Kelas Momentum Trading Teknik bersama Master Yus

Share

Sejak 2012 aku tak pernah terfikir nak buat kelas sendiri. Malah sejak 2012 hingga hari ini aku masih setia menyokong usaha murni mentor Tn Hj Mohd Asri memandaikan anak bangsa dalam menyampaikan ilmu saham.

Kemana sahaja beliau pergi aku gagah berdiri ditepi. Kelantan, Johor, Penang, Pahang malah ke Sabah sekalipun pasti aku turun.

Hinggalah 28 September 2015 menjadi detik permulaan untuk aku berkongsi pengalaman bagaimana 3 tahun jagung aku trade dilitar bursa.

Program Momentum Trading bermula di Promenede Hotel Kota Kinabalu disertai hampir 25 orang dari alumni SDPS KK.

Seterusnya empat kali di Traders Lounge Shah Alam dengan sambutan yang sangat menggalakkan.

Program ini berlangsung pada hari trading. Jujurnya aku tak berminat nak buat kelas hari trading. Lagi besh ngadap laptop tanpa ada gangguan sesiapa. Trade sendiri, untung rugi sendiri.

Namun hasil permintaan dari alumni dan restu dari guru, maka aku gagahkan juga.

Momentum Trading Teknik adalah satu program khas bagaimana para pedagang tegar memasuki pasaran dengan hanya melihat kaunter-kaunter yang memiliki momentum dagangan yang kuat.

Program ini adalah kesinambungan daripada ilmu asas saham dan Technical Analysis (TA) yang pernah alumni pelajari sebelum ini.

Dengan ilmu Momentum Trading ini anda bakal belajar bagaimana :

1. Entry kaunter dengan sharp dan pantas.
2. Mengesan kaunter-kaunter yang memiliki momentum dagangan yang agresif.
3. Setting platform trading mirip seorang scalper.
4. Mengaut ROI dan pulangan secara ‘Intraday’.
5. Mendisiplinkan diri sebagai seorang ‘Trading for a Living’.

Program ini tidak terbuka untuk mereka yang langsung tak tahu asas saham. Ini adalah program advance yang sesuai untuk mereka yang nak trade saham setiap hari.

Moga ianya bermanfaat kepada semua pedagang tegar di Bursa Malaysia.

TAYOR!!

– MY –
#TradersUnited
#MomentumTraders

image

MT di KK 28 Sept 2015

image

image

image

image

image

image

image

image

Share

Related Posts

About The Author

Add Comment

Unable to load the Are You a Human PlayThru™. Please contact the site owner to report the problem.