Industri Tuisyen di Malaysia

Share

Kali ini saya berpeluang untuk menulis berkenaan dengan Industri Tuisyen di Malaysia. Semalam saya ada dapat beberapa panggilan telefon daripada protege SeminarTuisyen.Com yang lepas. Ada antara mereka yang bertanya pendapat, pandangan saya tentang tuisyen. Dan tak kurang juga yang masih bertanya saya tentang ‘Good n Big Projek‘, walaupun saya dah nyatakan di post dalam blog ini.

Dan saya juga ada dihubungi oleh Puan Rozi, pengusaha IQ Bistari Learning Centre tentang beliau perlukan seorang Cikgu English di tempat beliau. Jadi sesiapa yang berminat dengan tawaran ini, terus call saya untuk dapatkan job ini. Subjek BI untuk level rendah dan menengah. Harga boleh runding dengan Puan Rozi.

Baiklah berbalik kepada topik utama yang saya nak kongsikan kepada anda iaitu industri tuisyen. Adakah tuisyen ini relevan sebagai income utama kita setiap bulan?

Wahai kawan yang budiman, jangan mudah melatah dan sangsi dengan perkara ini. Jika tak relevan manakan saya memilih tuisyen sebagai sumber pendapatan utama saya? Persoalan yang perlu anda kemukakan adalah bagaimana nak ‘maintain’ dan uruskan kerjaya ini?

Ramai orang mempersoalkan ‘JAMINAN’. Apa jaminan masa depan industri tuisyen? Boleh sara keluarga ke? Bagaimana jika orang dah tak terima kita lagi ajar tuisyen? Sebenarnya ada 1001 persoalan yang kita boleh kemukakan daripada ini. Saya sendiri sebelum hendak mengambil keputusan untuk serius dalam bidang tuisyen ini, memang terlalu/tersangat banyak persoalan yang bermain difikiran sehinggakan 90% mempengaruhi minda saya.

Bagi saya, lawan kepada ‘Jaminan‘ adalah ‘Risiko‘. Saya berani mengambil ‘Risiko’ berbanding ‘Jaminan’. Anda setuju kenyataan saya? Taip ‘YA’ jika bersetuju dan ‘TIDAK’ jika membantah dan hantar ke ‘999’ 🙂

Sebenarnya, kenapa saya berani untuk ambil risiko kerja sendiri dengan menjadi Cikgu Tuisyen sepenuh masa, kerana saya telah terjumpa individu seperti ini suatu ketika dahulu. Ya, saya rasa jika saya tak jumpa dengan orang yang dah buat ‘Full Time Tuition‘ ini, saya memang tak konfiden untuk lakukannya juga.

Tetapi bila saya fikir dan renung semula, kenapa beliau/mereka boleh buat ‘Full Time‘ sedangkan saya tidak? Jadi jawapan telah saya temuinya. Dan inilah titik tolak saya lakukan tuisyen sepenuh masa dengan azam tak nak kerja makan gaji.

Saya bersyukur ‘Risiko‘ yang saya ambil telah membuahkan hasil dan mendapat persetujuan penuh oleh ‘Penasihat Peribadi Seumur Hidup’ iaitu isteri tercinta saya.

Dan ‘Ya’ setelah saya terjerumus dalam bidang ini, maka ramai juga kenalan yang saya jumpa melakukan tuisyen secara sepenuh masa. Jadi nampaknya empayar kerjaya ‘Fulltime Tutor‘ rupa-rupanya memang ada dan sedang berkembang besar.

Satu idea yang saya nak kongsikan kepada anda pembaca setia saya. Mereka yang saya jumpa ini, walaupun bergelar Fulltime Cikgu Tuisyen, tetapi mereka ada juga lakukan kerja-kerja sampingan lain bagi menampung dan menambah lagi income mereka.

Ye la, mengajar tuisyen hanya waktu petang/malam dan kadang-kadang hujung minggu. Jadi pada waktu pagi apa mereka buat? Dalam sehari hanya peruntukkan 2-4 jam tuisyen, jadi baki 20 jam lagi apa boleh mereka buat?

Sebenarnya macam-macam kita/anda/mereka boleh lakukan daripada baki masa tuisyen. Ada yang jaga anak (macam saya), ada yang buat Perniagaan Internet, ada yang uruskan perniagaan, ada yang menulis buku, ada yang buat freelance dan bermacam-macam lagi yang boleh kita lakukan mengikut kemampuan dan kreativiti masing-masing.

Dan tahun 2009, yang memang kita maklum tahun kegawatan ekonomi global. Namun bagi saya, langsung tak terasa kesan ekonomi ini. Ya, saya tak rasa pun kerana saya tahu Industri Tuisyen adalah kalis kegawatan ekonomi. Income bulanan melalui tuisyen memang ‘maintain’, malah sekarang makin dekat dengan exam, maka makin kerap kelas tuisyen diperlukan. Bila makin kerap, maka makin banyaklah masa tuisyen dan secara langsungnya, makin tinggilah income tuisyen kita setiap bulan.

Sampai kadang-kadang boleh naik tension dan give up dek pukulan job tuisyen yang tak menang tangan nak terima. Dan hari ini saya berkesempatan untuk merakam satu video ekslusif kepada anda. Saksikan disini. Anda boleh komen, berikan pendapat, pandangan yang boleh memberikan manfaat kepada orang lain. Saya amat mengalu-alukan komen daripada anda. Bukan niat saya untuk menunjuk-nunjuk. Saya ikhlas untuk membuktikan bahawa Industri Tuisyen sememangnya telah terbukti sebagai alternatif lain untuk menjana pendapatan bulanan.

Jika anda mempunyai pandangan tersendiri tentang industri tuisyen ini, silalah berikan pandangan anda dengan reply post ini. Semoga bermanfaat kepada pembaca semua.

JOIN OUR NEWSLETTER
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
Join over 3.000 visitors who are receiving our newsletter and learn how to optimize your blog for search engines, find free traffic, and monetize your website.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
Share

Related Posts

About The Author

3 Comments

Add Comment