Industri tuisyen semakin mekar. Benarkah kenyataan ini?

Share

Sebelum saya menulis lebih jauh, post kali ini adalah pendapat peribadi saya sahaja sepanjang karier saya sebagai Cikgu Tuisyen Sepenuh Masa.

Hari Sabtu dan Ahad yang lepas saya berada di Universiti Islam Antarabangsa. Saya disana menghadiri sesi Follow Up bersama Mawardee (saya merupakan bekas peserta Perniagaan Internet beliau). Sesi bersantai ini diadakan di kafe UIA. Ada beberapa orang yang hadir, dan pembentangan modul ringan tetapi mantap oleh Mawardee. Ok ini tentang jadual hujung minggu saya.

Berbalik kepada topik diatas. Apa yang saya nak kongsikan adalah, pada hari Ahad selepas tamat sesi santai bersama Mawardee, saya singgah di Taman Melati, Gombak. Lokasi yang lebih tepat adalah Pusat Tuisyen Al-Hakim, Taman Melati. Pusat tuisyen ini baru sahaja hendak dimulakan operasinya. Dan pemilik pusat tuisyen tersebut adalah Cikgu Rohaini. Saya kesana kerana Cikgu Rohaini ada mengadakan sesi makan-makan sempena pembukaan pusat tuisyen tersebut. Cikgu Hazar bersama isteri turut berada disana (beliau baru balik dari Penang).

Cikgu Rohaini adalah protege SeminarTuisyen.Com pada 8 November lalu. Saya turut berasa bangga dengan wujudnya satu lagi pusat tuisyen di Malaysia. Banyak juga yang kami sembangkan pada pertemuan yang sekejap itu. Di pusat tuisyen Cikgu Rohaini ada membekalkan produk minda keluaran Adi Putra. Siapa tak kenal Adi Putra Abdul Ghani (bukan pelakon tu ya), manusia cilik yang dianugerahkan tuhan kepintaran yang amat luar biasa dalam bidang Matematik. Walaupun saya belum pernah jumpa dengan Adi Putra ni, namun aura Genius Malaysia ini cukup memberikan kesan kepada diri saya.

Sepanjang masuk tahun ke-4 saya menjalankan SeminarTuisyen.Com, telah ramai protege saya menjadi usahawan pusat tuisyen. Antaranya Cikgu Saufi (pusat tuisyen di Pandan Jaya), Cikgu Rosli Sariman (pusat tuisyen di JB), Cikgu Zakry (pusat tuisyen di TTDI Jaya Shah Alam), Cikgu Hazar (dalam proses, akan dimaklumkan suatu hari nanti) dan terbaru Cikgu Rohaini (di Taman Melati Gombak).

Gambaran ini membuktikan bahawa industri tuisyen semakin mendapat tempat dan berkembang. Anda boleh lihat sendiri potensi industri ini dikawasan tempat anda tinggal. Ada berapa banyak pusat tuisyen yang wujud? Jika masih belum ada, ini adalah peluang bisnes untuk anda. Namun untuk terjun dalam bidang bisnes tuisyen, perlukan ilmu dan perancangan yang amat rapi. Jangan ambil enteng dan mudah.

Untuk memulakan home tuition tak perlukan modal yang besar. Dan industri ini juga semakin diperlukan. Saya kongsikan ekslusif untuk anda. Permintaan tuisyen amat tinggi bermula pada bulan Disember setiap tahun. Ini kerana ibu bapa mula membuat persediaan untuk anak-anak mereka yang akan menduduki peperiksaan besar pada tahun akan datang. Biasanya saya akan mendapat lebih daripada 5 tempat, malah pernah satu ketika dulu saya mendapat lebih 10 tempat tuisyen bermula bulan Disember. Dan pendapatan tuisyen saya pada ketika itu menjangkau RM8,000 sebulan.

Ini adalah benar. Selepas cuti raya, dan awal cuti (November) permintaan tuisyen memang slow. Tetapi bermula Disember, mula terasa kehangatannya. Saya ada peluang tuisyen kepada anda yang setia dengan blog ini. Job tuisyen ini saya terima daripada protege saya yang tak mampu nak terima job tersebut. Saya pastekan kandungan emel yang saya terima.

******************************************************************************

1) Saya ada terima job tuiton dari parents, masalahnya terlalu jauh dari saya. 2 jobs tuiton yang saya terima di kawasan Kepong, masalahnya saya tinggal di Putrajaya. Dengan keadaan cuaca sekarang ni yang tak menentu hujan, saya kena iklankan untuk kawasan berdekatan.
-Boleh hubungi Cikgu Yusof menerusi emel beliau nirzaanputra@gmail.com

2) salam dan slmat petang master yus..
Seperti yg saya inform master yus, Parents ini nk kn seorg cikgu tuisyen untuk mengajar anaknyer di selayang… tapi saya xdpt nak pergi sana sbb jauh dgn area saya.. Jadi puan uma mintak sy crikan seorg home tutor utk anaknyer…
Die just nk thu rate yang ditawarkan utk semua subjek UPSR/hour (5 subjek lh dlm 1 pakage )
Jika sesuai die akan amik lh jika xsesuai maybe just 1or 2 subjek only..

Jadi nk mintak tolong master yus carikan tutor… Masa nak mengajar petang @ mlm sbb puan uma berkerja.
….. Tolong ye master yus

Ni contact saya ( Nor-017-6367346 )
********************************************************************************

Anda pula sebagai pemerhati, apa pendapat dan pandangan anda tentang perkembangan industri tuisyen di Malaysia? Saya perlukan pandangan anda untuk saya selitkan dalam buku ke-2 saya nanti :-). Sila tinggalkan komen anda di ruangan komen blog ini. Terima kasih.

Penulis:
Master Yus

Share

Related Posts

About The Author

18 Comments

Add Comment

Unable to load the Are You a Human PlayThru™. Please contact the site owner to report the problem.