Master Yus Pakar Ekonomi Asia

Share

Assalamualaikum dan salam muhibbah buat pembaca setia
blog Master Yus dot com ini.

Ketika menulis post ini pun saya dah merasakan keterujaan
yang maksima. Dan harapnya anda yang membacanya pun sama
teruja lah ya.

Jika tak pun, just senyum ketika membaca posting blog ini
boleh kan? =)

Dulu saya tak pernah terfikir semua ini. Walaupun saya sedar
potensi yang ada dalam diri saya.

Ianya banyak bermula sejak saya dipaksa masuk IMKK pada 2011,
antara program Dr Azizan Osman yang memang power.

Baru saya faham banyak perkara dalam hidup ini.

Master Yus Pakar Ekonomi Asia?

Walawei…. Bunyi macam sedikit keterpoyoan.

Namun itulah gelaran gratis yang saya peroleh ketika
saya dijemput oleh pihak Universitas Muhammadiyah Sumatera Barat (UMSB)
ketika mengisi slot keusahawanan disana.

Hampir 50 orang pelajar yang terlibat dan terdiri dari
pelajar kuliah ekonomi, pengajian Islam dan perhutanan.

 

Dengan tema yang diberikan bertajuk ‘Bertahan dan Menang dengan
Alternatif Permodalan Menyonsong Masyarakat Ekonomi Asia 2015′
saya sedikit gugup di awal presentasi.

Namun dengan respon dan tindakbalas yang amat positif dari
peserta, ianya menaikkan semula momentum dan seterusnya
menjadikan acara tersebut berjalan dengan suksesnya.

1. Gimana peroleh wang gadang tanpo perlu ado barang sendiri.

2. Dengan wang yang gadang bisa menjadi wang bergadang-gadang.

Inilah 2 topik utama yang saya bongkarkan dihadapan anak-anak
berbangsa Minang.

Sepanjang acara, saya merasakan mereka semua faham apa yang
saya sampaikan walaupun bahasa yang saya gunakan bercampur aduk.

Psstttt…. bahasa bukan menjadi penghalang untuk kita faham
apa benda penting yang nak disampaikan.

Acara ini juga dihadiri oleh ibunda dekan, presiden mahasiswa
dan ketua panitia acara.

Seriyus….

Saya amat seronok melihat lebih ramai orang mula sedar dan ambil tahu
tentang kepentingan membina kekayaan dan kejayaan hanya dengan
berkerja dari rumah.

Saya tak pernah terfikir, ilmu yang ada sedikit ini mampu
dilihat oleh lebih ramai orang dliuar sana.

Siapa sangka, budak hingusan yang hanya bergelar seorang ‘Penganggur’
di Malaysia telah mendapat gelaran ‘Pakar Ekonomi Asia’ di Indonesia.

Siapa sangka, seorang yang hanya suka lepak sana sini, telah
dijemput bercakap oleh pihak Universitas di negara luar.

Siapa sangka, seorang yang tiada apa-apa kelayakan antarabangsa,
namun diberi pentas bercakap hingga ke luar negara.

Saya bangga jadi anak Malaysia.

Saya bangga jadi bangsa yang berjaya.

Saya bangga dengan diri saya.

Dan pastinya mak ayah saya bangga dengan apa yang saya usahakan selama ini.

 

Terima kasih buat semua guru-guru saya. Terima kasih buat rakan-rakan
yang tak pernah putus menyokong perjuangan saya. Terima kasih buat isteri
dan anak-anak yang sentiasa dibelakang saya.

Terima kasih semua.

-MY-
www.MasterYus.com

p/s : Saya juga dibawa melawat ke tempat-tempat menarik sepanjang
berada di Sumatera Barat. Best giler wooo. Dapat pergi Bukit Tinggi
yang sejuk dan dapat melihat air terjun antara yang tercantik
didunia. Lokasi air terjun ini di Lembah Harau, Paya Kumboh.

 

 

Master Yus Padang

Master Yus Padang 5

Master Yus Padang 4

Master Yus Padang 3

Master Yus Padang 2

harau

Share

Related Posts

About The Author

Add Comment

Unable to load the Are You a Human PlayThru™. Please contact the site owner to report the problem.