Macam-macam isu sekarang ni.

Share

Tiba-tiba hari ini saya rasa nak sentuh tentang beberapa isu yang tengah hot sekarang ini. Ye la Master Yus, tak kan nak cerita tentang tuisyen je, hal semasa kenala ulas/komen juga sebagai perkongsian ramai. Baru-baru ini saya tonton TV1, membincangkan tentang penggunaan Blog. Selain menyalurkan informasi, perkongsian, penulis blog juga boleh meluahkan sesuatu pendapat. So sekarang saya nak laksanakannya. Wahai pembaca setia blog ini, jom sama-sama kita luahkan pendapat masing-masing.

Pertamanya tentang penularan wabak yang amat berbahaya sekarang ini iaitu yang dibawa oleh si hidung kembang tu. Influenza A H1N1. Dah tau binatang ni membawa banyak masalah, untuk apa dibela lagi. Hapuskan atau pindahkan je la. Saya tak nafikan setiap penciptaan makhluk oleh tuhan ada sebabnya. Tetapi sebagai manusia yang rasional, maka kita mampu untuk memilih mana yang baik dan buruknya. Dulu JE sekarang H1N1. Macam-macam istilah digunakan, apa yang penting memang banyak masalah yang dibawa oleh si Babi ni. Saya sendiri naik risau tentang tahap kesihatan sendiri sekarang ini. Sekejap demam, batuk, selsema. Sedangkan kita tak bela pun binatang tu. Anak-anak lagi la risau, mereka kecil lagi dan tak tahu apa-apa, tetapi berisiko tinggi.

Penuh klinik setiap hari kerana kebimbangan oleh semua pihak. Kadang-kadang saya terfikir bahawa ini adalah azab yang Allah nak berikan kepada manusia dimuka bumi ini. Lihatlah, maksiat, jenayah tak pernah selesai. hmm entahla, apa nak jadi dengan manusia macam tu..

Yang keduanya pasal politik. Saya taknak ulas panjang pasal benda sensitif ni. Cuma nak lontarkan pendapat peribadi saya sebagai rakyat Malaysia. Masa saya di Bangkok, adalah seorang pemandu teksi ni kata “politik Malaysia pun makin teruk ya, macam-macam perkara berlaku. Saya selalu ikuti perkembangan politik diluar negara”. Nampak tu, orang luar pun tahu apa yang berlaku dalam negara kita. hmm (mengeluh lagi ni), tak habis-habis dengan perang mulut, gaduh sana-sini. Negara yang kononnya aman, tetapi pemimpin masih belum sependapat. Saya tak menyebelahi mana-mana parti politik, tetapi saya sebagai orang Melayu yang beragama Islam nakkan persepakatan dan persefahaman. Meluat saya baca paper, si A tuduh B, si B pula tuduh A lain. Oh tidakkk….

Ketiganya isu ‘Mati Mengejut’. Sebelum ini Arwah Hani Mohsin, Yasmin Ahmad, Micheal Jackson dan terbaru pelawak Param dan Vokalis Utama Rabbani, Ustaz Asri Ibrahim. Last saya berjumpa dengan Ustaz Asri Ibrahim sewaktu Book Fair di PWTC bulan April lalu. Senyuman dan layanan mesra daripada beliau menggambarkan beliau memang seorang yang mudah untuk didekati dan mesra dengan peminat.

Kita lihat penangan ‘Sakit Jantung’ ni, sungguh berbahaya. Semalam sihat hari ini boleh tumbang terus mati. Esok sihat, lusa boleh meninggal. Sebagai manusia kita perlu sentiasa beringat “Ajal Maut bila-bila boleh datang”. Tiada guna seseorang itu kaya, berpangkat, jutawan, hartawan pasti akan ditimbus juga oleh tanah. Kesihatan perlu diutamakan, amalan wajib ditingkatkan.

Dan yang terakhir isu cerai berai kemudian kahwin semula. Artis lah yang boleh kita kaitkan kerana kehidupan mereka selalu disensasikan dan menjadi perbualan masyarakat. Ustaz Akhil Hayy bernikah dengan Waheeda Wassini. Tak sampai sebulan selepas bercerai dengan bekas isteri beliau Maizawati, terus kahwin dengan isteri baru pula. Saya tiada komen khusus tentang mereka. Dan saya tak minta juga pembaca komen tentang mereka. Yang dah berlalu itu satu ketentuan Allah. Tidak perlu dicari siapa yang bersalah, cuma kita sebagai manusia perlu mengambil pengajaran daripada kisah yang telah didedahkan. Saya sendiri dah ada anak dan isteri perlu jaga dan bina kebahagian yang telah disatukan. Tak perlu jaga tepi kain orang, kain sendiri yang perlu dipelihara. Saya menulis ini kerana satu perkara. “Hari ini ramai orang akan bercerita dan mencari kesalahan orang lain. Sedangkan mereka tak sedar diri sendiri itu yang lebih penting untuk dimajukan”. Jadi renung-renungkan …

JOIN OUR NEWSLETTER
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
Join over 3.000 visitors who are receiving our newsletter and learn how to optimize your blog for search engines, find free traffic, and monetize your website.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
Share

Related Posts

About The Author

4 Comments

Add Comment