Keputusan UPSR 2009 telah diumumkan.

Share

Semalam adalah hari yang dinanti-nantikan oleh murid-murid tahun 6 pada sesi tahun ini dimana Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) telah diumumkan keputusannya.

Dengan keputusan tersebut, saya juga menerima tempiasnya. Ada beberapa orang anak murid saya yang berjaya memperoleh 5A. Tahniah kepada Imran, Asyraf, Amyra dan Natasha. “Cikgu bangga dengan pencapaian kamu semua. Teruskan cipta kejayaan di PMR, SPM dan universiti nanti. Yang mendapat 4A tu, jangan genggam kekecewaan tersebut. Jadikannya sebagai pendorong untuk terus berjaya dimasa akan datang. Dan yang lain, cikgu percaya ada hikmah disebalik keputusan yang anda semua terima. Kepada murid-murid di negeri-negeri lain yang pernah cikgu sampaikan ceramah, jangan segan silu untuk tuntut hadiah yang telah cikgu janjikan.”

Pada tahun ini ada peningkatan sebanyak 0.32% dimana seramai 48,171 memperoleh gred A berbanding 46,641 pada tahun lepas. Ini menunjukkan bilangan pelajar cemerlang semakin meningkat dari tahun ke tahun. Satu perkembangan yang amat positif dalam melahirkan pelajar yang berkualiti dan produktif.

Satu kepuasan apabila anak murid yang kita ajar, didik, bimbing memperoleh keputusan yang cemerlang. Inilah satu nikmat mengajar. Apa yang telah kita usahakan selama ini, dibalas dengan kejayaan.

Saya kongsikan antara gambar yang diambil daripada sumber Utusan Malaysia Online.

JOIN OUR NEWSLETTER
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
Join over 3.000 visitors who are receiving our newsletter and learn how to optimize your blog for search engines, find free traffic, and monetize your website.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
Share

Related Posts

About The Author

One Response

Add Comment