Cara pantas memulakan perniagaan pusat tuisyen.

Share

Salam Nuzul Qur’an kepada semua pembaca yang beragama Islam. Yang cuti tu seronoklah ya! Kali ini saya nak kongsikan kepada pembaca tentang ‘Cara pantas mulakan perniagaan pusat tuisyen‘. Tetapi sebelum tu, saya nak celoteh sikit tentang aktiviti yang saya lakukan sepanjang saya tak update blog ini 6 hari lepas.

Jumaat lepas saya ke Matta Fair di PWTC. Kami beli voucher pakej 2H1M di Hotel 1st World berharga RM38.80 (harga sebenar RM70++, 50% less), Genting. Dan satu lagi Hotel A Famosa, Melaka. Ini kerana pada bulan Disember nanti, seorang rakan baik saya iaitu Cikgu Amran akan melangsungkan perkahwinannya bertempat di kampung halaman beliau di Negeri Sembilan. Jadi dah alang-alang ke arah sana, terus booking hotel siap-siap. Dan yang bestnya hanya RM40 seorang sahaja. Saya ambil pakej untuk 4orang + masuk taman tema air + safari. Jumlah semua RM300++. Cukup berbaloi untuk kami.

Apa yang menariknya, kami dapat voucher percuma 3H2M pilihan ke Redang/Tioman/PD dan beberapa hotel 4 star yang lain. Memang berbaloi-baloi sesiapa yang suka melancong datang ke Matta Fair. Untuk pakej ke luar negara, kami dah aim beberapa destinasi untuk tahun hadapan, cuma belum buat keputusan penuh lagi..tunggu lah yea!

Pagi Ahad (semalam), saya dijemput untuk memberikan motivasi kepada murid-murid tahun 6 yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR yang akan bermula esok, Selasa 8 – 10 September 2009. Saya mendoakan semua murid menjawab kertas soalan dengan tenang. Buktikan yang anda semua pasti boleh mencapai 5A, insyaAllah.

Lepas ceramah, saya singgah di Mid Valley melepaskan penat dengan melayan Final Destination 3D. Fuhh..memang thriller habis. Serpihan daging-daging manusia yang tercampak hampir mengena saya semasa menonton. Satu lagi hasil tangan dan idea yang sungguh hebat. Saya respek. Kenapalah pengarah di Malaysia masih belum boleh sampai ke tahap tersebut? Kemudian berbuka puasa di Sweetchat tingkat bawah daripada GSC.

Cukuplah celoteh diari saya yang tak berapa nak best ni 🙂

Tips hari ini adalah, cara mudah dan pantas untuk memulakan perniagaan pusat tuisyen. Anda percaya tak jika saya katakan anda tak perlu lagi pening kepala nak cari tempat, nak cari alatan untuk pusat tuisyen seperti kerusi, meja, papan putih dan lain-lain lagi. Anda boleh mulakan segera, pantas dan cepat. Yang perlu anda sediakan adalah duit iaitu modal. Sama ada menggunakan simpanan atau pinjaman bank. Dalam anggaran RM50k anda dah boleh set-up pusat tuisyen segera. Tak percaya? Nak lebih cepat, mesti menggunakan duit sendiri. Guna laon bank makan masa juga.

Caranya adalah anda boleh ‘Beli’ sahaja daripada pengusaha yang ingin menjual pusat tuisyen mereka. Sebagai contoh disini: http://www.mudah.my/Pusat-tuisyen-di-ampang-3502156.htm?last=1 dan ini http://www.mudah.my/Pusat-Tuisyen-In-Setiawangsa-3563985.htm. Saya baru call pengusaha tersebut dan berita baiknya, masih available. Jika anda berminat nak mengusahakan pusat tuisyen, cepat dapatkan peluang ini!

Anda juga boleh beriklan dimana-mana memberitahu yang anda berminat hendak membeli pusat tuisyen. ‘Tuition Centre Wanted’, ‘Saya berminat hendak membeli pusat tuisyen anda‘. Ini antara iklan yang boleh anda lakukan.

MY ni pernah ke beli pusat tuisyen? Mesti ada antara anda yang bertanya soalan bonus ini kan? Saya berkongsi atas pengalaman kenalan saya yang pernah lakukan perkara ini. Iaitu Cikgu Saufi, protege SeminarTuisyen.Com yang telah lakukan dengan cara ini. Beliau membeli pusat tuisyen, tempat beliau mengajar 2 tahun yang lepas.

Saya harap gambaran idea tersebut anda telah nampak. Alangkah mudah dan cepatnya membeli bisnes yang telah siap semuanya. Cuma anda yang perlu mengusahakannya semula dengan stail dan acuan anda. Harap tips kali ini membantu anda yang sangat berminat untuk memiliki perniagaan pusat tuisyen sendiri. Sebarang pertanyaan/perbincangan boleh dikemukakan diruangan komen. Selamat maju jaya!

JOIN OUR NEWSLETTER
I agree to have my personal information transfered to AWeber ( more information )
Join over 3.000 visitors who are receiving our newsletter and learn how to optimize your blog for search engines, find free traffic, and monetize your website.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.
Share

Related Posts

About The Author

83 Comments

Add Comment