Bagaimana menangani pelajar yang malas dan tak fokus belajar?

Share

Antara masalah paling serius ketika saya mengajar tuisyen adalah pelajar malas, tak fokus, penat, banyak kerja sekolah, kena paksa tuisyen, leka main game, degil dan mengantuk. Sebenarnya banyak lagi, tetapi ini adalah yang major selalu berlaku dalam kelas saya.

Apa yang saya praktikkan sehingga hari ini adalah, saya akan interview dulu ibu bapa pelajar tersebut semasa kelas yang pertama. Daripada sesi interview ini, saya dapat gambaran siapa pelajar yang bakal saya berhadapan nanti. (sambil mak pak dia interview saya, anak mereka pun saya kena tahu juga).

Dan semasa sesi kelas pertama, saya akan cuba cungkil masalah besar dalam diri pelajar saya tu. Biasanya dalam kelas pertama belum keluar lagi aksi-aksi/perangai sebenar mereka. Tetapi daripada sinilah juga saya akan ‘highlight’ siapa yang sedang berhadapan dengan mereka (saya lah tu). Banyak cara untuk kita lakukannya. Salah satu cara saya adalah melalui cerita dan pengalaman.

Tujuan saya lakukan seperti ini adalah untuk kenalpasti minat dan keinginan mereka. Daripada sini, saya dan pelajar akan saling memahami antara satu sama lain. Saya nak dia tahu dengan jelas tujuan dan objektif saya datang ke rumah mereka. Saya nak mereka sedar kenapa mak ayah mereka panggil saya datang mengajar di rumah.

Kaedah mujarab yang saya akan gunakan dalam kelas saya sekiranya pelajar malas adalah saya akan buka topik yang mereka sangat suka. Jika kita tahu mereka suka main game, saya akan layan cerita game yang terbaru (walaupun saya anti game). Jika saya dah tahu yang mereka minat gila dengan internet, maka saya akan tanya mereka tentangnya. Bila kita tanya benda yang mereka minat, mereka akan jawab dengan sungguh excited. Bila dah excited, haaaa..kaitkanlah dengan pelajaran yang kita nak ajar kepada mereka. Gunakan contoh-contoh perkara yang mereka minat tadi.

Contohnya, katalah anda sedang mengajar Sains bab haiwan peliharaan. Jika pelajar kita sangat fanatik tahap cipan dengan Christiano Ronaldo, maka kita boleh terangkan bahawa selain hobi Ronaldo bermain bola sepak, dia juga suka membela haiwan peliharaan seperti kucing, anjing, ikan lumba-lumba dan lain-lain. Bila kita sering sebut nama Ronaldo, maka pelajar kita akan rasa seronok idola mereka asyik disebut-sebut.

Jika kita mengajar Bahasa Melayu, boleh juga minta pelajar kita membuat karangan yang bertajuk ‘Kaki Ronaldo yang berharga 30 Juta‘.

Ini adalah tips saya yang paling ampuh untuk menundukkan pelajar-pelajar saya. Mereka akan cair bila saya sentuh hal-hal yang mereka sangat minat. Jadi amat penting untuk kita tahu minat dan kecenderungan pelajar kita ke arah mana. Daripada psikologi yang saya gunakan ini, sampai ke hari ini pelajar saya akan terus mencari saya untuk mengajar mereka. Ini kerana mereka berasa seronok belajar. Maka tiada lagi istilah malas dan tak boleh nak fokus ketika belajar.

Mungkin anda juga ada tips mengajar yang boleh dikongsikan bersama? Berikan dan kongsikan pengalaman anda dibawah ini sebagai sumber rujukan kepada pembaca blog ini. Kan senang nak dapat pahala :-)…

JOIN OUR NEWSLETTER
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
Join over 3.000 visitors who are receiving our newsletter and learn how to optimize your blog for search engines, find free traffic, and monetize your website.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
Share

Related Posts

About The Author

13 Comments

Add Comment