Salam sejahtera tuan & puan sekalian.
Soalan yang paling banyak saya terima sama ada menerusi emel dan ketika seminar adalah berkaitan dengan pengalaman.
“Saya langsung tiada pengalaman mengajar, bolehkah saya menjadi Cikgu Tuisyen?”.
“Ada ke market untuk cikgu yang baru, bukan ke ibu bapa lebih suka cikgu yang mempunyai pengalaman?”
“Saya tiada pengalaman, perlu ke saya belajar semula semua yang saya dah tinggalkan berpuluh tahun yang lalu?”.
Berikut adalah soalan-soalan yang boleh saya simpulkan pada post kali ini. Semoga perkongsian kali ini akan menjawab persoalan yang bermain difikiran anda. Namun sebelum itu saya ingin kongsikan beberapa kisah untuk tatapan bersama.
Kisah 1: Seorang Bos Besar (Big Boss) disalah sebuah syarikat terkemuka di dunia ingin mencari pengganti pengurus kanan beliau yang telah berhenti kerja disebabkan telah berpindah ke luar negara. Satu hari beliau menjalankan sesi temuduga untuk mencari pengganti tempat tersebut. Dalam sesi temuduga tersebut, hanya 2 orang calon yang dirasakan benar-benar layak memegang jawatan ke-2 tertinggi di syarikat tersebut.
Calon pertama adalah seorang lulusan universiti terkemuka dunia. Beliau sangat aktif ketika di universiti dan telah dilantik sebagai salah seorang pemimpin (sama taraf seperti Presiden Majlis Perwakilan Pelajar). Dalam pelajaran beliau sering mendapat anugerah dekan bagi setiap semester. Dan di majlis konvokesyen universiti beliau telah diangkat sebagai Pelajar Contoh dan telah mendapat Anugerah Emas Universiti.
Calon kedua pula adalah seorang yang amat berpengalaman luas sebagai pengurus. Beliau telah berjaya mengurus projek yang memberikan pulangan jutaan USD setiap tahun. Dan pengalaman selama hampir 20 tahun dalam bidang bisnes telah membuktikan beliau masih lagi berhasrat untuk mencurahkan bakti di syarikat yang lain.
Jika anda sebagai Bos Besar syarikat , siapakah yang bakal anda pilih, calon 1 atau calon 2? Wahai Boss, jawapan ada ditangan anda.
Kisah kedua berkenaan dengan 2 orang jurujual (salesman) yang ingin terlibat dalam syarikat MLM. Jurujual pertama pernah terlibat dalam MLM sebelum ini dan mempunyai pengalaman selama 5 tahun. Di syarikat MLM lamanya, beliau telah berjaya meraih pangkat sebagai pemimpin dan telah menjana pendapatan RM20,000 setiap bulan. Akibat daripada MLM lamanya menjalankan sistem yang salah, maka dia beralih ke syarikat MLM yang baru.
Jurujual kedua pula pernah mempunyai 7 tahun pengalaman dalam bidang insuran dan telah berjaya membuat jualan lebih 1 juta dengan purata komisyennya RM30,000 sebulan. Namun disebabkan kagawatan ekonomi, usaha untuknya mendapatkan pelanggan amat susah. Dan dia bertindak untuk cuba ceburi bidang MLM pula.
Antara jurujual pertama dan jurujual kedua, siapakah yang bakal berjaya apabila mereka sama-sama sertai syarikat MLM? Tak perlu saya ulaskan disini kerana kedua-duanya mempunyai kelebihan masing-masing dalam bidang pemasaran dan penjualan.
Apa yang boleh saya simpulkan, setiap orang ada kekuatan dan kelebihan masing-masing. Saya tak nafikan dalam apa jua bidang sekalipun, pengalaman menjadi kriteria utama sebagai pilihan untuk mendapatkan job tersebut. Namun saya percaya, dengan bakat, kelebihan dan kekuatan seseorang boleh mengalahkan orang yang berpengalaman.
Lihat dengan jelas kekuatan & kelebihan yang anda ada. Seorang cikgu pakar tidak akan menjadi pakar selagi dia tidak mula untuk menjadikan dirinya pakar. Seorang cikgu yang berpengalaman selama 20 tahun tidak akan mendapat pengalaman tersebut selagi dia tidak mendapatkan pengalaman mengajar pada bulan yang pertama.
Kan lebih baik dan molek jika kita mulakan tuisyen pada hari ini kerana pada tahun 2020 nanti anda pula yang bakal menjawab persoalan yang sama iaitu isu ‘pengalaman’. Dan pada waktu itu mungkin anda akan digelar ‘Otai Tuisyen‘ dengan pengalaman selama 10 tahun anda menceburi bidang ini. Dan pada waktu itu juga permintaan tuisyen terhadap anda tak akan putus dan mungkin tak menang tangan untuk terima job-job tuisyen tersebut. Dah otai lah katakan. Fikir-fikirkan!
Penulis,
–Master Yus–
Terima kasih cikgu..saya seorang suri rumah,sudah lama berniat untuk menjadi guru tuisyen tapi saya tiada pengalaman.Kebetulan sekarang ini ada jawatan kosong sebagai guru tutor di sebuah pusat tuisyen di kawasan kediaman kami dan mata pelajaran yang saya minat (akaun n ekonomi asa).Oleh itu sy ingin memgambil peluang ini. Tetapi saya tidak pasti samada saya akan di terima atau tidak di sebabkan saya tiada pengalaman.Dan saya juga tidak tahu bagaimana ingin memulakannya..
Agak lama tidak berkunjung di otai tuisyen, tidak dinafikan kedua-dua ada kekurangan dan kelebihannya dan betul apa yang MY katakan, ingin menjadi terampil maka kedua-duanya perlu mengambil setiap PELUANG yang ada. Menjadikan mereka pakar harus mengambil setiap peluang yg terbuka, lagi pun jika diri sendiri tidak memberikan peluang pada dirinya maka saya percaya pengalaman itu tidak akan wujud untuk menjadikan mereka ini seorang pakar.
Jika ada yg ingin berkerja di sesebuah sykt tetapi tidak berjaya disebabkan pengalaman kurang, kita sendiri perlu mencari peluang tersebut biarpun diperingkat permualaan agak susah sedikit. Bos! bagaimana saya ada pengalaman jika bos tidak beri saya peluang untuk berkerja?
Ya lama juga saya tak baca pandangan dan pendapat seorang trainer hebat seperti tuan Suhaily. Selamat kembali menjengah di teratak buruk ini 🙂
Assalamualaikum w.b.t
benar kata MasterYus, masing2 ada kelebihan dan kekurangan.
saya ambil contoh kelebihan dan kekurangan bagi mereka yang berpengalaman dan tidak berpengalaman.
1. Seorang cikgu tuisyen secara part-time yang belum berkahwin, boleh memberi komitmen yang tinggi, tidak mempunyai banyak pengalaman, dan masih muda dan boleh bergaul dengan baik dengan anak2 murid.
2. Seorang cikgu tuisyen full-time, yang sudah berkahwin, banyak komitmen kepada keluarga, mempunyai banyak pengalaman, berumur, mungkin ada gap usia di antara anak murid dan cikgu, tetapi mudah m’displinkan anak murid.
Kesimpulannya, yang baru pun ada ruang rezekinya tersendiri, yang lama pun ada ruang rezekinya tersendiri.
Wallahualam
Waalaikumussalam.
Ya benar juga kata-kata Cikgu Syafiq. Saya suka dan berterima kasih dengan apa yang dikongsikan. Selamat maju jaya!
Takde sapa yang berminat ke???
Betul lah cikgu. Kalau kita asyik fikir boleh ke tak sampai bila-bila pun tak jalan. Pengalaman itu akan datang bila kita membuat langkah pertama…
Boleh atau tak boleh perkara kedua. Perkara pertama buat dahulu, baru tahu kebolehan masing-masing. Tak gitu Kojo Kerajaan ? 🙂
Cikgu English untuk Pusat tuisyen di Kota Damansara. Kekosongan adalah untuk jawatan Tetap. RM1500/month
Working hour: 2pm-10pm monday- Friday, Sat :10am-2pm. Kalau ada calon, boleh tolong inform kan saya di talian 012-8803206. Terima kasih.
Perjalanan seribu batu bermula dengan langkah pertama – pepatah cina
Nak mula sekolah kena masuk tadika dulu – MY 🙂
Saya bersetuju dengan penulisan cikgu. Memang pahit juga untuk memulakan tuisyen ini kerana kita terpaksa bersaing dengan mereka berpengalaman.
Tetapi jika betul kaedah pemasaran dan mengambil peluang yang ada tanpa berlengah, maka kita sudah boleh maju setapak demi setapak.
Saya juga mula-mula tidak yakin untuk mengajar, tetapi berkat panduan cikgu, saya sudah yakin yang saya boleh jadikan tuisyen antara side income saya.
Untuk makluman cikgu, buku tuisyen hasil nukilan cikgu, saya akan baca setiap hari terutama sebelum saya memulakan tuisyen.
Terima kasih.
Dalam situasi apa sekalipun, fasa yang paling memberikan cabaran yang paling besar adalah Fasa Permulaan.
Contoh, saya minta pelajar saya untuk buat satu karangan. Kebanyakan daripada mereka mengambil masa yang agak lama untuk memulakan ayat. Namun bila dah mula, karangan menjadi lebih mudah.
Samalah seperti stokin baru akan terasa ketat, namun bila dah lama memakainya akan rasa longgar. ‘Alah bisa tegal biasa’