Dunia Pelaburan Saham – I am a World Class Trader

Share

Assalamualaikum dan salam jutawan buat semua pembaca setia blog usang ini.

Sungguhpun usang, saya akan pastikan ianya dapat memberi manfaat kepada anda yang singgah membaca posting saya ini.

Hari ini saya teruja nak menulis bagaimana saya bermula kenal dengan Dunia Pelaburan Saham.

Ianya bermula apabila saya dan isteri duduk dalam
Program Platinum Dr. Azizan Osman, Retire Young
Retire Rich pada Januari 2012.

Dan dalam program RYRR ini, Dr. Azizan Osman menampilkan
beberapa orang speaker jemputan yang telah terbukti berjaya dalam bidang pelaburan.

Antaranya, Abang Abu (Mekanik Wang), Dr. Shah Razali (Hartanah),
Ir Sofian (Emas & Perak), Pn Fiona Tahir (Unit Trust),
Tn Shawal (Internet Marketing) dan Tn Hj Mohd Asri (Saham).

Disinilah cinta pandang pertama saya dalam saham.

Saya terus sign up program Smart Investor Talk yang dikendalikan oleh Tuan Hj. Mohd Asri.

Pada waktu itu (2012), saya diperkenalkan dengan saham-saham
terbitan awal IPO (Initial Public Offering).

Dan sejak itu, saya telah mula memohon saham-saham IPO
menerusi MITI ( Ministry of International Trade & Industry ) dan Maybank2u.

Sungguh teruja buat untung dari IPO. Majoriti saham yang saya mohon dapat dengan jumlah yang banyak.

Saya ingat lagi, pada tahun 2012 itu sempatlah buat untung di FGV, IHH dan ASTRO (hold lama).

Saya tidak pernah berhenti belajar, lantas saya terus ke program Advanced Smart Investor & Trader (ASIT).

Dalam kelas ASIT ini saya diajar oleh Tuan Hj. Mohd Asri untuk menjadi seorang trader.

Dan saya mula serius trade di papan Bursa Malaysia
sejak April 2013 hingga lah hari ini.

Sehingga hari ini (saat saya menulis post), saya masih lagi aktif jual beli setiap hari di Bursa Malaysia.

Setiap kali kelas Tuan Hj. Mohd Asri saya tak pernah tinggal.

Dari SIT, ASIT, IDPS (Intensif Dunia Pelaburan saham)
hinggalah program terbaru Ultimate Trader Program UTP
semua saya telah hadir.

Saya sangat faham tentang ilmu dan adab berguru.

Ilmu tidak akan hadir. Tetapi kita yang perlu kejarnya.

Kita yang mencari guru, bukan guru yang jemput kita.

Justeru, saya masih menyokong apa yang guru saya buat.

Kemana sahaja beliau pergi saya ikut. Apa sahaja program ilmu saham yang beliau jalankan, saya datang membantu.

Kalau tahun 2012 dulu, jumlah dagangan sekitar 200 juta
hingga 500 juta sahaja.

Tetapi hari ini (2014) jumlah dagangan di Bursa Malaysia
telah mencecah 2 hingga 4 billion. Dan pernah mencecah paras 7 billion dagangan.

Syukur Alhamdulillah, sejak saya aktif trade pada awal 2013 hingga hari ini, lebih 50 juta unit saham saya telah dagangkan.

Saya amat berterima kasih buat mentor saham Tuan Hj. Mohd Asri
dan Dato’ Dr. Mohd Nazri Khan yang tak pernah jemu mendidik dan
mengajar kami ilmu pelaburan saham yang sebenar.

Dan pastinya saya tak pernah lupa buat mentor kesayangan ramai,
Dr. Azizan Osman yang membuka peluang perjalanan ini.

Dimana bumi dipijak, disitu ilmu dijunjung.

Dimana saya bermula, saya tak akan pernah lupa.

Tiada sebab untuk saya berhenti belajar dan terus belajar.

Saya rekemen 1000% untuk anda diluar sana yang masih tercari-cari guru pelaburan saham.

Tuan Hj. Mohd Asri.

Dato’ Dr. Mohd Nazri Khan.

Mereka berdua ini telah terbukti kredebilitinya.

Dari asas hinggalah ke advance, inilah gurunya.

Saya doakan anda yang baca post ini akan beroleh kekayaan dan kejayaan dari medan pelaburan saham.

Dan hari ini, saya bangga menjadi anak Melayu yang telah mula trade di Wall Street.

I am a World Class Trader!

-MY-
www.MasterYus.com

 

 

JOIN OUR NEWSLETTER
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
Join over 3.000 visitors who are receiving our newsletter and learn how to optimize your blog for search engines, find free traffic, and monetize your website.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
Share

Related Posts

About The Author

One Response

Add Comment