Saya amat bersyukur dengan tuhan kerana diberi sekali lagi peluang menghadirkan diri ke salah satu majlis ilmu yang sukar untuk diperoleh dimana-mana. Konvensyen Dari Kosong Sampai Jutawan yang menggabungkan 5 orang ikon Jutawan Berpengaruh di Malaysia, berlangsung selama sehari bermula seawal jam 8.30 pagi hingga 9.30 malam bertempat di Berjaya Times Square.
Saya berjaya mendaftarkan diri ‘last minute’ setelah diingatkan dan diberi peluang oleh seorang rakan online iaitu Saudara Razif Yusof, seorang pendatang baru dalam dunia Perniagaan Internet yang Otai dan telah menghasilkan beberapa kejayaan demi kejayaan dengan produk-produk bermutu beliau. Saya hadir ke konvesyen ini bersama sahabat protege iaitu Cikgu Hazar.
Konvensyen dimulakan dengan pembukaan hangat oleh Mentor Jutawan, Dato Dr Azman Ching motivator yang membakar semangat peserta dan memanaskan suasana dewan seminar (walaupun aircond agak sejuk). Antara kata-kata beliau yang menusuk jiwa dan benak pemikiran saya adalah:
“Orang miskin bukannya mereka yang tak ada duit masuk, tetapi mereka yang tak ada impian untuk dapat duit yang banyak”.
“Ramai orang beriya-iya nak mulakan bisnes tetapi mereka tak percaya dengan produk bisnes mereka. Dan yang paling menakutkan, mereka tak percaya diri mereka boleh buat bisnes”.
“Menjadi JUTAWAN bukannya peluang tetapi adalah PILIHAN”.
“Jelaskan IMPIAN & JADIKAN apa yang DIFIKIRKAN”.
“Seseorang yang pengecut adalah mereka yang takut untuk mencuba sedangkan yang berjaya telah berada didepan mata mereka. Tak salah untuk mencuba tetapi salah jika takut mencuba”.
Sesi ke-2, disambung oleh Abang Abu @ Mekanik Wang, seorang Jutawan Kewangan yang datang dari Singapura (warganegara Malaysia). Beliau mengajar bagaimana mengekalkan RM1,000,000 (walaupun belum dapat lagi). Objektifnya adalah bagaimana menguruskan aliran wang masuk dan tak akan keluar-keluar. Bak kata-kata beliau:
“Apabila DUIT dah MELEKAT, maka susah untuk keluar. Bagaimana untuk melekat & merealisasikannya?”.
” Cari & gunakan potensi serta keistimewaan yang ada pada diri masing-masing untuk menjadi JUTAWAN pada diri ANDA”.
” (GREAT) Get Really Excited About Today”.
Saya amat suka soalan yang beliau tanya kepada peserta “Kenapa kau pergi kerja setiap hari?”, peserta (orang lain ya, bukannya saya π ) menjawab, “sebab untuk mencari rezki”. Abang Abu bertanya lagi “Suka pergi kerja?”, dibalas dengan suara-suara gelak dan ada juga yang bersuara “soalan bodoh”. Jawapan bagi soalan ini, saya serahkan kepada anda sebagai pembaca.
Sesi ke-3 pula disampaikan oleh artis yang maintain popular iaitu Dr Irfan Khairi. Dengan penampilan yang amat sempoi dan bersahaja, IK berkongsikan kepakaran beliau dalam bidang Perniagaan Internet.
“Nak mulakan perniagaan, pastikan perniagaan kita lain daripada yang lain. Apa yang lain? Adalah sistem & modul perniagaan.” Contohnya jika nak buka pusat tuisyen, apa beza ‘tuition centre’ kita dengan pesaing kita di bangunan sebelah? (ini contoh saya ya untuk tujuan fahamkan kenyataan diawal tadi). Mungkin bezanya, di ‘centre’ kita ada cikgu yang ‘Famous’ seperti artis yang apabila mengajar ramai students akan suka pada beliau dan centre kita.
“Abad ke-21 adalah Produk Informasi yang akan MELETOP”. IK mengajar bagaimana memperoleh margin yang besar melalui penjualan Produk Digital seperti ebook yang mana permintaanya terlalu tinggi sekarang ini.
“Untuk capai sasaran, GAMBARkan dengan JELAS, KERAP & LAMA”.
Selepas ‘lunch’ dan solat Zohor, sesi disambung dengan Permainan Jutawan. Objektif sesi ini adalah melebarkan ‘business networking’ antara 250 orang peserta yang hadir. Permainan ‘Bee Hive’ ini meminta peserta bertukar-tukar kad perniagaan ‘biz card’ dan hasilnya 1 kotak ‘biz card’ saya telah berjaya dihabiskan dalam masa kurang 1 jam. Dan saya sendiri terima banyak ‘biz card’ daripada peserta yang rata-rata mempunyai bisnes masing-masing. Sungguh bagus sesi seperti ini, kita bertukar pandangan dan pendapat antara rakan-rakan perniagaan. Dan mungkin juga ada perniagaan dan peluang yang boleh dijalankan usaha sama. Itu yang PASTI.
Sesi seterusnya bersama manusia ‘Berani Gagal’ iaitu Pak Billi Lim. Perkongsian hebat beliau yang sungguh kelakar, berisi dan membuka minda. Beliau kongsikan bagaimana JUTAWAN yang lahir selepas mereka GAGAL beberapa kali. Aksi dan pelat beliau sungguh melucukan peserta. Namun “Jangan Takut Ditertawakan”, itulah ayat yang keluar daripada mulut manusia hebat tersebut.
“FQ Failure Quotation”. Banyak perspektif yang selalu kita gunakan telah diterbalikkan oleh beliau dan diterangkan dengan jelas apa yang ada disebaliknya. Saya sangat suka.
Dan sesi seterusnya oleh Jutawan Senyap, Chef Li atau nama beliau Dato’ Dr Rusli seorang pakar dalam bidang masakan dan katering. Pada mulanya wajah beliau agak berlainan dengan gambar di buku-buku dan poster-posternya. Tapi ia adalah sememangnya beliau. Biasalah gambar touch-up, sama lah macam gambar Jutawan Internet kita. Ada je update gambar terkini. (Jangan mare IK π )
Apa yang dikongsikan oleh Chef Li betul-betul membuka minda saya dan peserta yang lain. Bagaimana seorang pendatang Indon, dipanggil Dyono yang datang ke Malaysia menjadi kaya raya. Simpan di bank ratusan ribu ringgit dan memiliki BMW. Sedangkan pegawai bank yang dah berkerja 12 tahun masih lagi seperti itu. Dan pegawai bank tersebut adalah Chef Li sendiri.
Sejak daripada itu, beliau telah buat keputusan dan pendirian untuk meniaga. Industri makanan adalah pilihan beliau disebabkan permintaan yang amat tinggi. Berbekalkan idea kreatif, sistem bisnes dan model kerja yang betul, maka akhirnya Chef Li telah berjaya bergelar Jutawan hingga ke hari ini. Beliau ajarkan bagaimana profit margin daripada hasil penjualan makanan yang mendapat permintaan yang amat tinggi.
Beliau bagi contoh yang berlaku pada Dyono yang menjual air kelapa muda, soya dan cendol. Dengan margin keuntungan 1 hari adalah RM100. Bahkan jika hujung minggu atau hari ramai orang, panas terik margin boleh mencecah RM800 sehari. Mat Indon itu sendiri berkata setakat RM800 sehari “ngak menjadi permasalahan pak”. Dan Dyono telah buka 6 lagi gerai kecil lain yang sama di kawasan-kawasan tumpuan.
Jadi pengiraannya begini, tak perlu ambil margin RM800 sehari, cuba kita ambil margin RM100 sehari. RM100 x 30 hari = RM3,000 sebulan (satu tempat). Maka RM3,000 x 7 gerai = RM21,000 sebulan. Tak besar gitu?
Cuba anda pula kira (guna formula asas diatas), andai memperoleh margin untung sehari RM500? Jawapannya adalah RM105,000 sebulan. 105k x 12 bulan = 1.26 juta. Tak boleh jadi JUTAWAN gaya seperti ini? Saya sungguh teruja dengan ilmu hebat ini.
Masa teramatlah singkat, selepas Solat Maghrib sesi seterusnya,Β penampilan istimewa daripada seorang budak yang berumur 13 tahun yang telah berjaya menjadi usahawan paling muda. Dan beliau telah berjaya mendapat USD4,000 seawal usia 9 tahun dengan hanya menjual ‘Pos Card’ sahaja. wowowowhohooo…… Dan hari ini beliau telah menulis buku rahsia kejayaan yang telah beliau peroleh. Saya dan peserta lain sungguh teruja bagaimana di usia yang masih muda dan disekolah namun telah diterapkan dengan MINDA USAHAWAN. Dan ini jarang berlaku di Malaysia. Budak tersebut yang diberi nama Ashik (betul ke eja ni), adalah dari Singapura dan telah dibimbing oleh Jutawan Kewangan iaitu Abang Abu (bapanya).
Dan sebelum konvesnyen berakhir, sekali lagi penampilan pembakar semangat oleh Dato Dr Azman Ching yang betul-betul memberi kesan yang amat mendalam untuk diri saya. Dengan kelantangan suara, ‘body language’, mimik muka, contoh yang jelas, berjenaka, dan penyampaian yang ikhlas lagi bersemangat, telah membuatkan diri saya seperti mahu melompat untuk cepat bertindak dengan apa yang telah saya rancangkan. Waktu itu sangat tak sabar untuk ‘Action’ dengan cabaran demi cabaran yang Dr laungkan.
Selepas tamat, sesi networking secara personal. Walaupun jam pada masa itu menjengah 10 malam lebih, saya tak hiraukan. Bukan mudah untuk adakan lagi sesi seperti itu. Saya secara personal telah berjumpa dengan Dr Azman dan ada sesuatu yang telah beliau bisikkan dihati sanubari saya. Hanya saya dan tuhan yang tahu.
Apa yang Master Yus dapat daripada konvensyen ini? Sebelum anda tanya di bahagian komen, saya dah dapat jangka soalan ini, betul tak?
Baiklah, pertama sudah tentu ilmu-ilmu baru yang dikongsikan oleh bukan calang-calang manusia iaitu mereka yang telah berada di puncak kejayaan. Ilmu motivasi, ilmu perniagaan, ilmu gaya berceramah, ilmu permainan jutawan dan banyak lagi yang dipelajari secara tak langsung. Nilai ilmu jika nak dibandingkan dengan wang, maka tak ternilai.
Keduanya, saya dapat berjumpa dan lebih kenal dengan rakan-rakan perniagaan online seperti Tuan Sabri Saifulsham (usahawan muda Internet & penulis buku, dah pernah jumpa kali ke-3), Tuan Zamri Nanyan (juga Otai Usahawan Internet & penulis buku, juga kali ke-3), Tuan Noorizam Shah (Otai Ebay), Tuan Shuth (Otai IM & owner forum WangCyber), Tuan Deen (translator), Tuan Eizil (programmer), Tuan Razif Yusof (yang tak sempat untuk bersemuka), Cikpuan Wanie Idayu & Husband (usahawan tumbuhan gula daun). Jika saya terlepas pandang untuk senaraikan yang lain, maafkan saya ya.
Ketiganya, bertukar-tukar ‘biz card’ dengan rangkaian peserta yang hadir. Saya nampak yang bagusnya adalah boleh dikatakan hampir 100% peserta yang hadir adalah dikalangan bumiputera kita. Saya sendiri telah dihubungi menerusi emel, sms dan ada juga yang telah call saya dengan tujuan untuk bertukar-tukar peluang perniagaan. Ini satu cara dan pendedahan yang amat bagus, kerana setiap orang hadir dengan produk dan kejayaan masing-masing. Tiada salahnya untuk sekadar berbincang dan bertanya antara satu sama lain. Setiap sesi networking perlu bersikap terbuka dan melihat dari sudut positif kerana banyak perkara yang kita bakal dapat manfaat daripadanya.
Akhir sekali, kita pelu keluar menerima peluang yang bertebaran di muka bumi tuhan ini. Keluar segera dari kepompong hidup biasa kita kepada yang lebih baik. Jangan melihat masalah yang berada di hadapan, tetapi lihatlah peluang yang terhidang disebelah masalah tersebut. Jika ramai orang melihat harga konvensyen yang bernilai RM899 sebagai masalah, maka PASTI mereka tidak berganjak. Namun apa yang saya pandang adalah RM899 bukanlah satu nilai yang akan menyebabkan kita kerugian seumur hidup. Inilah perbezaan antara manusia yang bijak menyimpan wang dengan manusia yang tak pasti kemana wang mereka akan pergi. Fikir-fikirkan.
-Master Yus- 18 Januari 2010
Assalamu’alaikum Wrmbth,
saya telah membeli dan mentelaah buku menjejaki jutawan senyap chef li dan memang banyak input berguna.
Mari-mari buang rasa malu berniaga, walaupun dengan menjaja di pasar malam rupa-rupanya lebih mantap dari makan gaji.
Bila boleh join jadi cikgu nie…
Bila-bila masa sahaja! Jawapan ada pada diri sendiri.
It is good that we are able to receive the personal loans moreover, this opens up new possibilities.
DKSJ hadir lagi… π Moga berjumpa disana…
Ya Tuan Razif, kali ini kita kena jumpa disana π
Salam MY,
Saya baru disini, nak tanya MY, bila agaknya warga Perak berpeluang utk menghadiri konvensyen DKSJ sebegini di sekitar bandar Ipoh terutamanya?
Disebabkan kesibukan tugas harian dan juga jauh dari info2 sebegini, rasanya ramai warga ipoh yg terlepas pandang dan ter’alpha’ utk menghadiri konvensyen2 yg amat berguna ini.
Saya rasa tentu ramai yg minat dan akan menghadirinya. Kalau hanya di sekitar KL, rasanya sedikit sukar dan amat meletihkan kami yg dari utara ini untuk turut sertai.
sekian, terimakasih.
W’slm Tuan Rman. Berkenaan dengan penganjuran DKSJ di luar KL, mungkin perlu bertanya dengan pihak penganjur. Saya hanya peserta sahaja π
Assalamu’alaikum master yus.. tak sangka saya dapat bertemu anda dan semua rakan lain dalam pelbagai bidang. saya doakan awak bjaya dunia dan akhirat.. π saya harap kita dapat bersua lagi jika ditakdirkan bertemu dengan master yus lagi
Waalaikumussalam Master Arsyad π . Saya juga cukup bertuah dipertemukan dengan insan hebat seperti tuan. Walaupun tidak dapat sembang lama, namun hasil daripada pertemuan pertama tersebut kekal berterusan hingga ke hari ini.
Tuan telah memberikan inspirasi kepada peserta DKSJ, datang dari jauh (Singapura) dan telah melontar pertanyaan yang membuka minda. Saya amat kagum dengan semangat tuan.
Semoga jumpa lagi nanti ya!
Teringin minum2 dengan Noorul Izuddin Syahmi Nordin, borak2 berisi…sms or call saya 0128803206…
Cikgu Hazar
Pengurus
Pusat Tuisyen Tunas Saujana
The Best Tuition Centre in Saujana Utama,
Sungai Buluh.
~We Teach, We Help, We Care~
Saya antara yang mungkin sekepala macam Master Yus dan saya yakin ramai yang lagi yang sama sekepala seperti Master Yus di sini. Tahniah untuk kita semua kerana kita ada kesedaran ke mana kita hendak pergi dalam hidup ini. Tips untuk sesiapa yang mahu cari modal berniaga dengan berjinak2 dalam dunia tuisyen terlebih dahulu, pertama anda boleh cuba ‘approach’ setiausaha surau dan masjid dan ‘propose’ untuk mengajar subjek kegemaran anda kepada anak2 qariah dan tip berikutnya anda boleh ke sekolah2 berasrama dan ajar tuisyen untuk pelajar yg tinggal di asrama. Tips ini datang dr pengalaman yang saya lalui hari ini. Insyaallah at least RM3k bulan ini. TQ Master Yus.
Wah, saya jumpa lagi orang yang sekepala dengan saya :-). Ya, saya nampak Cikgu Izuddin ini seorang yang mempunyai wawasan yang menggunung tinggi.
Tahniah & terima kasih dengan tip hebat cikgu ini. Selamat maju jaya!
Salam MY,
Pertama sekali, izinkan saya perkenalkan diri. Saya Hendi, Pengarah Projek Konvensyen Dari Kosong Sampai Jutawan (DKSJ).
Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian MY untuk hadir ke Konvensyen Dari Kosong Sampai Jutawan pada 17 Jan lepas. Terima kasih juga di atas laporan yang sangat menberangsangkan oleh MY.
Saya sungguh berbesar hati kerana MY dan rakan-rakan mendapat manfaat besar dari konvensyen tersebut. Harapan kami di Peoplelogy Community dan Peoplepreneur Business School agar ilmu sebegini dapat dikongsikan bersama. Semoga MY berkesempatan menyertai komuniti PBS di masa hadapan.
Walaupun tak sempat bertemu muka, di harap kita akan dapat berjumpa di suatu masa. Tak sangka ramai Internet Marketer(IM) yang hadir.
Terima kasih juga pada Razif Yusof, Cikgu Hazar dan yang lain-lain di atas komen-komen anda.
Kata-kata ini membuatkan saya lebih bersemangat untuk menganjurkan Konvensyen Dari Kosong Sampai Jutawan II pada 26 & 27 June 2010 ini, InsyaAllah.
Dengan penampilan panel-panel jutawan yang baru dan lebih bersemangat serta berinformasi, DKSJ II akan dianjurkan untuk masa yang lebih lama dan penuh kejutan…Ilmu yang lebih berkesan dan praktikal.
Di kesempatan seawal ini saya ingin menjemput MY dan peminat-peminat untuk turut serta. Maklumat lanjut akan saya hantarkan melalui email tuan kemudian.
Saya juga bercadang untuk mewujudkan satu komuniti DKSJ di facebook khas untuk graduan DKSJ 1 bertukar-tukar maklumat, pengalaman dan peluang perniagaan.
Saya akan hantar jemputan dalam masa terdekat.
Izinkan saya menjadikan meletakkan laporan MY di facebook DKSJ untuk tatapan rakan-rakan yang lain.
MY berpotensi untuk menjadi next Millionaire!
Untuk makluman, saya mempunyai pusat tuisyen sendiri di Damansara dan sangat berminat dengan kursus MY. Mungkin kita boleh berbincang satu hari nanti untuk kerjasama perniagaan.
Semog DKSJ akan terus menjadi platform untuk sesiapa sahaja yang ingin berubah dan mengubah nasib walaupun bermula DARI KOSONG.
Jalan Pasti Ada, Mesti Ada Cara!
You Are 6 People Around You!
Sekali lagi,
Jutaan Terima Kasih,
Yang ikhlas,
Mashendi Darham
Pengarah Projek
Konvensyen Dari Kosong Sampai Jutawan
http://www.DariKosongSampaiJutawan.com
Facebook: hendiscs@gmail.com
Facebook DKSJ: Konvensyen-Dari-Kosong-Sampai-Jutawan (Public)
From Nothing To Millionaires Convention (DKSJ graduates)
W’slm Tuan Hendi.
Tahniah & terima kasih kerana telah menganjurkan satu konvensyen yang dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia. Penganjuran yang amat hebat.
Pastinya penganjuran DKSJ kali ke-2 nanti akan lebih meriah dan penuh dengan Gempak. Saya dan ramai lagi akan tetap menyokong aktiviti-aktiviti yang menyumbang dan penuh dengan manfaat seperti ini.
Terima kasih dengan buah tangan di teratak buruk ini. Semoga ianya menjadi tatapan pembaca setia teratak ini.
Selamat berJUTAWAN!
-MY-
Terima kasih kepada MY atas peluang yang diberikan untuk menyertai Konvensyen DKSJ yang sangat hebat ini.
Terlalu banyak ilmu, peluan dan pengalaman yang diperolehi dari semua speakers yang memang memberi pengisian berdasarkan pengalaman dan bukan sekadar teori semata-mata!!! Betullah kata-kata Pak Billi, “Pengalaman adalah Guru yang paling hebat”
Alhamdulillah, networking saya pun semakin meluas dan ada beberapa sahabat peserta yang call saya untuk job tuisyen (anak2 mereka)…Ada juga yang call bertanyakan peluang perniagaan mereka dan ada yag call untuk JV bussiness…Memang best Permainan Jutawan “Bee & hive” tu kan MY…Havock giler dan apa yg saya dapat belajar dari situ adalah kita mesti bertindak dan bukan duduk berdiam sambil menunggu peluang datang!!!
Yang paling best adalah dapat berjumpa dan berbicara sendiri dengan otai2 (termasuklah MY) dengan panjang lebar macam dah kenal lama plak dengan Zamri Nanyan, Saiful Syam, Norizamshah dan beberapa orang hebat dalam bussiness masing2…
Lagi best dapat personally berborak dengan Dr Azman Ching & Abang Abu…Idea mereka sungguh superb dan saya perlu selama-lamanya bersahabat dengan mereka ini…Alhamdulillah, Dr Azman Ching dan Abang Abu sudah mula reply dan memberi idea dan tunjuk ajar sedikit melalui email saya berkenaan dengan Bussiness Tuition Centre dan pengurusan kewangan…
Sekarang ini adalah waktu saya bertindak menuju kearah kebebasan kewangan…InsyaALLAH…
Apa yg saya dapat berkongsi dengan anda semua pembaca blog MY ini, bertindaklah sekarang untuk apa yang anda impikan…Jika anda mahu menjana pendapatan lumayan dengan melakukan tuisyen, bertindak sekarang kerana apabila anda bertindak, percayalah, 50% kejayaan sudah anda perolehi untuk menjadi Cikgu Tuisyen yang berjaya…yang penting anda perlu bertindak segera!!!
Untuk bertindak ‘fo sure’ anda memerlukan ilmu sebagai panduan tindakan anda tersebut…jadi sertailah seminar tuisyen yang akan dikelolai oleh ‘Master Bidang Tuisyen’ ini iaitu MY yang pakar dengan pengalaman (kerana pengalaman adalah gurunya) dalam bidang tuisyen ini…
Bertindaklah sekarang untuk menjadikan 50% kejayaan dalam genggaman anda!!!
Cikgu Hazar
Pengurus Pusat Tuisyen Tunas Saujana
The Best Tuition Centre
~We Teach, We Help, We Care~
Sama-sama Cikgu Hazar.
Sabtu ini insyaAllah saya akan hadiri Seminar Pakar Affiliate pula di Quality Hotel.
30hb pula saya akan hadiri Seminar Potensi Diri. Jom ikut serta bersama saya lagi. Best juga ada kawan yang sekepala.
Sabtu ni confirm…Saya tggu di LRT BTS k…
MY memang mantap, tak lama lagi lahirlah seorang lagi jutawan… time tu jangan lupakan saya plaks… hehehe
Terima kasih dengan doa bro. Ini kes serius, semasa konvensyen tersebut berlangsung, saya cuba tutup mata dan nampak jelas dalam salah satu akaun saya tertera jumlah RM1,000,000. InsyaAllah ianya akan tercapai.
Semoga sukses & cepat naik pangkat bro π .
salam…bestnye ..dpt jmpa org2 yg berjaya..thanks Master Yus ..for sharing the info.
saya dapat dari Razif Yusof.tq.
W’slm Ieena. Ya memang best apabila dapat hadiri event yang memberi manfaat kepada kita semua. Dapat berjumpa dengan orang-orang positif dan mula berkawan dengan mereka.
Selamat maju jaya!
Alhamdulillah..
Semuanya telah berjalan dengan lancar.
Jika diadakan lagi pada tahun hadapan, InsyaAllah
saya akan hadir sekali lagi. Amat bermanfaat sekali.
Jadi, rebutlah peluang apabila ianya hadir. Pada saya
tak perlu lagi mencari cara atau teknik yang baru, apa yang penting cara jutawan-jutawan ini berkesan.
Jadi, hanya tiru cara mereka dan InsyaAllah boleh berjaya. Dengan menanam keazaman, InsyaAllah menjadi jutawan bukan lagi mustahil…!
~ Billi Lim memang ceria.. walaupun orang ketawa beliau tetap serius dan maintain… π
Salam Jutawan Buat Tuan Master Yus juga…
Terima kasih Tuan Razif Yusof (nama ayah kita bunyinya sama) sudi singgah di teratak buruk ini.
Walaupun tak dapat jumpa di konvensyen, insyaAllah kita akan berjumpa di Quality Hotel, Sabtu ini ya.
Saya amat kagum dengan produk-produk berkualiti tuan. Semoga terus sukses dengan perniagaan tuan.
salam, 1st time dtg blog ni ade aura tersendiri..
perghh.. xsangka mmg minda jutawan dan minda org biasa jauh berbeza..
hurmm..
W’slm. Terima kasih saudara redfar sudi singgah disini. Semoga kita boleh bertukar pandangan dan pendapat untuk kemajuan bersama.
Selamat maju jaya!
tq…abg yus…share kat kitorang. Kalau tak kerana hantar barang.. dah join gak..huhuhuh
Sama-sama.
Salam MY
Daripada apa yang MY ceritakan, perkara yang paling menarik minat saya adalah produk digital.
βUntuk capai sasaran, GAMBARkan dengan JELAS, KERAP & LAMAβ
Berdasarkan pengalaman MY, apakah produk informasi(ebook) mengenai tuisyen yang mungkin boleh saya tulis?
W’slm Saudara Farhan. Ya benar, produk digital mendapat permintaan yang hangat sekarang ini terutama ebook.
Berkenaan dengan soalan saudara, rasanya tak molek saya beri idea disini kerana berkemungkinan besar boleh diciplak. Oleh itu jika saudara benar-benar berminat, boleh PM/berjumpa terus untuk kita diskus mana yang boleh berkerjasama. Kan lebih baik gitu?
InsyaAllah saya akan datang ke seminar tuisyen MY pada bln 3.cadang nak datang pada bulan 2 tetapi ada beberapa jemputan kahwin saudara dan kawan rapat.
Mungkin pada masa itu kita boleh discus lebih lanjut.