Kelas Tuisyen Percuma oleh Team Master Yus

Share

Salam hebat pengunjung semua!

Seperti yang pernah saya postkan di wall Facebook beberapa minggu yang lalu, saya ada membuat beberapa servey daripada permintaan dan minat kawan-kawan tentang program/bengkel/seminar apakah yang sesuai untuk saya jalankan secara PERCUMA.

Dan hasrat tersebut bukan hanya omongan kosong belaka, saya dan beberapa orang (team) telah bersepakat untuk membantu dalam hal tersebut. Ini adalah di peringkat permulaan, sekiranya mendapat liputan dan permintaan yang tinggi dimasa akan datang, mungkin team saya akan kenakan bayaran untuk mengajar modul-modul tersebut.

Buat masa sekarang kos tempat ditanggung penuh oleh saya (dah buat kat tempat sendiri kan), kos pengajaran yang bernilai ratusan ringgit (malah boleh cecah ribuan), buat masa sekarang saya berbesar hati telah ‘kawtim’ dengan tenaga pengajar untuk memberikan secara PERCUMA. Saya ulang 2 kali, PERCUMA & PERCUMA (tiada kos tersembunyi).

Baiklah kelas-kelas tuisyen percuma tersebut, kawan-kawan boleh baca lanjut disini:

  1. Kelas Tuisyen Asas Blog
  2. Kelas Tuisyen Asas Minisite
  3. Kelas Tuisyen Asas Menulis

Apa yang bagus dan menariknya, kelas ini bukan sekadar sekali diadakan. Saya akan jalankan follow up sehingga pelajar yang datang pandai dan siap sepenuhnya projek-projek yang dirancangkan. Saya taknak ianya tergantung sekerat jalan dan terhenti begitu sahaja. Buang masa saya dan team jika itu hasilnya. Saya nak pelajar yang hadir, akan berjaya. Ini matlamat utama saya jalankan kelas tuisyen peringkat asas ini.

Sebagai peringkat permulaan, sesiapa yang berminat dengan Kelas Tuisyen ini saya hanya perlukan pelajar yang benar-benar boleh memberikan komitmen. Pelajar (saya gelarkan pelajar), yang berminat nak belajar Asas Blog, Minisite & Penulisan boleh hadiri kelas ini dengan bayaran komitmen sebanyak RM 200 RM20 sahaja. Ianya sebagai komitmen bagi membuktikan pelajar benar-benar ingin menghasilkan blog, minisite dan karya penulisan. Makan & minum ada disediakan selepas kelas.

Saya taknak berlaku perkara si pengajar bersungguh komit untuk mengajar, tetapi pelajar tak yakin untuk diajar. Justeru itulah kami bersepakat untuk meletakkan harga komitmen RM20 tersebut. Namun sekiranya dengan harga tersebut pun nak berkira, saya cadangkan tak perlu hadir ke kelas ini. Jaminan saya, belajar sampai pandai.

Kelas ini adalah satu sumbangan khidmat masyarakat yang boleh kami berikan. Saya berhasrat untuk melihat lebih ramai orang memiliki blog sendiri, minisite perniagaan sendiri dan hasil karya penulisan sendiri. Misi kami ‘Satu Orang Satu Blog’ dan ‘Satu Produk Satu Minisite‘.

Setakat ini, tuhan telah mengizinkan saya memberikan tunjuk ajar kepada beberapa orang (saya gelar pelajar juga) yang telah berjaya menghasilkan blog, minisite dan karya penulisan. Wahai kawan-kawan sekalian, saya ni jenis ‘Low Profile’ jadi saya tak nak kecoh-kecoh dulu yang saya ada jalankan ‘Personal Coaching‘ dengan tawaran harga yang paling murah di Malaysia. Disebabkan terlalu murah inilah yang menyebabkan saya tak beritahu ramai orang. Hanya mereka yang terpilih dan tahu sahaja (p/s: Yang benar-benar berminat dengan ‘Personal Coaching’ boleh emel saya personally).

Antaranya boleh lihat ini:

  1. Blog AhmadBashier.Com
  2. Minisite BrilliantDrift.Com
  3. Minisite KadImbasan.Com
  4. Minisite KitJenazah.Com

Dan ketiga-ketiga minisite kelas tuisyen di atas iaitu asas blog, minisite & penulisan dihasilkan hasil tunjuk ajar saya kepada 3 orang staff saya di pejabat. Walaupun nampak sangat simple dan tak berapa nak pro, namun saya rasa ianya satu pendekatan yang amat memberangsangkan sebagai peringkat permulaan. Saya percaya suatu hari nanti mereka akan menghasilkan produk yang lebih berkualiti dan marvelous.

Anda yang sering melawat blog ini juga dah kenal dan telah lihat komitmen saya selama ini. Saya bukan nak main-main atau nak permainkan orang lain. Kredibiliti yang saya bina selama ini bukannya mudah dan ianya memerlukan pengorbanan yang tinggi. Dan alhamdulillah rakyat Malaysia semakin kenal dan menyokong apa yang sedang saya lakukan dalam industri tuisyen ini. Dari masa ke semasa saya akan berikan yang terbaik kepada anda.

InsyaAllah dengan sokongan yang diberikan, kami akan cuba untuk terus membantu dan membantu masyarakat supaya lebih celik IT walaupun ianya hanya sekadar asas.

Segala komen, pandangan, pendapat dan pertanyaan boleh diutarakan di ruangan bawah blog ini. Yang berminat boleh dapatkan tempat dengan segera dengan mengisi borang yang disediakan di web-web diatas. Tempat Amat Terhad, hanya 5 orang sahaja bagi setiap sesi! Selamat maju jaya!

Penulis;
MasterYus.Com

Share

Related Posts

About The Author

40 Comments

Add Comment

Leave a Reply to diah Cancel reply

Unable to load the Are You a Human PlayThru™. Please contact the site owner to report the problem.