Salam hormat.
Kali ini gua nak kongsikan bagaimana gua merempit di Bursa Malaysia dengan pulangan 27% dalam masa 3 hari.
Jumaat 29 Mei 2015 : Kaunter Asdion fresh breakout 52 weeks high 0.96 sen dan close dengan marubozu yang panjang dan volume yang lebih tinggi dari sebelumnya.
1 Jun 2015 : Gua letak dalam ‘favorite list’ untuk memudahkan gua melihat kelakuan dan momentumnya. Dari pagi gua monitor seller dan buyer sama kuat. Ada pembelian dan penjualan yang sama rata. Gua entry pada petang dengan average harga 0.995 dan 1.00 sebanyak 45,000 unit dan ianya terbukti masih strong selepas harga close sama tinggi dengan ketinggian harga Jumaat.
2 Jun 2015 : Kelakuan dan momentum buyer dan seller masih kuat. Buktinya harga 1.05 close dan volume lebih tinggi dari semalam.
3 Jun 2015 : Sepanjang hari ini momentum pembelian sangat rakus. Harga terus naik dan naik. Volume terus naik dan naik lebih tinggi dari semalam. Gua dah lepaskan separuh unit dan selebihnya gua masih hold. Duit dah mengalir depan mata, gua lock dulu half.
Ada pelbagai teknik diluar sana. Namun gua masih menggunapakai teknik fresh breakout 52 weeks high yang guru ajar. Dan kronologi diatas menjadi bukti bahawa teknik breakout masih relevan dan sukses.
Siapa nak bagi 3 hari dengan pulangan 27% der!!!
– Silent Trader –