Salam hebat pengunjung semua!
Seperti yang pernah saya postkan di wall Facebook beberapa minggu yang lalu, saya ada membuat beberapa servey daripada permintaan dan minat kawan-kawan tentang program/bengkel/seminar apakah yang sesuai untuk saya jalankan secara PERCUMA.
Dan hasrat tersebut bukan hanya omongan kosong belaka, saya dan beberapa orang (team) telah bersepakat untuk membantu dalam hal tersebut. Ini adalah di peringkat permulaan, sekiranya mendapat liputan dan permintaan yang tinggi dimasa akan datang, mungkin team saya akan kenakan bayaran untuk mengajar modul-modul tersebut.
Buat masa sekarang kos tempat ditanggung penuh oleh saya (dah buat kat tempat sendiri kan), kos pengajaran yang bernilai ratusan ringgit (malah boleh cecah ribuan), buat masa sekarang saya berbesar hati telah ‘kawtim’ dengan tenaga pengajar untuk memberikan secara PERCUMA. Saya ulang 2 kali, PERCUMA & PERCUMA (tiada kos tersembunyi).
Baiklah kelas-kelas tuisyen percuma tersebut, kawan-kawan boleh baca lanjut disini:
Apa yang bagus dan menariknya, kelas ini bukan sekadar sekali diadakan. Saya akan jalankan follow up sehingga pelajar yang datang pandai dan siap sepenuhnya projek-projek yang dirancangkan. Saya taknak ianya tergantung sekerat jalan dan terhenti begitu sahaja. Buang masa saya dan team jika itu hasilnya. Saya nak pelajar yang hadir, akan berjaya. Ini matlamat utama saya jalankan kelas tuisyen peringkat asas ini.
Sebagai peringkat permulaan, sesiapa yang berminat dengan Kelas Tuisyen ini saya hanya perlukan pelajar yang benar-benar boleh memberikan komitmen. Pelajar (saya gelarkan pelajar), yang berminat nak belajar Asas Blog, Minisite & Penulisan boleh hadiri kelas ini dengan bayaran komitmen sebanyak RM 200 RM20 sahaja. Ianya sebagai komitmen bagi membuktikan pelajar benar-benar ingin menghasilkan blog, minisite dan karya penulisan. Makan & minum ada disediakan selepas kelas.
Saya taknak berlaku perkara si pengajar bersungguh komit untuk mengajar, tetapi pelajar tak yakin untuk diajar. Justeru itulah kami bersepakat untuk meletakkan harga komitmen RM20 tersebut. Namun sekiranya dengan harga tersebut pun nak berkira, saya cadangkan tak perlu hadir ke kelas ini. Jaminan saya, belajar sampai pandai.
Kelas ini adalah satu sumbangan khidmat masyarakat yang boleh kami berikan. Saya berhasrat untuk melihat lebih ramai orang memiliki blog sendiri, minisite perniagaan sendiri dan hasil karya penulisan sendiri. Misi kami ‘Satu Orang Satu Blog’ dan ‘Satu Produk Satu Minisite‘.
Setakat ini, tuhan telah mengizinkan saya memberikan tunjuk ajar kepada beberapa orang (saya gelar pelajar juga) yang telah berjaya menghasilkan blog, minisite dan karya penulisan. Wahai kawan-kawan sekalian, saya ni jenis ‘Low Profile’ jadi saya tak nak kecoh-kecoh dulu yang saya ada jalankan ‘Personal Coaching‘ dengan tawaran harga yang paling murah di Malaysia. Disebabkan terlalu murah inilah yang menyebabkan saya tak beritahu ramai orang. Hanya mereka yang terpilih dan tahu sahaja (p/s: Yang benar-benar berminat dengan ‘Personal Coaching’ boleh emel saya personally).
Antaranya boleh lihat ini:
- Blog AhmadBashier.Com
- Minisite BrilliantDrift.Com
- MinisiteΒ KadImbasan.Com
- MinisiteΒ KitJenazah.Com
Dan ketiga-ketiga minisite kelas tuisyen di atas iaitu asas blog, minisite & penulisan dihasilkan hasil tunjuk ajar saya kepada 3 orang staff saya di pejabat. Walaupun nampak sangat simple dan tak berapa nak pro, namun saya rasa ianya satu pendekatan yang amat memberangsangkan sebagai peringkat permulaan. Saya percaya suatu hari nanti mereka akan menghasilkan produk yang lebih berkualiti dan marvelous.
Anda yang sering melawat blog ini juga dah kenal dan telah lihat komitmen saya selama ini. Saya bukan nak main-main atau nak permainkan orang lain. Kredibiliti yang saya bina selama ini bukannya mudah dan ianya memerlukan pengorbanan yang tinggi. Dan alhamdulillah rakyat Malaysia semakin kenal dan menyokong apa yang sedang saya lakukan dalam industri tuisyen ini. Dari masa ke semasa saya akan berikan yang terbaik kepada anda.
InsyaAllah dengan sokongan yang diberikan, kami akan cuba untuk terus membantu dan membantu masyarakat supaya lebih celik IT walaupun ianya hanya sekadar asas.
Segala komen, pandangan, pendapat dan pertanyaan boleh diutarakan di ruangan bawah blog ini. Yang berminat boleh dapatkan tempat dengan segera dengan mengisi borang yang disediakan di web-web diatas. Tempat Amat Terhad, hanya 5 orang sahaja bagi setiap sesi! Selamat maju jaya!
Penulis;
MasterYus.Com
baru balik from outstation 10 hari. huhu. kalu ada kelas lagi tolong inform lagi ye. n tarikhnya juga mohon bgtau awal ye. maklumlah keje cam saya ni. tq master…….
Wah bestnya dapat jalan-jalan 10 hari gitu. Nanti cek kat emel ya, saya suka maklumkan menerusi medium emel π
Saya tertarik dengan seminar minisite MY. Saya juga merupakan anak didik Master Yus. Setakat ini satublog dan satu minisite sudah saya hasilkan hasil tunjuk ajar MY. Terima kasih MY kerana sudi berkongsi ilmu. Semoga MY dimurahkan rezeki yang melimpah ruah.
p/s: Minisite terbaru saya: http://cikgubashier.com
Terima kasih dengan doa ini, saya amat hargainya.
Semoga Cikgu Bashier juga akan terus sukses dengan apa yang dirancangkan.
p/s: Hensem minisite CikguBashier.com sama macam tuannya (promot dua-dua ni π )
minta tunjuk ajar…
Saya nampak ada persaingan yang sihat antara CikguBashier.com dengan CikguHazar.com π
Ajar telah ditunjuk, hasilnya diri sendiri yang laksanakan π
Maaf ya tuan & puan semua, jadual saya untuk Mei, Jun & Julai bagi setiap Sabtu & Ahad penuh dengan portfolio bisnes baru saya. Jadi masa saya agak terhad dan keterhadan masa tersebut yang menyebabkan saya memilih weekday dan malam untuk laksanakan Kelas Tuisyen Percuma ini. Jadi kenalah korbankan masa tuan & puan itu ya.
Oh ya, cuma nak ingatkan, ini adalah pertama kali dan saya akan pastikan yang hadir berjaya hasilkan projek-projek mereka dengan acuan yang bakal saya dedahkan.
Untuk sesi seterusnya, saya tak pasti bila lagi akan diadakan. Ini disebabkan saya bukan jalankan ianya seperti seminar dan disebabkan masa saya yang makin terhad ini. Jika team saya ada free, mungkin mereka akan jalankan namun masih belum dipastikan lagi.
Dan untuk pengetahuan semua, beberapa tempat telah diisi dan kuota 5 tempat bakal penuh bila-bila masa sahaja π
Dapatkan tempat atau kerugian yang teramat. Itu yang boleh saya berikan jaminan π
Salam MY,
alaa saya berminat sgt nk attend kelas minisite..hope master yus adekan lg sesi ke-2 or ke-3 akan dtg..insyaAllah sy nk join…please remind earlier untuk sesi akan dtg..
Tq..MY
W’slm Cikgu Zuliana. Nak tahu kenalah selalu semak-semak emel ya. Itu sahaja tempat yang boleh saya maklumkan dengan segera.
Semoga berjaya!
maaf. tumpang lalu..kepada sesiapa yg berminat untuk memiliki baju kurung cotton kanak2 n dewasa, blh hubungi saya di deeya_hamzah@yahoo.com. tel 013-3500460. harga sgt murah. kalau beli borong lg murah. tq
Wah, promote baju baby nampak…mentang2 kami baru dapat anak…he he he…insyaALLAH…no phone dah diambil, dan akan dipertimbangkan coz bulan ramadhan pun tinggal 2 bulan lagi…
π terima kasih dengan tawaran ini.
Mungkin saya boleh cadangkan untuk saudari membina satu minisite atau blog bagi kembangkan pengusahaan saudari ini. Ianya sangat powerfull apabila ada satu platform sebagai rujukan kepada orang lain.
Semoga terus sukses dengan perniagaan saudari.
Saya amat tertarik dgn kelas tuisyen ketiga-tiga tersebut tetapi amat sayang sekali saya tidak dapat menghadirkan diri kerana buat masa kini saya ada kontrak bekerja…Jika dibuat pada hari Sabtu atau Ahad insyaallah saya ingin menghadirkan diri…
InsyaAllah saya akan cuba usahakannya nanti π
akm,boleh x sape2 beri idea kat sya bgmana nak bukak pusat tuisyen sendiri?sesapa ble tolong x?
insyaALLAH…apa yg saya boleh bantu…boleh share ramai kat sini…
InsyaAllah buku ke-2 saya bertajuk ‘Rahsia Usahawan Tuisyen’ bakal berada di pasaran Malaysia. Boleh dapatkannya dan saya hasilkan sebagai panduan lengkap untuk membuka sebuah pusat tuisyen.
Adush…tak boleh ke kalau bukan hari khamis…ada kelas la MY…hari minggu la..plzzzzzzzzzz…
Kelas Tuisyen Asas Minisite bertarikh 21 Mei 2010 (Jumaat) sahaja yg saya boleh hadir setakat ini…
Hmmm…
Pelajar ikut masa guru atau guru ikut masa pelajar? π
Terima kasih tuan & puan dengan minat untuk hadirkan diri menuntut ilmu. Nampaknya hangat juga permintaan ini π
Baiklah, ada yang kurang jelas rupanya apa yang saya sampaikan diatas walaupun saya telah berikan link website yang perlu dirujuk π
Ok nak di ringkaskan,
Butiran seperti berikut:
1. Kelas Tuisyen Asas Blog
Tarikh : 20 Mei 2010 (Khamis)
Masa : 8pm – 10pm
Tempat : IQ Bistari Learning Centre
Komitmen : RM20 seorang
Sila isi Borang Pendaftaran di http://www.kerjasendiri.com/asasblog
2. Kelas Tuisyen Asas Minisite
Tarikh : 21 Mei 2010 (Jumaat)
Masa : 8pm – 10pm
Tempat : IQ Bistari Learning Centre
Komitmen : RM20 seorang
Sila isi Borang Pendaftaran di http://www.kerjasendiri.com/asasminisite
3. Kelas Tuisyen Asas Menulis
Tarikh : 27 Mei 2010 (Khamis)
Masa : 8pm – 10pm
Tempat : IQ Bistari Learning Centre
Komitmen : RM20 seorang
Sila isi Borang Pendaftaran di http://www.kerjasendiri.com/asasmenulis
Saya cuma nak ingatkan, setiap sesi hanya 5 orang sahaja ya. Saya tak perlukan ramai-ramai, nanti tak jadi belajar. Mudah juga untuk team saya fokus. Jadi rebutlah, siapa cepat dia untung.
Saya tak pasti untuk kelas akan datang, ianya bergantung kepada masa tenaga pengajar dan team saya. Sebab lain, kami nak fokuskan dulu pelajar yang batch awal ini agar berjaya siapkan bakal projek-projek masing-masing. Kemudian barulah kami akan fikirkan untuk pengambilan baru.
Harap jelas apa yang saya sampaikan ini.
-MY-
Sayangnya Master Yus tarikh-tarikh tu saya ada kelas π
Tak mengapa, mungkin di lain masa kita boleh bersua π
master yus yang best terus menyumbangkan perkara2 yang best buat semua orang yang nak jadi best macam master. harap jadual dan butiran especially tarikh dan time dapat dimaklumkan awal. untuk susun jadual dan kosongkan time yang sarat. macam cikgu hazar, saya perlukan ilmu ni sebagai persediaan untuk berhenti kerja kat tv9. letih kerja yang tak dapat restu suami. letih nak memujuk hati lelaki yang lara gitu. habis program akademi alquran, saya tukar title jawatan as fulltime tutor….. n nak tambah jawatan parttime blogger plak. tq master!!!!
Ait…tiru nampak…he he…
Takpe…sama-sama kita berusaha menuju self employed…seterusnya financial freedom…amin…
benda yang baik tiru takpe. ahaks. caiyokk!!
Cikgu Sulastri juga best. Saya nak kerja di TV9 sebagai pengacara boleh ke Su? Dulu ada juga ada impian nak jadi macam tu π
InsyaAllah niat dah ada, satu hari nanti impian Cikgu Sulastri akan menjadi kenyataan. Saya akan terus doakan kejayaan setiap orang (khususnya protege saya).
Selamat maju jaya!
@Cikgu Hazar: Aik tiru nak jadi macam saya juga ya π
Saya juga mahu mengikuti kelas tuisyen percuma Master Yus. Memang berbaloi-baloi. MY merupakan seorang guru yang betul-betul mahukan anak didik@ protegenya berjaya dengan cemerlang. Wow!!!!:-)
Terima kasih dan silakan Cikgu Bashier π
salam amster yus. saya amat berminat untuk mengikuti kelas ini dan saya ucapkan tahniah di atas usaha yang dijalankan.
Di harap kelas yang dijalankan adalah pada hujung minggu samada sabtu atau ahad.
Minta penjelasa lebih lanjut tentang bayaran dan temapat yang diadakan.
Terima kasih
W’slm saudari Ainil (saya tersenyum melihat amster yus π )
InsyaAllah boleh nantikan untuk kelas akan datang. Namun tak pasti lagi bila.
Terima kasih.
saya berminat dan ape langkah seterusnya dan bila tarikh akn dijalankan program tersebut?
Saya dah jawab π
Saya sangat berminat kerana:
1. Untuk belajar lagi bagi menyiapkan idea e-book saya yg sudah tertangguh sekian lama
2. Untuk belajar bagi menyiapkan minisite jualan untuk e-book tersebut
3. Untuk belajar bagi upgrade website pusat tuisyen saya
4. Untuk belajar buat blog dan mini site untuk tujuan idea-idea perniagaan yang akan datang
Saya amat berharap agar beberapa projek saya yang tertangguh dapat dijayakan tahun ini sebagai langkah awal untuk projek-projek perniagaan akan datang. Ini adalah sebagai persediaan lengkap untuk saya meninggalkan dunia makan gaji pada pertengahan tahun hadapan. InsyaALLAH, saya akan menjadi fulll time:
1. Managing Director of HS Training & Consultancy Ent.
2. Pengetua, Tunas Saujana Brilliant Academic Centre
3. Home Tutor
4. Blogger
5. Penulis e-book
6. Usahawan Internet
7. Properties Consultant & Management
Mohon tunjuk ajar.
Bak kata Dato’ Dr. Fadzilah Khamsah “Kita tolong orang lain untuk berjaya, insyaALLAH, kita akan berkali ganda berjaya”
Dari puncak, ingin ke angkasa,
Cikgu Hazar
Dulu masa Tun Dr Mahathir melangkah ke dunia politik, beliau terpaksa tinggalkan kerjaya utamanya sebagai doktor perubatan. Fikir-fikirkan!
salam master yus..
terima kasih diatas kemulian hati dan usaha utk berkongsi ilmu dan kejayaan. saya AMAT berminat untuk menghadiri kelas yang ditawarkan.harap dapat dikongsikan bagaimana untuk menyertai kelas tersebut.
W’slm saudari Eja. Cara untuk sertai kelas tuisyen ini ada dinyatakan di web-web tersebut π
Salam Master Yus,
Tahniah sekali lagi dgn “approach” yg memberangsangkan tersebut. Saya sangat berminat untuk turut serta diharapkan kelas tersebut ada pada hari Ahad pagi@petang atau Sabtu malam. Maklumlah org macam sy ni tu je masa yg “available”. Harap dapat dipertimbangkan. Sila master berikan maklumat lengkap melalui email saya tqvmuch.
W’slm Cikgu Naza.
InsyaAllah jika diberikan keizinan, kami akan jalankan pada hujung minggu. Namun ianya bergantung kepada masa saya juga π