Nama saya Yusnizam Yusoff a.k.a Master Yus. Graduan Universiti Malaya dalam badang bidang Teknologi Maklumat (IT). Walaupun saya bukan dalam bidang pendidikan namun sebenarnya semua orang boleh bergelar ciku Cikgu Tuisyen (kerana bidang ini tidak pernah ditawarkan di universiti seluruh Malaysia).

z

Saya memang suka berkongsi ilmu kepada orang lain. Berkongsi cerita, berkongsi ilmu kepada pelajar dan apabila orang mendapat manfaat daripadanya, maka kepuasan datang dalam diri saya.

Blog MasterYus.Com ini diwujudkan untuk berkongsi kepada pembaca semua tentang hebatnya industri tuisyen, keusahawanan dan pelaburan saham. Masih ramai lagi orang di luar sana yang masih kabur dengan kekuatan industri ini. Anda berminat untuk tahu lebih lanjut dan mulakan tuisyen?

Saya mulakan tuisyen secara sambilan sejak tahun 2000 yang lalu, semasa saya belajar di matrikulasi. Namun pada waktu itu saya tak sedar pun, saya sedang lakukan tuisyen. Kerana masa tu saya mengajar anak-anak pensyarah mengaji secara sukarela untuk kongsi ilmu yang pernah saya pelajari di zaman sekolah. Dengan opah upah yang dibayar maka dapatlah menampung perbelanjaan bulanan di kolej. Walaupun tidaklah selumayan seperti hari ini.

Apa yang menariknya, saya langsung tidak pernah terfikir untuk serius dalam kerjaya ini. Sehinggalah ketika belajar di UM, saya teruskan dengan tuisyen ini dan saya dapati simpanan saya semakin bertambah. Sedangkan waktu itu masih lagi buat tuisyen secara sambilan. Ya kawan, saving account saya makin bertambah dan bertambah. Dan saya sedar, income daripada tuisyen sambilan yang banyak membantu dalam peningkatan akaun simpanan saya.

Yang lebih menarik, dengan hanya pendapatan tuisyen yang saya lakukan secara sambilan, saya mampu untuk ke junjung jinjang pelamin dengan hantaran (RM 10,000). Hakikatnya memang benar. Saya tak berniat untuk menunjuk-nunjuk, tetapi saya nak buktikan bahawa tuisyen telah membantu dalam pengumpulan jumlah sebesar ini. Mak, abah pun terkejut ketika itu, mereka tahu saya belum ada kerja tetap dan masih belum konvo lagi. Tetapi mampu untuk kumpul duit berkahwin. (Belanja makan kahwin sekarang bukannya sikit).

Kawan, saya lakukan tuisyen bermula petang selepas pelajar balik daripada sekolah. Hanya 4 jam sahaja sehari. Pagi saya jaga anak-anak kesayangan saya. Puas lihat anak-anak membesar depan mata. Sabtu Ahad saya tak ada kelas.

Saya juga lakukan tuisyen dari rumah. Inilah amal jariah yang boleh saya lakukan. Ye la kawan, bila dah tau tua nanti, inilah kerja yang boleh saya lakukan daripada termenung di kerusi malas.

Dan kini, saya kebas bebas dengan masa yang saya uruskan sendiri tanpa rasa tertekan dikongkong oleh majikan. Gaji? Saya tidak ada gaji, tetapi pendapatan saya memang sangat lumayan hasil kerja tuisyen sepenuh masa sehingga hari ini. Malah mampu membuat pinjaman kereta dengan bank statement sahaja. Kini saya mampu menampung seorang permaisuri dan 2 orang puteri kesayangan saya hanya dengan pendapatan tuisyen. Belanja rumah, bil-bil, minyak kereta, dan segala perbelanjaan mampu ditanggung tanpa ada bebanan hutang. Dan yang paling menggembirakan dapat melihat anak-anak membesar didepan mata tanpa ada orang gaji.

Bukan niat saya untuk berbangga atau menunjuk-nunjuk, tetapi saya rasa terpanggil untuk memberitahu bahawa industri tuisyen memang sangat berbaloi dan memberi pulangan yang sangat lebat lumayan. Dan telah masuk tahun keempat SeminarTuisyen.Com telah saya jalankan hasil permohonan permintaan yang tinggi di luar sana untuk mencuba lakukan tuisyen. Ramai yang telah mendapat manfaat daripadanya. Dan ada juga protege seminar saya yang telah mengambil langkah berhenti kerja makan gaji setelah rasa berbaloi memulakan tuisyen.

Saya amat bersyukur, dengan usaha pertama saya untuk memberitahu seluruh Rakyat Malaysia tentang potensi tuisyen melalui SeminarTuisyen.Com yang masih bertahan di tahun ke-empat, kini saya telah berjaya mengketengahkan karya saya melalui buku fizikal yang bertajuk ‘Bagaimana Menjadi Cikgu Tuisyen Berjaya‘. Anda boleh mendapatkan buku hebat tentang tuisyen ini melalui saya atau pihak penerbit iaitu True Wealth Sdn Bhd secara online di http://www.bookplanet.com.my/index.php?target=products&product_id=96

Gambar saya bersama Boss True Wealth Sdn Bhd, Mahaguru Azizi Ali Mentor Jutawan Hartanah. Gambar ini dirakam ketika saya mengambil buku pertama saya di Pejabat True Wealth.

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Hai kawan, anda tidak tersilap. Anda berada ditempat yang betul sekarang ini. Setiap hari anda perlu datang ke blog ini untuk dapatkan Tips, Panduan, Rahsia, Teknik, Berita Terbaru & Terhangat tentang tuisyen. Selamat Datang ke Dunia Baru Anda!!