Good & Big Projek-Job Scope

Share

Saya amat bersyukur kepada Tuhan dan berterima kasih dengan respon positif anda yang amat berminat dengan ‘Good & Big Projek‘ ini. Sambutan sangat menggalakkan. Saya percaya projek ini akan memberikan income yang berbaloi dan kepuasan kepada anda yang join. Ya, kita akan berurusan daripada rumah sahaja melalui emel, YM dan phone.

Peringatan sekali lagi. Anda yang nak join projek ini, saya tak akan minta apa-apa bayaran! Tetapi saya yang akan bayar anda! Ingat ini sampai bila-bila ya. Jika ada rakan anda yang offer projek ini dan minta bayaran daripada anda, terus report dengan saya.

Ok buat masa ini my staff sedang kemaskini data dan orang yang hendak join projek ini. Jadi di sini saya ingin memudahkan kerja anda semua dengan job scope yang perlu anda ikut dan lakukan.

  1. Setiap soalan yang akan diasingkan mesti mengikut topik dalam tingkatan. Sebagai contoh, asingkan subjek Geografi PMR mengikut topik dalam tingkatan 1 dalam satu folder, tingkatan 2 dalam satu folder, dan tingkatan 3 dalam satu folder. Sama juga asingkan subjek Fizik, Kimia, Biologi, Math & Science untuk form 4 & Form 5.
  2. Setiap topik untuk satu set soalan dalam folder mesti mengandungi 45 soalan sahaja. Tujuannya untuk memudahkan rekod dan rujukan. Sebagai contoh anda download disini: Right Klik Sini, kemudian save dalam PC anda sebagai rujukan.
  3. Time frame yang perlu anda siapkan adalah 2 hari sahaja. Tak perlu tunggu untuk siapkan semua. Siap sahaja satu set 45 soalan, terus hantar. Setiap soalan yang telah siap terus emelkan kepada production@kenshido.com dan cc ke admin@utussmart.com.
  4. Bayaran akan dibuat selepas semakan soalan yang anda hantar. Berikan kami tempoh dalam 1-2 minggu untuk tujuan semakan ini. Selepas semuanya berjalan lancar kami akan terus membuat bayaran melalui online.
  5. Pastikan anda buat dengan menjaga format terkini, kemas dan berkualiti. Kami berhak menolak hasil kerja yang tak mengikut kriteria yang telah ditetapkan.
  6. Anda akan di ‘guide’ dari masa ke semasa, kerana projek ini tak akan berhenti setakat sini sahaja. Banyak lagi peluang lain yang masih dalam ‘track’ dan belum dijelmakan lagi. Harap bersabar dan kita uruskan satu per satu ya kawan!

Saya amat berharap anda semua boleh bersama-sama saya dalam projek ini. Jika terdapat sebarang pertanyaan, kurang kepastian, cadangan dan pendapat terus emelkan kepada saya. Saya akan cuba bantu anda.

Share

Related Posts

About The Author

One Response

Add Comment

Unable to load the Are You a Human PlayThru™. Please contact the site owner to report the problem.