini baru saya (laptop la), rasa bersemangat pula nak kongsikan sesuatu kepada pembaca.

Saya bersyukur kerana dapat juga satu laptop baru menggantikan yang lama (main board rosak kena petir). Laptop baru ni tak la mahal mana pun, jenis Acer je RM 2k++ . Yang lama juga jenis Acer (tak tau kenapa saya memang suka Acer).

Saya nak kongsikan disini bukan tentang Acer, tetapi nilai harga laptop tersebut. Jika anda semua nak tahu, nilai sebuah laptop yang saya beli tersebut adalah sama dengan pendapatan tuisyen saya daripada 2 orang parents sahaja.

Ini bermakna, saya boleh dapat nilai harga sebuah laptop baru daripada 2 tempat kelas tuisyen sahaja. Tahun ini saya hanya ada 5 tempat tuisyen. Hai kawan, jangan ingat saya nak bangga-bangga. Saya hanya nak beritahu kepada pembaca sahaja.

Keduanya, semasa saya sedang tunggu laptop baru saya di’set-up’, sempatlah saya sembang dengan seorang mamat sales di tempat saya beli laptop tersebut.

Dia (Man) dah lama juga kerja sebagai ‘Sales Boy’ di Low Yat Plaza. Antara budak Melayu yang lama disitu.

Dalam sembang-sembang kami ni, saya pun tanyalah gaji yang dia dapat sebulan. Basic adalah dalam RM1,500. Jika ada ‘Grand Sale’ seperti ‘PC Fair’ atau lain-lain fair, boleh dapat lebih bergantung kepada jualan. Kerja 7 hari seminggu dari 10 pagi – 9 malam. Nak cuti kena apply awal.

“Bro, engkau ni terer bab komputer. Aku tengok ko operate laptop ni memang cepat. Tak nak buka bisnes sendiri ke?” Salah satu ayat yang direct saya tujukan padanya.

Saya kira si Man ni memang pakar hal komputer. Dan kerjanya juga cepat. Dalam hati saya berkata “kalau mamat ni buat bengkel baiki komputer, 4 jam boleh create sama dengan gaji dia sebulan”.

Ramai orang yang tak sedar dengan kepakaran yang mereka ada.  Jika ada yang sedar pun, ramai yang takut untuk mencuba eksploitasikan dan tonjolkan kepakaran mereka itu.

Kita kena sedar, kepakaran adalah aset yang paling berharga dan amat mahal dalam diri kita. Saya sedar yang saya mahir (tak lah pakar pun) mengajar orang, maka kenapa saya perlu berdiam diri untuk tidak mengajar orang.

Saya perlu tonjolkan bakat dan kemahiran yang saya ada. Si Man tadi tu, sepatutnya Bos beliau terpaksa membayarnya lebih lagi kerana kemahiran dan kepakaran beliau menyiapkan kerja dengan pantas dan cepat. Pelanggan juga berpuas hati.

Nasihat saya kepada pembaca semua, “Wahai kawan-kawan ku, janganlah anda semua dengan mudah dipermainkan oleh Bos yang menggunakan anda. Anda yang Pakar, tetapi Bos anda yang Kaya. Jika anda rasa Aura anda memang seorang yang pakar dengan kerja anda, cepat-cepatlah ‘High demand’ kerana anda sememangnya layak untuk mendapat bayaran yang tinggi. Jangan takut untuk meletakkan harga tinggi pada diri, kerana diri kita dijadikan Tuhan dengan sebaik-baik kejadian”. Renung-renungkan kata-kata ini.

JOIN OUR NEWSLETTER
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
Join over 3.000 visitors who are receiving our newsletter and learn how to optimize your blog for search engines, find free traffic, and monetize your website.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
Share

Related Posts

About The Author

5 Comments

Add Comment