Syukur alhamdulillah, SeminarTuisyen.Com dapat dilangsungkan dengan jayanya pada Ahad, 4 April 2010. Ada peserta yang hadir seawal 8.40 pagi sedangkan seminar bermula jam 9.30 pagi. Sungguh bersemangat mereka.
Di seminar kali ini, saya telah menjemput 2 orang protege untuk berkongsi pengalaman mereka dalam bidang tuisyen. Pertama, Cikgu Nizam Sa’adon seorang jurutera sepenuh masa di salah sebuah syarikat Jepun. Beliau baru setahun menjalankan tuisyen secara sambilan dan telah banyak merasai nikmat sebagai seorang Cikgu Tuisyen. Pada masa yang sama beliau menyambung pengajian di peringkat Master di OUM. Dengan pengurusan masa yang berkesan, beliau kongsikan kepada peserta cara untuk menjalankan tuisyen disamping bebanan tugas sebagai seorang jurutera, suami, bapa dan pelajar. Inilah kali pertama saya berjaya melamar beliau untuk berkongsi sepanjang pengalaman menjalankan tuisyen.
Dengan perasaan yang cukup teruja, beliau kongsikan kepada peserta bagaimana dengan hasil pendapatan tuisyen dan masa kerja yang kurang stess, saya melihat peserta sangat berpuas hati dengan penyampaian beliau. Terbuktilah ada gaya seorang Cikgu Tuisyen gituu…
Seorang lagi adalah ‘New Father’ & ‘New Entrepreneur‘, Cikgu Hazar. Beliau kongsikan teknik log masa bagaimana menguruskan masa berkerja, mengajar tuisyen dan perniagaan pusat tuisyen beliau. Dan dengan kenaikan pangkat baru sebagai seorang ayah, nampak di riak wajah beliau bahawa usaha yang bakal dilakukannya akan berlipat kali ganda.
Saya menjemput mereka berdua sebagai bukti dan sokongan bahawa bukan saya sahaja yang mampu lakukan tuisyen dengan jayanya. Ramai lagi yang telah kecapi nikmatnya. Daripada seorang pemakan gaji telah beralih arah ke berkerja sendiri. Daripada yang berkerja sendiri telah beralih kepada berbisnes. Dan daripada yang berbisnes telah melangkah ke satu tahap sebagai seorang pelabur. Inilah tahap yang di idamkan oleh ramai orang.
Terima kasih tak terhingga dengan komitmen peserta yang hadir. Ada yang datang dari Johor, Perak, Negeri Sembilan dan tak kurang juga yang datang dari sekitar Kuala Lumpur & Selangor. Saya kongsikan apa yang mereka rasa, pendapat, pandangan dan komen tentang seminar yang telah berlangsung ini.
1) Nama : Norhana Aziani Bte Mohd Bostaman
Pekerjaan : Pensyarah
Komen : Seminar yang penuh dengan maklumat dan ilmu yang boleh dipraktikkan.
2) Nama : Manjinder Singh A/L Rawinder Singh
Pekerjaan : NGO
Komen : Alamat tempat – Google MAP lebih tepat untuk lokasi.
3) Nama : Mohamad Afezi Bin Abdullah
Pekerjaan : Guru Math at Sekolah Ampang
Komen : Input yang padat dan berbaloi. Pengalaman yang menarik.
4) Nama : Mohd Farhan Bin Ahmad
Pekerjaan : Guru Tuisyen
Komen : Beri idea menjana duit dengan lebih baik, connection dan praktikal.
5) Nama : Md Sulaiman Bin Shuahaimy Basha
Pekerjaan : Pelajar
Komen : Mendapat sedikit sebanyak info mengenai tuisyen.
6) Nama : Zuliana Binti Ismail
Pekerjaan : Pensyarah Kolej
Komen : Sangat berbaloi dengan ilmu dan pengalaman yang dikongsikan. Penyampaian yang santai tidak membosankan.
7) Nama : Azuwan Bin Shaari
Pekerjaan : Bisnes Sendiri
Komen : Sangat baik dan menjana income baru tetapi tidak cukup masa.
8) Nama : Umi Halawati Bte Ahbarruddin
Pekerjaan : Pensyarah
Komen : Menarik, lengkap, padat yang penting tak bosan.
9) Nama : Nurshamimi Binti Sabli
Pekerjaan : Tax Assistant
Komen : Best, macam-macam ilmu dapat, tak sabar nak start mengajar tuisyen, rasa nak datang lagi. Go MY, go tuition business.
10) Nama : Zaini Bin Yaakub
Pekerjaan : Pengurus Gudang
Komen : Sangat bagus dan membuka minda tentang industri tuisyen.
11) Nama : Che Noor Ashikin Bte Zakaria
Pekerjaan : IT Executive
Komen : Sangat baik.
12) Nama : Nor Amirah Binti Omar
Pekerjaan : Guru GSTT
Komen : Pembentangan kadang-kala secara umum. Secara keseluruhan baik tetapi masih terasa ada kekurangan. Mungkin masa terlalu singkat.
13) Nama : Norlaila Binti Yacob
Pekerjaan : Guru Sandaran
Komen : Seminar ini sangat membantu untuk memulakan tuisyen.
14) Nama : Husnul Huda Binti Mohamad Wazer
Pekerjaan : GSTT
Komen : SuperB!
Semoga apa yang telah dikongsikan akan dilaksanakan dengan jayanya. Saya merasa puas dapat berkongsi pengalaman dan input kepada yang hadir. Dan respon, pertanyaan, perbincangan daripada peserta sangat memberikan kesan dalam sesi tersebut.
Saya doakan semoga semuanya berjaya dengan apa yang telah diimpikan. Saya percaya, setiap daripada kita ada kekuatan dan kelebihan masing-masing. Dan pergunakanlah kelebihan tersebut untuk manfaat bersama.
Selamat maju jaya semua!
Penulis,
– Master Yus –
www.MasterYus.com
Mmg dh lm berminat dgn tuition ni. Jk ada peluang tolonh bg tau. Xpa involves banyk tp tuition sesuatu yg amat dminati
Cikgu Sulastri: bila nak jumpa cikgu nih…sibuk sampai Cikgu Azizul kene cari pengganti plak…he he he…
Assalamu’alaikum, bagi peserta seminar yang masih belum mendapatkan presentation saya, sila berikan email anda disini…terima kasih…
xilem_19@yahoo.com
maaf,internet problem lately..xdapat nak emel cikgu hazar.
salam..master yus,tahniah!! seminar tuisyen mmg best^,^
on that day (4/4/2010) saya tak sempat komen byk2..maklumla saya sgt excited nak ambil gmbar dgn master yus ni.next time tak tahu lagi bila lagi dapat jumpa mentor jutawan ni.=) personally,saya dpt rasakan yg master yus adalah seorang yg menikmati hidupnya dgn senyuman dan setiap minit itu sgt berharga sehinggakan perkara yg kecil pun ingin dikongsikan bersama kita semua.saya dapat melihat dan merasai master yus adalah seorang yg positif dan sentisa positif dgn perkara yg dilaluinya.tahniah!! saya sgt kagum dan berbangga & saya ingin jadi lebih hebat dari master yus!
W’slm Cikgu Husnul Huda.
Terima kasih dengan pujian yang menggunung ini. (saya agak takut dengan puji-pujian).
Tugas saya hanya berkongsi dan sampaikan apa yang bermanfaat kepada orang lain. Selebihnya hanya tuhan yang layak menentukan.
Semoga cikgu terus diberi kekuatan dan menjadi lebih hebat di masa akan datang. Selamat maju jaya!
Saya ada job offer utk sesiapa berminat.
Semua di Pusat Tuition area Kinrara.
Kelas weekdays malam.
Sains year 6 – Start May
Sains Form 1 ~ 3 – Start May
Sains Am form 5 – Asap
Berminat boleh email saya di naizem@gmail.com
Khas utk peserta SeminarTuisyen.Com
InsyaAllah saya bercadang untuk sediakan ruangan ‘Available Job Tuition’. Akan diusahakan.
Tahniah kepada semua peserta…insyaALLAH, saya akan emailkan slide presentation secepat mungkin kepada yang meminta haritu…BERTINDAK!!!
tahniah cikgu hazar as a ‘new father’ :>
Bolehkah saya amik gambar² ni utk di letakkan di blog saya utk promosi?
Ya silakan Tokey Topup. Jangan dijual sudah ya (gurau sahaja) 🙂
Alhamdulillah, selepas seminar nie sy lebih yakin utk bergerak sebagai cikgu tuisyen secara part time. Ada beb job yg diterima, tp masih pertimbangkan yg mana nak pilih.
Tahniah Cikgu Norhana. Apabila dah banyak permintaan nanti, pasti pening untuk memilih lebih-lebih lagi apabila masa kita dah full. Namun jangan dilupakan cara ‘create side income’ daripada sumber ejen tuisyen pula 🙂
awesome!!!
Thanks..
Banyak ilmu yang dapat dalam SeminarTuisyen.com.
Sekarang adalah masa untuk mengaplikasikan apa yang diajar semasa seminar.
Semoga segala perkongsian ilmu & pengalaman akan diaplikasikan dengan sebaiknya. Dan boleh juga dikongsikan kepada sesiapa sahaja di Johor sana 🙂
Ada juga ajak kawan-kawan di Johor untuk membuat tuisyen tetapi kebanyakannya tidak berminat. Mungkin saya punya presentation mengenai buat duit dengan tuisyen tidak menarik walaupun saya cakap boleh jana RM30 – RM90 sejam. Sehari 4 jam kerja dan seminggu 22 jam sahaja (saya punya jadual).
MY ada tips untuk meyakinkan kawan-kawan ataupun saya kene beli honda civic dulu baru diorang nak buat tuisyen? 🙂
Segmen ‘Available Job Tuition’ itu sangat bagus. Bila MY nak lancarkan? kerana ia boleh membawa masteryus.com to the next level.
Tak perlu ajak kawan jika mereka taknak. Saya sendiri pernah alaminya dulu. Kawan serumah sendiri lihat bagaimana saya pulun habis mengajar tuisyen. Selang 2 tahun selepas keluar kereta baru, barulah mereka terhegeh-hegeh dekat dengan kita. Siap kata “Yus ajarlah aku buat tuisyen. Aku tengok ko makin masyuk”. Saya jawab, “3 tahun lagi aku akan ajarkan yea (sambil senyum sinis)”
InsyaAllah segala penambahnaikan akan dilaksanakan berperingkat-peringkat. Namun jika Farhan boleh bantu, saya sangat suka 🙂
Wah banyaknya gambar:-)
Ya Cikgu Bashier, dah ada blog boleh letak apa sahaja termasuklah gambar-gambar yang banyak 🙂