Malaysia vs Manchester United di Stadium Nasional Bukit Jalil

Share

Jika ada antara anda yang terlepas menyaksikan perlawanan persahabatan antara Negara Malaysia dengan Kelab Manchester United, disini saya nak kongsikan sedikit aksi-aksi menarik perlawanan tersebut. Walaupun saya juga tak berkesempatan untuk menonton di Stadium Nasional Bukit Jalil, saya sempat menontonnya di Astro, siaran tertunda (walaupun kat rumah tak ada Astro).

Layan dulu disini: Perlawanan pertama pada Sabtu 18 Julai 2009.

Perlawanan kedua pada Isnin 20 Julai 2009.

Sungguhpun kedua-dua perlawanan ini kita kalah, namun banyak moral yang boleh disentuh dan diambil kira. Terlalu banyak pendapat dan pandangan peminat bola sepak negara. Pengkritik sukan pula tak lepas dengan hujah bijak pandai mereka tentang mutu..mutu..mutu sukan negara khususnya Bola Sepak. Satu perkara yang saya boleh kongsikan adalah ‘Passion‘ atau bahasa antarabangsanya ‘Ghairah‘.

Betapa ghairahnya pemain bola untuk menjaringkan GOL demi memartabatkan pasukan mereka. Setiap individu memainkan peranan untuk mencapai objektif pasukan mereka iaitu ‘Menang’. Bila menang maka kepuasan akan terhasil.

Saya nak kaitkan hal ini dengan mengajar tuisyen. Seseorang yang ghairah untuk mengajar, maka hasilnya adalah anak murid akan faham apa yang kita ajar. Dan natijahnya, pelajar bakal berjaya dalam pelajaran mereka. Selain anak murid berjaya, kita juga akan mendapat habuan yang amat berbaloi dengan usaha yang telah dilakukan. Saya percaya setiap cikgu tuisyen yang telah bermula pasti telah temui ghairah mengajar mereka. Tak percaya? Baiklah saya kongsikan lagi perbualan saya melalui Yahoo Messenger antara saya dengan Protege SeminarTuisyen.Com iaitu Cikgu Anie. Perbualan online ini berlangsung pada petang Rabu 22 Julai 2009.

**************************************************************************

anie kambing: salam

Master Yus: w’slm anie

anie kambing: my semalam saya dapat duit tuisyen untuk dua hari saya ajar student cina tu ..rm300

anie kambing: hehehe

anie kambing: mak dia puji saya berjaya buat anak dia duduk lama untuk belajar…betul cakap MY…tak semua pelajar pandai..dia tahu semua

anie kambing: dia mempunyai kelemahan menghafal..,,

anie kambing: saya pun first ajar..topik yang saya paling mahir…

Master Yus: tahniah anie

Master Yus: itu satu penghargaan besar buat anie

Master Yus: n 1 pengalaman amat berharga yg xkn dilupakan

anie kambing: saya ikut cadangan MY…APA PUN PENCERITAAN kaitkan dengan ahli keluarga dia sebagai contoh

Master Yus: banyak tu 2 hari terus dapat rm300

anie kambing: setiap 1 jam saya tanya dia penat ke..dia kata tak..dan pembelajaran bertahan sampai 3 jam

anie kambing: 6 jam saya ajar untuk dua hari…rm300.. MY

Master Yus: perrgghh..cayalah Cikgu Anie..

Master Yus: sekarang barulah rasa kenikmatan lakukan tuisyen…betul x? Saya dah banyak rasa manisnya mengajar nih..pernah saya dibayar hanya 1 rumah je, menjangkau 2k

anie kambing: itupun semalam saya ajar 3 jam 20 minit..tapi saya tak kira 20 minit tu sebab saya dah stop ajar cuma saya berborak dan bagi tips masuk U dan tips cemerlang spm…saya tunjuk skema sejarah…mak dia nak bayar lebih..saya rasa tak elok terima..tu yang saya amik rm300 je…

Master Yus: hehe nextime kalu ada rezki lebih jangan tolak…nanti rezeki lain susah nak masuk..orang nak bagi rembat je..itu satu bonus konsultasi kita

anie kambing: ahad nie….class start pukul 6ptg…mak dia kata ajar lama pun takpe..paling lama 4 jamlah saya boleh ajar..dia tak kisah..kalau dia tahan 4 jam..saya dapat rm200lah ahaad nie

anie kambing: boleh ke MY ani terima…sedangkan ani dah stop ajar..cuma ani ajak anak dia borak dan bgi tips2..belajar..itu dikira tuisyen ke..takut tak halal ke..tu yang ani tak kiree

anie kambing: mak ayah dia memang kaya MY

Master Yus: wow..lepas klas tu nanti boleh la open table..

Master Yus: xsalah..itu sebenarnya masa konsultasi kita..jika dia nak bayar lebih maknanya dia memang hargai apa yg kita lakukan

anie kambing: macam mana MY…boleh ke..macam kes semalam..ani ajar 3 jam 20 minitlah..tapi ani abis 3 jam.20 minit kire ani buat sesi kaunseling dengan dia..ajar tips exam..tips semangat..tips masuk U.tu dikire tuisyen ke..ani tak kira walaupun mak dia nak bagi..sebab ani takut tak halal. ..masalahnya kalau mak dia byar mungkin dia ingat ani masih mengajar anak dia lagii..boleh ke terima MY..

Master Yus: ya boleh..itulah namanya home tuition..kita bukan sekadar mengajar..setiap yang kita keluarkan dari mulut perlu dibayar masa tersebut..itu semua hak kita…

anie kambing: ye ke MY…erm..kalau macam tu lepas ni blehlah saya amik ye,..hehehe

anie kambing: dan betul jugak cakap MY…mengajar budak pandai adalah satu bonus pada kita…

anie kambing: saya yakin dia boleh dapat markah A

anie kambing: masa trial bulan 9 nie

Master Yus: mengajar, mendidik, memotivasi, mengkaunseling, menasihati..itu semua adalah pengalaman dan ilmu yang amat berharga dan perlu dibayar…ya anie perlu amek apa yang parent tersebut rasa berbaloi

anie kambing: saya cemas tunggu markah trial ni…masa tu parents dia nilai anie kan MY

Master Yus: xperlu cemas..jika anie mengajar ada point n dia boleh terima..xjadi masalah..kenapa dia masih xbole score kita perlu buat analisis plak..tgk dr kertas yg dia jawab ada lack kat mana..time tu lg best..anie dah jadi macam kaunselor buat postmortem kenapa dia masih tak boleh score sedangkan dah study topik tersebut..

Master Yus: so parent akan lebih impress..jika analisis yang kita buat dapat ketahui masalah pelajar kita

anie kambing: ye MY…nanti saya lakukan…ni sebenarnya bayaran termahal prnah saya terima untuk sorang student MY..dlaam sehari dapat rm150

anie kambing: 3 jam bekerja

anie kambing: alhamdulillah

Master Yus: itu yg ramai orang tak tau

anie kambing: aritu saya dapat bayaran banyak jugak untuk tuisyen…dalam seribu ke atas..

Master Yus: anie..saya minta izin untuk kongsikan YM ini di blog saya ya! semoga bole beri manfaat kepada pembaca..

anie kambing: silakan

Master Yus: ok TQ anie..selamat maju jaya..teruskan kumpul duit dengan hasil tuisyen ya!

anie kambing: Terima kasih MY

********************************************************************************

Saya serahkan kepada anda untuk menilai sendiri. Renung-renungkan dan fikir-fikirkan! Apa pula pandangan peribadi anda?

JOIN OUR NEWSLETTER
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
Join over 3.000 visitors who are receiving our newsletter and learn how to optimize your blog for search engines, find free traffic, and monetize your website.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
Share

Related Posts

About The Author

2 Comments

Add Comment