Ilmu yang dituntut & Guru yang sebenar

Share

Sebelum saya mula-mula menceburi bidang tuisyen ini, saya memang minat mengajar. Saya pernah menjadi guru ganti di sekolah rendah dan menengah. Lama kelamaan minat mengajar ini telah sebati dalam jiwa dan sanubari saya.

Ini kerana, saya merasakan bahawa ilmu sangat penting untuk kita amalkan. Ya, saya tahu saya akan gunakan ilmu-ilmu ini untuk kepentingan dan kemajuan anak-anak saya bila mereka memerlukannya nanti.

Saya mempunyai beberapa orang idola dan sifu dalam dunia pendidikan ini. Saya banyak berguru dan mengikuti seminar-seminar guru-guru pakar untuk mempelajari teknik yang mudah dan berkesan untuk saya kongsikan kepada pelajar.

Pada Isnin 20 April lalu (tarikh sama dengan hari pelancaran buku pertama saya), pada jam 8 pagi saya berkesempatan menyaksikan kehebatan Sifu saya iaitu Cikgu Abd Malek Seman di TV3. Rancangan Malaysia Hari Ini yang di hoskan oleh Mazidul Akmal Sidek dan Ally Iskandar, telah menjemput khas Sifu saya memperkenalkan Teknik & Kaedah mudah belajar Math & Science.

Memang hari ini adalah hari yang sangat bermakna dan bertuah bagi saya. Ye lah, petang saya akan menghadiri majlis pelancaran buku dan pagi tersebut saya mendapat inspirasi yang cukup bermakna bila dapat melihat sifu saya di kaca TV.

Beberapa jam selepas rancangan tersebut, saya dihujani oleh beberapa panggilan daripada ibu bapa yang ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang kelas Cikgu Malek. Memang saya pelik, entah mana mereka mendapat nombor handphone saya.

Tak kurang juga parents anak murid saya yang call. Ada antara parent students saya yang tahu saya berguru dengan Cikgu Malek.

Saya amat berterima kasih dengan MY Sifu, yang banyak tunjuk ajar sehingga saya berada di tahap sekarang. Oh ya, dalam buku saya ada picisan testimoni daripada Cikgu Malek. Siapa yang mendapatkan buku saya, pasti anda dapat lihat pendapat beliau tentang buku saya dihalaman awal.

Ilmu dan guru tidak dapat dipisahkan umpama lirik dan lagu. Saya yakin, anda juga mempunyai seorang guru yang menjadi idola dan peransang kejayaan anda selain ibu bapa kita yang menjadi guru tetap sepanjang hayat. Tanpa insan seperti mereka ini sudah pasti hidup kita akan gelap dan boleh menjerumus ke lembah kehinaan.

Pesta Buku Antarabangsa KL 2009 telah melabuhkan tirai pada Ahad 26 April lalu. Saya menganggapnya juga Pesta Ilmu Antarabangsa, kerana terdapat jutaan sumber maklumat dan ilmu disana. Saya tak melepaskan peluang untuk merasai hari terakhir tersebut.

Saya berada di Booth True Wealth Sdn Bhd pada jam 2 hingga 4 petang pada hari tersebut. Saya puas kerana ramai juga subscriber yang datang untuk mendapatkan naskah buku saya. Dan Sorvenir yang saya janjikan telah saya kotakan. Tahniah kepada anda yang telah mendapatkan buku saya dan Sorvenir tersebut.

Dengan Sorvenir tersebut melayakkan anda mendapat Diskaun Hebat untuk ke SeminarTuisyen.Com kerana saya ada selitkan Kod Diskaun pada Sorvinir tersebut.

Dan kesesakan di PWTC Ahad lepas memang terasa, berduyun-duyun manusia membanjiri Book Fair untuk mendapatkan Harga Runtuh disaat-saat akhir.

Saya juga terserempak dengan beberapa orang rakan lama, cikgu-cikgu lama, anak-anak murid yang sememangnya lama dah tak jumpa. Dan ditakdirkan dipertemukan di sana. Memang seronok dengan pengalaman tersebut.

Apa yang boleh saya simpulkan untuk penulisan kali ini, tiada ruginya jika kita menjadikan seseorang itu guru dan mentor dalam kehidupan kita. Dan saya amat percaya setiap orang daripada kita pasti telah menjadi peransang kepada orang lain.

MY Sifu

JOIN OUR NEWSLETTER
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
Join over 3.000 visitors who are receiving our newsletter and learn how to optimize your blog for search engines, find free traffic, and monetize your website.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
Share

Related Posts

About The Author

3 Comments

Add Comment