Kelas Tuisyen di Bulan Puasa & Hari Raya.

Share

Salam hormat pembaca sekalian.

Telah masuk separuh Ramadhan bagi seluruh umat Islam berpuasa. Semoga kita masih lagi diberi kekuatan dan kemudahan dalam meneruskan perjuangan universiti Ramadhan tahun ini. Jangan ada yang berlakon-lakon ya! Rebutlah segala pahala dan peluang yang tuhan kurniakan setahun sekali ini. Jangan dipersia-siakan kerana ini juga adalah sumber rezki daripada tuhan yang Maha Esa kepada hambaNya.

Baiklah pembaca yang dihormati, post kali ini saya akan kongsikan berkenaan jadual tuisyen di bulan puasa dan hari raya yang bakal menjelma beberapa minggu dari sekarang. Tentunya bagi cikgu-cikgu tuisyen yang berpengalaman, mereka berasa di bulan puasa dan raya ini telah tahu bagaimana untuk menguruskan masa dan kelas tuisyen masing-masing.

Untuk makluman semua, sekarang ini pelajar-pelajar sedang dan bakal menghadapi peperiksaan percubaan UPSR dan PMR. Bagi pelajar SPM, peperiksaan percubaan mereka bermula selepas hari raya nanti. Jadi kebiasaannya apabila pelajar hendak menghadapi peperiksaan sebegini, maka permintaan tuisyen tinggi. Mereka akan sibuk ulangkaji pelajaran dan perlukan cikgu tuisyen untuk membantu dan membimbing mereka.

Dan bagi umat Islam, kita telah maklum bahawa di bulan puasa masa agak terhad. Bermula jam 5.30 petang, ibu bapa dan pelajar sibuk untuk ke bazar Ramadhan hinggalah ke malam. Dan malam pula, peluang untuk menunaikan solat sunat terawikh tidak boleh dilepaskan walaupun hanya dengan 8 rakaat.

Maka dengan itu, masa tuisyen perlu disusun semula. Di bulan puasa, sekolah akan habis lebih awal. Kebiasaannya kelas tuisyen saya akan bermula jam 2.30 hingga 5 petang. Dan malam akan bermula jam 9.15/9.30pm selepas solat terawikh. Pada Sabtu dan Ahad tidak menjadi masalah, ianya berjalan seperti biasa kerana waktu cuti.

Itu cerita di bulan Ramadhan. Di bulan Syawal pula, ianya tidak banyak beza dengan bulan-bulan lain. Cuma biasalah, cabaran tuisyen dengan hari raya memang ada. Kadang-kadang pelajar akan minta cuti dan pengecualian kelas. Namun bagi yang akan menghadapi peperiksaan, kelas tuisyen akan berjalan seperti biasa. Kesian kepada pelajar-pelajar ini 🙂 Raya tetap raya, belajar tetap belajar dan periksa tetap juga akan periksa.

Tak kisah la di bulan apa sekalipun yang datang, pengurusan masa tuisyen memang amat penting. Inilah beza antara masa kita orang lain tetapkan dengan kita yang uruskan masa kita sendiri. Saya lebih suka kerja yang mana masa kita yang uruskan. Jadi saya dapat bahagikan masa saya bersama keluarga, masa untuk saya fokus beribadah kepada tuhan, masa untuk saya bersosial dengan kawan-kawan. Dalam kamus hidup saya cuma ada “Every day is Sunday” 🙂

Selamat meneruskan ibadah di bulan Ramadhan dan selamat maju jaya!

Penulis;
MasterYus.com

JOIN OUR NEWSLETTER
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
Join over 3.000 visitors who are receiving our newsletter and learn how to optimize your blog for search engines, find free traffic, and monetize your website.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
Share

Related Posts

About The Author

2 Comments

Add Comment