Memori terpahat di SeminarTuisyen.Com pada 4 April 2010

Share

Syukur alhamdulillah, SeminarTuisyen.Com dapat dilangsungkan dengan jayanya pada Ahad, 4 April 2010. Ada peserta yang hadir seawal 8.40 pagi sedangkan seminar bermula jam 9.30 pagi. Sungguh bersemangat mereka.

Di seminar kali ini, saya telah menjemput 2 orang protege untuk berkongsi pengalaman mereka dalam bidang tuisyen. Pertama, Cikgu Nizam Sa’adon seorang jurutera sepenuh masa di salah sebuah syarikat Jepun. Beliau baru setahun menjalankan tuisyen secara sambilan dan telah banyak merasai nikmat sebagai seorang Cikgu Tuisyen. Pada masa yang sama beliau menyambung pengajian di peringkat Master di OUM. Dengan pengurusan masa yang berkesan, beliau kongsikan kepada peserta cara untuk menjalankan tuisyen disamping bebanan tugas sebagai seorang jurutera, suami, bapa dan pelajar. Inilah kali pertama saya berjaya melamar beliau untuk berkongsi sepanjang pengalaman menjalankan tuisyen.

Dengan perasaan yang cukup teruja, beliau kongsikan kepada peserta bagaimana dengan hasil pendapatan tuisyen dan masa kerja yang kurang stess, saya melihat peserta sangat berpuas hati dengan penyampaian beliau. Terbuktilah ada gaya seorang Cikgu Tuisyen gituu…

Seorang lagi adalah ‘New Father’ & ‘New Entrepreneur‘, Cikgu Hazar. Beliau kongsikan teknik log masa bagaimana menguruskan masa berkerja, mengajar tuisyen dan perniagaan pusat tuisyen beliau. Dan dengan kenaikan pangkat baru sebagai seorang ayah, nampak di riak wajah beliau bahawa usaha yang bakal dilakukannya akan berlipat kali ganda.

Saya menjemput mereka berdua sebagai bukti dan sokongan bahawa bukan saya sahaja yang mampu lakukan tuisyen dengan jayanya. Ramai lagi yang telah kecapi nikmatnya. Daripada seorang pemakan gaji telah beralih arah ke berkerja sendiri. Daripada yang berkerja sendiri telah beralih kepada berbisnes. Dan daripada yang berbisnes telah melangkah ke satu tahap sebagai seorang pelabur. Inilah tahap yang di idamkan oleh ramai orang.

Terima kasih tak terhingga dengan komitmen peserta yang hadir. Ada yang datang dari Johor, Perak, Negeri Sembilan dan tak kurang juga yang datang dari sekitar Kuala Lumpur & Selangor. Saya kongsikan apa yang mereka rasa, pendapat, pandangan dan komen tentang seminar yang telah berlangsung ini.

1) Nama : Norhana Aziani Bte Mohd Bostaman

Pekerjaan : Pensyarah

Komen : Seminar yang penuh dengan maklumat dan ilmu yang boleh dipraktikkan.

2) Nama : Manjinder Singh A/L Rawinder Singh

Pekerjaan : NGO

Komen : Alamat tempat – Google MAP lebih tepat untuk lokasi.

3) Nama : Mohamad Afezi Bin Abdullah

Pekerjaan : Guru Math at Sekolah Ampang

Komen : Input yang padat dan berbaloi. Pengalaman yang menarik.

4) Nama : Mohd Farhan Bin Ahmad

Pekerjaan : Guru Tuisyen

Komen : Beri idea menjana duit dengan lebih baik, connection dan praktikal.

5) Nama : Md Sulaiman Bin Shuahaimy Basha

Pekerjaan : Pelajar

Komen : Mendapat sedikit sebanyak info mengenai tuisyen.

6) Nama : Zuliana Binti Ismail

Pekerjaan : Pensyarah Kolej

Komen : Sangat berbaloi dengan ilmu dan pengalaman yang dikongsikan. Penyampaian yang santai tidak membosankan.

7) Nama : Azuwan Bin Shaari

Pekerjaan : Bisnes Sendiri

Komen : Sangat baik dan menjana income baru tetapi tidak cukup masa.

8) Nama : Umi Halawati Bte Ahbarruddin

Pekerjaan : Pensyarah

Komen : Menarik, lengkap, padat yang penting tak bosan.

9) Nama : Nurshamimi Binti Sabli

Pekerjaan : Tax Assistant

Komen : Best, macam-macam ilmu dapat, tak sabar nak start mengajar tuisyen, rasa nak datang lagi. Go MY, go tuition business.

10) Nama : Zaini Bin Yaakub

Pekerjaan : Pengurus Gudang

Komen : Sangat bagus dan membuka minda tentang industri tuisyen.

11) Nama : Che Noor Ashikin Bte Zakaria

Pekerjaan : IT Executive

Komen : Sangat baik.

12) Nama : Nor Amirah Binti Omar

Pekerjaan : Guru GSTT

Komen : Pembentangan kadang-kala secara umum. Secara keseluruhan baik tetapi masih terasa ada kekurangan. Mungkin masa terlalu singkat.

13) Nama : Norlaila Binti Yacob

Pekerjaan : Guru Sandaran

Komen : Seminar ini sangat membantu untuk memulakan tuisyen.

14) Nama : Husnul Huda Binti Mohamad Wazer

Pekerjaan : GSTT

Komen : SuperB!

Semoga apa yang telah dikongsikan akan dilaksanakan dengan jayanya. Saya merasa puas dapat berkongsi pengalaman dan input kepada yang hadir. Dan respon, pertanyaan, perbincangan daripada peserta sangat memberikan kesan dalam sesi tersebut.

Saya doakan semoga semuanya berjaya dengan apa yang telah diimpikan. Saya percaya, setiap daripada kita ada kekuatan dan kelebihan masing-masing. Dan pergunakanlah kelebihan tersebut untuk manfaat bersama.

Selamat maju jaya semua!

Penulis,

Master Yus
www.MasterYus.com

JOIN OUR NEWSLETTER
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
Join over 3.000 visitors who are receiving our newsletter and learn how to optimize your blog for search engines, find free traffic, and monetize your website.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
Share

Related Posts

About The Author

22 Comments

Add Comment